11 Julai 2013

Che Long, Calon yang di senangi rakyat- Tuan Man

Bookmark and Share

Kuala Besut, Prk Kuala Besut, Daerah Besut, dun kuala besut, Che long, Haji Azlan Yusof
PAS KEMUKA CALON “SENANG KKIRO, MUDAH BBASO”

Penampilan pertama kali Haji Azlan Yusof atau lebih mesra dikenali dengan nama Che Long dilihat mampu memberi saingan kepada calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul, yang lebih banyak berada di luar kawasan Besut berbanding calon PAS. 

Kelebihan yang dimiliki oleh calon PAS yang dianggap calon “Senang Kkiro, Mudah Bbaso” bagi penduduk Kuala Besut diharap mampu mencatat sejarah 16-16 yang hangat diperkatakan semenjak Adun Kuala Besut BN Allahyarham Abdul Rahman meninggal dunia. 

Rata-rata masyarakat di daerah Besut dan seluruh negara mengharap satu rekod sejarah politik tanahair akan tercatat. Seandainya PAS memenangi kerusi Kuala Besut, kedudukan kerusi menjadi sama rata 16- 16. Ini yang akan menjadi suatu penantian, apakah bentuk kerajaan Terengganu selepas catatan sejarah itu? 

Apapun faktor calon banyak mempengaruhi pengundi kali ini. Keadaan sosio ekonomi pengundi yang sebahagiannya terlibat dalam pertanian dan perikanan selain pelancongan memerlukan wakil rakyat yang sanggup bergelumang susah-senang dengan mereka. 

Di sinilah letaknya kelebihan Che Long yang berada dalam kawasan sepanjang masa berbanding calon BN. 

Apapun pilihanraya kali ini mampu mencatat sejarah penting seandainya pengundi memberi undi kepada PAS. Kedudukan 16-16 adalah akan menjadi sejarah politik negara.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
11 Julai 2013


09 Julai 2013

Calon Pas PRK Besut- Che Long

Bookmark and Share



Che Long, Calon PRK Besut, Azlan @ Endut Yusuf, Pilihan Raya Kecil Besut, Dun Besut
Bendahari PAS Besut, Azlan @ Endut Yusuf 
calon pas best, che long,  azlan yusoh
Calon Pas PRK Besut sedang ber baiah dengan presiden


PAS memilih muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long.

Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut
. Beliau tinggal di Kampung Baru, Kuala Besut, kawasan yang dikhaskan sebagai kawasan industri perkayuan di daerah ini.

Rumahnya tidak sampai setengah kilometer dari Markas Besar PAS yang terletak di Kampung Baru.


Nama Che Long dijangka diumumkan sebagai calon oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar lagi dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut.

Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam.

Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan.

Pemilihan Che Long adalah satu perubahan pendekatan yang diambil oleh PAS dalam menghadapi PRK ini kerana dua lagi calon yang disenaraipendekkan untuk pilihan raya ini adalah ustaz.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.

PRK itu diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK DUN Kuala Besut.

Pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu, A. Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. BN menang dengan majoriti 2,434 undi. - 9 Julai, 2013.


Update, 75 orang terbunuh dalam serangan tentera Mesir waktu subuh

Bookmark and Share

Kezaliman tentera mesir, pembunuhan rakyat mesir, rakyat mesir di tindas, pengikut morsi dibunuh, terkini di mesir, pristiwa pembunuhan waktu subuh, korban syuhada




SENARAI NAMA MEREKA YANG TERBUNUH DALAM TRAGEDI BERDARAH "SOLAT SUBUH"

Angka korban syuhada' "Solat Subuh di Bangunan Pengawal Republik terus meningkat..senarai yang tertera bukan 35 orang, tetapi kini meningkat kepada 76 orang dari pelbagai wilayah.

Semoga Allah merahmati roh mereka


Terkini - Ikhwan Tak akan Berundur

Bookmark and Share

KALI INI IKHWAN TIDAK AKAN BERUNDUR

Penyokong Morsi, di bunuh pada waktu subuh, kekejaman asakar mesir, Ikhwan berjanji mati syahid di mesir, pro morsi di bunuh
Penyokong Morsi di bunuh pada waktu subuh rakaat kedua, di hadapan Bangunan Pengawal Republik Mesir


Sebentar tadi, Majlis Tentera mengadakan sidang media bagi menjelaskan situasi pembunuhan beramai-ramai Subuh tadi di hadapan Bangunan Pengawal Republik. 

Majlis Tentera meminta supaya penyokong Mursi untuk meninggalkan dataran-dataran yang dipenuhi. 

Malam sebelum berlakunya insiden berdarah itu, helikopter milik askar telah mengugurkan risalah kepada para penyokong Mursi. Antara kandungan risalah itu mengugut askar tidak akan tunduk kepada desakan golongan "minoriti' yang dimaksudkan ialah penyokong Mursi. Askar juga berjanji akan mempertahankan sebarang tindakan yang boleh dikira menceroboh. 

Saya kira ketika ini tentera menerima tekanan yang teruk. Selain dengan tekanan dalam tentera yang terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi yang mendesak Ketua tentera, Abdul Fatah As-Sisi menarik balik rampasan kuasa dibuat. Satu lagi, mereka tertekan kerana selepas seminggu rampasan kuasa berlaku, bilangan mereka yang membanjiri dataran-dataran bagi menolak rampasan kuasa saban hari tidak berkurangan meskipun pihak keselamatan mengupah perusuh (baltoji) untuk menakut-nakutkan mereka. 

Apatah lagi Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Mohammed Badi' yang turun berucap di Raba'ah Jumaat lalu menyeru rakyat kekal di dataran dan ia dikira satu arahan kepada anggota Ikhwan Muslimin. Ikhwan juga sehingga hari ini tiada petanda untuk mengendur atau berunding kerana tiada faedah berunding dengan "perompak". 

Situasi yang berlaku kepada Ikhwan Muslimin ini berbeza dengan tahun 50-an. Ketika itu, walaupun Ikhwan dikhianti oleh rejim Abdul Nasser maka terdapat arahan dari pimpinan Ikhwan ketika itu untuk meminta penyokong mereka berundur. 

Namun, senario tahun 2013 sama sekali berbeza. Saya tidak nampak Ikhwan akan berundur atau mengeluarkan arahan kepada ahlinya berundur kerana pengalaman mereka 60 tahun dulu memberikan pengajaran.

Kali ini sama ada menang ataupun menemui syahid.


08 Julai 2013

UPDATE Laporan Kes: Gambar Guru di tembak Di Bachok , Kelantan

Bookmark and Share



En. Hashim Mat Zin PK HEM SK Beris Panchor.
MAKLUMAT AWAL SATU KES TEMBAK BERLAKU DI BERHAMPIRAN SEKOLAH KEB. BERIS PANCHOR, BACHOK PADA JAM 2.00 PTG. SUSPEK TELAH MELEPASKAN 4 DAS 1 TERSASAR TEMBAKAN KE ATAS 1 LM MELAYU YANG BERADA DI DALAM M/KAR MERCEDES. MANGSA MATI DITEMPAT KEJADIAN. MAKLUMAT MANGSA :
NAMA : HASHIM BIN MAT ZIN
UMUR : 40AN
KERJA: PEN. KANAN HEM SEK. KEB BERIS PANCHOR, BACHOK

PENEMBAK: GUNA PACUAN 4 RODA

SEKIAN UNTUK MAKLUMAN YDH DATO'. Tuan kbsjnd bachok minta semak identiti mangsa dan rekod jenayah.tq


Update Laporan Kes

No repot:Tawang Rpt: 797/13, Tarikh: 8/7/13, Sek 302 KK.
1. Pengadu: 
Majidi B. Noor 
KP : 680906-03-5365..
2. Tempat kejadian: 
Simpang Tiga Jln Beris Panchor Tawang ke Kota Bharu berhampiran Sek. Ren. Keb. Beris Pachor, Bachok, Kelantan.
3. Simati / Mangsa..Hashim B. Mat Zain, 700819-03-5365,
Umur...(43) Thn.
Kerja... Guru Penolong Kanan HEM Sek Ren Keb Beris Pachor, Lot 1531, Jalan Baru, Kg. Panjang, Bachok, Kn.
Mangsa ada 6 org anak... (5) org dgn isteri pertama telah bercerai dan (1) anak dgn isteri sekarang..
4. Ringkasan kes:
Pada 08/07/13 jam l/kurang 1345hrs semasa berada di dalam kedainya pengadu terdengar 3 das spt tembakan.. selepas itu pengadu lihat sebuah m/kar jenis mercedes no. WPS 4168 telah terbabas ke depan sebuah rumah jiran nya. Pengadu pergi lihat dan dapati seorg LM berada di dlm m/kar dan pengadu terus ke Balai Polis Tawang buat repot..
Siasatan Awal Polis..
Pada 08/07/2013 jam l/krg 1340 hrs. Semasa mangsa keluar dari Sek Ren Keb Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan telah ditembak oleh suspek yang tidak dikenali. Kereta mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti dihadapan sebuah rumah alamat Lot 1843, Kg. Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kn. Pemeriksaan forensik mendapati 4 das tembakan telah dilepaskan oleh suspek dan 3 mengenai cermin depan, 1 das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu. Manakala pada badan mangsa terdapat 3 das tembakan. 1 anak peluru di percayai .38 telah dijumpai didalam kusyen pemandu. Siasatan awal dapati mangsa selain bertugas sbg guru turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti perniagaan balak, shakle( Direct Selling), kontrak kantin sekolah dll . Mengikut maklumat mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dlm siasatan..Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital RPZ II KB utk bedah siasat yg dijangka akan dijalankan mlm ini..




kes tembakan di kelantan, guru di tembak, jenayah kelantan, terkini,



Jenayah kelantan, guru ditembak, tembakan di bachok, PK Hem Di tembak


Jangan Sertai Himpunan Pro Morsi - Penasihat PMRAM

Bookmark and Share

Pelajar malaysia mesir, PMRAM , krisis Mesir, terkini situasi mesir, pergolakan mesir.
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesri (PMRAM)
Saya secara peribadinya tidak bersetuju kepada teman-teman yang menyertai demonstrasi sama ada yang menyokong Mursi atau tidak. Bagi saya ini antara usaha campurtangan yang "mencari nahas". 

Berusahalah dengan cara lain yang kurang risikonya. Antaranya dengan anda bangun berqiam dan berdoa serta menyebarkan maklumat tepat tentang isu Mesir adalah antara usaha anda membantu rakyat Mesir yang dirampas hak mereka buat waktu ini. 

Masa ini bukan untuk "mencari pengalaman" atau "mengenali orang Ikhwan" kerana mereka berada dalam situasi "perang". 

Mohon patuhi pekeliling yang dikeluarkan oleh Kedutaan dan PMRAM.


Kes Rogol Atlit SUKMA : DPPNK Kesal

Bookmark and Share

Kes Rogol Atlit SUKMA : Aspek Keselamatan Wajib Dititikberatkan

Kes Rogol, SUKMA, Dewan Pemuda, Pas, Sukan Malaysia, MSN, Seks, Minum Arak, Seks Bebas, Kes Rogol, Pemain Di Rogol
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) memandang serius isu seorang seorang atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia, Rabu lepas. Kes ini menjadi laporan hangat dunia sukan di dada-dada akhbar hari ini.

Dalam hal ini, DPPNK berpandangan pihak polis perlu diberikan ruang seluas-luasnya untuk menyiasat kes tersebut apatah lagi ia telah menjadi kes polis dan menjadi tanggungjawab pihak berkenaan untuk menjalankan siasatan secepat mungkin. DPPNK yakin pihak polis akan menjalankan siasatan rapi dan telus bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

Namun, di dalam masa yang sama, suka dinyatakan bahawa kes ini menjadi bukti bahawa betapa longgarnya kawalan keselamatan terhadap atlet-atlet yang menyertai pesta Sukan Malaysia (Sukma) 2013. Menjadi persoalan bagaimana seorang atlet wanita boleh bermalam atau dibawa bermalam bersama atlet berlainan jantina? Setakat manakah pihak Majlis Sukan Negara (MSN), selaku penganjur temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 memandang berat isu keselamatan yang sepatutnya menjadi agenda penting sepanjang temasya ini berlangsung?

DPPNK juga kesal dengan dakwaan bahawa atlet tersebut bersama beberapa orang rakannya telah meminum minuman keras sebelum jenayah itu dikatakan berlaku. Dalam hal ini menjadi tanggungjawab MSN untuk memastikan bahan-bahan beralkohol seperti ini tidak dibawa masuk ke kompleks perkampungan sukan memandangkan ia boleh mendatangkan pelbagai kesan yang tidak diingini.

Hakikatnya, arak dan sukan dilihat mempunyai kaitan apabila syarikat-syarikat arak diberikan hak untuk menaja sebahagian aktiviti sukan. Media cetak khususnya akhbar-akhbar berbahasa Inggeris semakin kerap mengiklankan minuman-minuman beralkohol dan pengiklanan ini berlarutan di mana ada syarikat arak sudah mulai menaja sukan yang berprestij. Keberanian mengeksploitasi wanita yang seksi dan mengghairahkan mempromosi arak juga menarik perhatian ramai khususnya golongan remaja.

DPPNK menuntut agar aktiviti sukan yang sihat dan bebas daripada penajaan syarikat arak dan juga judi perlu menjadi agenda utama kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan. Dalam masa yang sama, pergaulan bebas di antara atlet berlainan jantina perlu dipandang serius selain pakaian yang menjolok mata yang dipakai oleh atlet di dalam acara-acara tertentu turut menjadi faktor yang mendorong kepada kes seumpama ini.

DPPNK suka untuk menyarankan semua pihak melihat kepada kejayaan kerajaan negeri Kelantan menganjurkan Sukan Wanita Malaysia (NISA’ GAMES) yang hanya khusus kepada atlet wanita sahaja dan berpakaian menutup aurat tanpa menjejaskan aktiviti sukan. Sekalipun prinsip ini mungkin tidak dapat diaplikasikan sepenuhnya kepada semua pihak, namun sekurang-kurangnya ia boleh menjadi panduan kepada kerajaan untuk bertindak ke arah memastikan sukan bersih dari masalah sosial.

Dalam masa yang sama, kesedaran juga perlu sentiasa dipupuk di kalangan atlet-atlet negara agar mereka mampu bersaing secara sihat dan menerima hakikat bahawa kalah menang ialah lumrah biasa di dalam pertandingan. Jika hal-hal begini tidak ditangani segera, pastinya cita-cita untuk melihat pembangunan sukan yang bersih daripada masalah sosial dan akhlak tidak akan tercapai.

Sukan sebagai ibadah.

Ahmad Najib bin Deris,
Pengerusi Lujnah Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan (DACS),
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK).


Kedutaan Syria di Kaherah di buka semula

Bookmark and Share



kekejaman syria, Krisis Mesir, Rampasan Kuasa Mesri, Kekejaman Mesri, Presiden Mesir Dr Morsi, Terkini Di mesir,

[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Ahad | 07 Julai 2013 | 06.07 petang

Kedutaan Syria di Kaherah mula dibuka pada hari ini disebabkan beberapa hari lepas berlakunya rampasan kuasa.

Halaman berita "Al-Youm Sabik" melaporkan beberapa pegawi bertugas dilihat menerima kunjungan warga Syria di Mesir dan mendengar masalah mereka.

Di pintu utama kedutaan digantung penyataan "Kedutaan mula dibuka hari ini."

Presiden Muhammad Mursi sebelum ini memutuskan hubungan diplomatik dengan rejim Syria.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"


07 Julai 2013

Seruan Al-Qaradhawi Pada Rakyat Mesir

Bookmark and Share


Dr Mursi, Dr Morsi, Al-Qaradhawi, Rakyat Mesir, Revolusi mesir, terkini di mesir, adbul Fattah As- Sisi



[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Sabtu | 06 Julai 2013 | 08.50 malam


Ringkasan kenyataan terbaru oleh Al-Imam As-Syeikh Al-Akbar Al-Qaradhawi Ketua Persatuan Ulamak Sedunia Hafizahullah hari ini.

1. Rakyat Mesir mestilah bersama menyokong Presiden yang sah,Dr.Muhammad Mursi,kekalkan perlembagaan kerana ia merupakan kemestian untuk disempurnakannya manakala Abdul Fattah As-Sisi mestilah menarik balik tindakannya.

2. Fadhilatus Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmad At-Tayyib telah memilih jalan yang lebih menyukarkan akibat bersetuju dengan tindakan tentera ke atas Presiden Dr.Muhamamd Mursi.

3. Semua pihak di Mesir perlulah kembali bersatu untuk mengekalkan apa yang telah dicapai dalam Revolusi yang lalu.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"


Apa percapaian setelah 2 hari rampasan kuasa di Mesir??

Bookmark and Share

Adli Mansour,  Presiden Mesir,  Presiden Mursi , Ikhwan Muslimin, Krisis mesir, demo pro morsi, rampasan tentera,

'PENCAPAIAN' PERAMPAS KUASA RAKYAT

'Pencapaian' dalam tempoh dua hari rampasan kuasa tentera:

1) Menggulingkan seorang Presiden dalam pilihanraya pertama pertama yang disertai oleh 26 juta pengundi yang telus dan menggantikannya dengan seorang yang tidak dikenali iaitu Ketua Hakim M
ahkamah Tinggi Perlembagan, Adli Mansour.

2) Membatalkan Perlembagaan yang telah disertai oleh 18 juta rakyat.

3) Membubarkan Dewan Senat yang dipilih oleh 8 juta pengundi.

4) Menutup 27 buah stesen televisyen dan sebahagian terbitan akhbar.

5) Membunuh 53 orang penyokong Presiden Mursi di seluruh Mesir hingga semalam dan mencederakan lebih 5,000 yang lain.

6) Melarang khatib-khatib yang terdiri dari aliran Islam seperti Syeikh Muhammad Hasan menyampaikan khutbah.

7) Menangkap 28 orang pemimpin parti-parti Islam (termasuk Ikhwan Muslimin) dan menyenaraikan 500 orang yang lain dalam "senarai larangan musafir ke luar negara".


06 Julai 2013

Perwatakan Askar Mesir berbeza dari tahun 2011

Bookmark and Share





Saya mula sangsi adakah ini akhlak askar Mesir yang dikenali sebelum ini? Apa yang berlaku sepanjang 18 hari di Tahrir pada tahun 2011 bahawa askar ketika itu langsung tidak melepaskan tembakan kepada rakyat yang menyebabkan mereka lebih dikasihi berbanding polis yang berdepan dengan demonstrasi secara kekerasan. 

Situasi 2013 telah memperlihatkan bahawa askar tidak lagi memiliki pendirian seperti yang dibuatnya pada tahun 2011. 

Bagaimana mereka tanpa perikemanusiaan melepaskan tembakan kepada rakyat yang sedang berqiamullail di dataran Raba'ah pada awal pagi 4 Julai lalu yang menyebabkan seorang terbunuh.

Sementara video ini pula berlaku di bandar Arish, dalam wilayah Sinai pada 5 Julai 2013 ketika umat Islam sedang menunaikan solat mereka dikejutkan dengan serangan askar.

Situasi sama apa yang berlaku di Syria.


Persatuan Ulama Al-Azhar Fatwal Pembatalan Rampasan Kuasa

Bookmark and Share

 Mursi, Sheikh Hashim Islam,  Fatwa Al-Azhar , Ulama Al-Azhar, Al-Quran,  As-Sunnah, revolusi, Tahrir

[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Sabtu | 06 Julai 2013 | 01.58 pagi

Fatwa pembatalan rampasan kuasa tentera ke atas Presiden Dr.Muhammad Mursi:

1.Fatwa oleh Sheikh Hashim Islam, salah seorang Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa kewajipan menjaga perpaduan negara Mesir dan rakyatnya serta mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, malah memberi jaminan hak kewarganegaraan yang sama rata bagi non-muslim.

2. Beliau menegaskan bahawa Dr.Muhammad Mursi merupakan presiden yang sah kerana dipilih melalui pilihanraya. Adalah tidak wajar bagi rakyat Mesir berpaling dari beliau. Ini kerana kepimpinan yang berasaskan rampasan kuasa ditolak menurut syarak.

3. Konflik yang berlaku di Mesir bukanlah sekadar pertembungan ideologi, tetapi realiti yang berlaku kini ialah pertembungan akidah antara tamadun Islam-Arab mesir dengan para pendukung sekular dan anti-Islam.

4. Tambah beliau: "Walaupun berbeza pandangan antara kita terhadap penjenayah dan pemberontak, namun kita juga perlu membezakan antara demontrasi rampasan kuasa yang diharamkan Islam dengan demontrasi bantahan yang diharuskan oleh Islam.

5. Beliau menyeru rakyat Mesir untuk turut serta dalam revolusi mempertahankan syariat di seluruh Mesir, Tahrir dan menewaskan kebatilan seperti yang berlaku dalam perang Jamal, serta membentuk satu jawatankuasa tetangga bagi memelihara negara dan rakyat.

6. Di akhir ucapan, beliau menyatakan: “Antara prinsip tertinggi dalam Islam ialah menganjurkan kebebasan, membenci pemerintahan diktator dan keganasan. Beliau menggalakkan pembangkang agar menggunakan konsep pembinaan bukannya kehancuran kerana Islam mementingkan prinsip menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"


Stesen TV Mesir Mula Menipu Maklumat

Bookmark and Share

Media mesir, tv mesir, media berbohong, krsis mesir, terkini


MEDIA MESIR KEMBALI KE ZAMAN MUBARAK

Tiada disangka tiba-tiba televisyen rasmi kerajaan Mesir berubah selepas rampasan kuasa. Selama ini televisyen rasmi antara menjadi rujukan saya berkaitan hal ehwal dalam dan luar negara. 

Bukan sahaja tv yang berbohong malah askar juga berbohong.

Seperti yang kita maklum semenjak berlaku rampasan kuasa menyaksikan telah berpuluh orang pimpinan Ikhwan dan gerakan Islam lain yang ditahan.

Lihat anak panah berita tertera yang bermaksud:

"TERKINI: Jurucakap Majlis Tentera: Tidak pernah berlaku tangkapan kepada mana-mana aktivis politik sejak Revolusi 30 Jun dan tidak terdapat seorangpun tahanan politik di dalam penjara."

Lihat pula penipuan dalam ruang kotak kuning di bawah:

"Pasukan keselamatan menafikan tangkapan peguam Ikhwan Muslimin Abdul Mun'im Abdul Maqsud."

- Abdul Malik


Gambar Demo Pro Morsi Selepas Solat Jumaat

Bookmark and Share

Perhimpunan Aman di hadapan Ibupejabat Markas Tentera Republik Mesir

penyokong morsi terkorban demo pro morsi
Gambar Penyokong Morsi yang di tembak oleh tentera Mesir

Kaherah, penyokong morsi, presiden mesir, demo rakyat mesir
Penyokong Morsi di tembak dengan peluru hidup dalm protes  di Kaherah lepas solat Jumaat takdi
Morsi, presiden mesir, pro morsi demo pro morsi
Demo Pro Morsi di Masjid Al-Arish Sinai selepas solat Jumaat

Penyokong Morsi, Presiden Mesir , demo rakyat, kebangkitan rakyat mesir
Gambar penyokong Pro Morsi di
Alexandria lepas solat jumaat 
Kebangkitan Rakyat, Penyokong Morsi, Preden Mesir
Himpunan rakyat sokong Morsi dua jam tadi Rabaa Al Adawiya









05 Julai 2013

Pendakwa Agung Mesir Letak Jawatan

Bookmark and Share

Mursi  Mahmoud Ikhwan presiden Mesir digulingkan terkini dari mesir




[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Jumaat I 05 Julai 2013 I 05.09 petang

Pendakwa Agung Mesir Abdul Majid Mahmoud telah mengumumkan perletakkan jawatannya sehari selepas dilantik semula ke jawatan tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Jumaat. Mahmoud berkata, beliau telah membuat keputusan untuk "mengelakkan rasa malu untuk membuat kehakiman terdapat mereka yang telah "mengeluarkan" beliau daripada pejabatnya."

Siasatan akan dijalankan minggu depan terhadap Presiden yang "digulingkan" Dr.Muhammad Mursi dan 9 pemimpin Ikhwan lain atas tuduhan telah menghina mahkamah.

Mahmud akan mengumumkan perletakkan jawatannya kepada Majlis Tertinggi Kehakiman.

Mahmoud berkata, beliau telah pun menyatakan pendiriannya tiada sesiapa perlu campur tangan dalam pendakwaan am.

Dr.Muhammad Mursi yang telah "digulingkan" pada rabu lalu telah memecat Mahmoud menerusi deklarasi perlembagaan pada November 2012.

Minggu lalu, mahkamah rayuan telah mengekalkan keputusan mahkamah rendah untuk menolak Talaat Abdullah menggantikan Mahmoud sebagai Pendakwa Agung pada bulan November 2012. Pada hari yang sama, keputusan berasingan mengesahkan pemecatan Mahmoud dari jawatan itu.

Dalam apa yang disifatkan sebagai tindakan bermotifkan politik, Majlis Tertinggi Kehakiman memutuskan untuk menolak Talaat Abdullah, dan membatalkan pemecatan Mahmoud.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"


Kebangkitan Penyokong Dr Morsi

Bookmark and Share

Mursi Morsi Dr Morsi Presiden Mesir penyokong Morsi


[ Terkini Isu Semasa Mesir ]


Jumaat I 05 Julai 2013 I 03.00 petang


MARSA , MATRUH : Pemberontak menyerang penyokong Dr.Muhammad Mursi yang sedang berhimpun kemudian berusaha melarikan diri daripada kepungan polis dan tentera kerana dibimbangi akan tercetusnya pertempuran.


SUEZ : Penyokong Dr.Muhammad Mursi terus berhimpun di hadapan Masjid Saidina Hamzah.


SYARQIAH : 100,000 terlibat dalam kebangkitan rakyat menuju ke ibu pejabat Muhafazah untuk mengisytiharkan sokongan kepada Dr. Muhammad Mursi sebagai Presiden secara aman. 
( Maklumat ini bersumberkan daripada Wartawan Al-Nahar). 


RABAAH : Penyokong Mursi berhimpun secara besar-besaran di dataran Rabaah Adawiyyah.


NAHDOH, UNIVERSITI KAHERAH : Ribuan rakyat terus berhimpun secara besar-besaran seterusnya menuju ke Kementerian Pertahanan untuk menyatakan pendirian mereka mengenai sokongan terhadap Dr.Muhammad Mursi


"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"


Teks Kenyataan Dr Morsi, setelah beliau digulingkan

Bookmark and Share

 dr morsi mesir terkini rampasan kuasa mesir pergolakan mesir demokrasi mesir



Assalamualaikum.

Apa yang berlaku di Mesir pada hari ini, dilihat oleh seseorang Muslim adalah berkenaan dengan hakikat-hakikat berikut, yang insha Allah dapat menyejukkan hati dan melapangkan dada mereka:

1. Ia adalah suatu ketentuan Allah Ta'ala yang mesti diterima oleh seseorang Muslim dengan dada yang lapang serta tidak membantah. Allah telah menentukan bahawa pertentangan yang berlaku antara hak dan batil akan terus berlaku hingga ke hari kiamat. Beberapa ketika giliran akan berada pada kebenaran, dan pada beberapa ketika yang lain pula akan tiba giliran kepada kebatilan. Namun, giliran kebatilan itu hanya untuk suatu tempoh masa singkat, adapun giliran kebenaran, ia akan berterusan hingga ke hari kiamat. Sesiapa yang redha, maka baginya keredhaan, namun bagi sesiapa yang marah dan tidak berpuas hati, maka baginya kemarahan dan ketidakpuasan hati itu. Tidaklah keredhaan itu bermaksud melainkan suatu penyerahan urusan kepada Allah Ta'ala, dan bukanlah ia bermakna kita bersikap mengalah terhadap kebatilan dan tidak melawan dengan segala cara yang berkemungkinan.

2. Berkenaan apa yang telah berlaku keatas Presiden Dr Muhammad Morsi (moga Allah memelihara beliau), ia benar-benar adalah suatu kezaliman dan jenayah atau kemelampauan yang nyata. Bahawa Allah SWT mewajibkan keatas diri-Nya yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi untuk membantu orang yang dizalimi walaupun hanya seketika. Bahawasanya Allah sedang mendengar dan melihat, dan sesungguhnya Allah itu lebih ghirah (cemburu) daripada para hamba-Nya yang soleh. Benar, Presiden Morsi mempunyai beberapa kesilapan (dan ia adalah tabiat seluruh insan), namun kesilapan-kesilapan itu, bagi masyarakat yang berakal, tidak sepatutnya membawakan penggulingan presiden.

3. Bagi golongan yang bersorak gembira terhadap penggulingan Presiden, maka mereka terdiri daripada beberapa golongan:

- Pertama: Segolongan daripada orang yang soleh lagi baik namun mereka tidak memahami risiko penggulingan Presiden dan mereka itu sedang dalam kealpaan yang nyata dan kefahaman yang cetek. Maka bagi golongan ini, kita memohon kepada Allah agar dikurniakan mereka petunjuk hidayah, dan seterusnya mereka sendiri akan menyaksikan dengan mata kasar mereka bahawa mereka telah tersilap atas perbuatan mereka itu.

- Kedua: Segolongan besar daripada golongan samseng yang menjual agama mereka dengan keuntungan dunia yang sedikit, dan mereka adalah hamba kepada sesiapa sahaja yang membayar mereka. Maka bagi golongan ini, usahlah kalian memenatkan diri untuk berbalah dengan mereka, kerana mereka itu lebih rendah dan hina daripada itu.

Ketiga: Mereka adalah pembuat kerosakan daripada kumpulan Parti Kebangsaan yang korup, dan mereka adalah pembuat kerosakan di muka bumi, pengikut mereka adalah sebahagian pihak media, para hakim, pihak polis, ahli-ahli perniagaan, dan yang seumpama mereka. Maka bagi golongan ini kita katakan kepada mereka, tenang sebentar kerana kehinaan akan mencukupkan kalian. Malulah kalian kerana berdiri bersama pihak kebatilan yang menentang kebenaran sedangkan kalian mengetahui dengan pasti siapakah pihak yang benar dan siapakah pihak yang batil. Adakah kalian menyangka bahawa Allah lalai daripada tipu daya kalian dan apa yang kalian perbuat pada waktu siang dan malam? Jauh sama sekali. Sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikan kalian. Maka ketawalah sebentar, namun ketahuilah bahawa orang yang zalim itu sedang berputar pada suatu putaran, dan kalian akan mengetahui beritanya pada kemudian waktu. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk keatas tipu daya orang-orang yang khianat.

Keempat: Beberapa individu dan negara yang menzahirkan kegembiraan terhadap apa yang berlaku dan berdiri bersama kebatilan malah membantu dan memberikan sandaran kepada mereka dengan segala cara, maka pada golongan ini kita katakan, adakah kalian percaya bahawa dengan pendirian kalian bersama kebatilan ini akan dibalas oleh Allah terhadap kalian dan dalam beberapa waktu lagi kalian akan dijadikan suatu peninggalan sejarah, sepertimana yang diucapkan oleh Nabi SAW, "Sesungguhnya Allah membiarkan orang yang zalim itu sehingga apabila Allah mengambil mereka, maka mereka tidak akan terlepas."

4. Adapun bagi saudara-saudara kita yang soleh daripada rakyat Mesir yang bertahan di persekitaran Masjid Rabi'ah dan tempat-tempat lain, bersabarlah dengan kesabaran yang indah, serta jauhilah daripada tergelincir kepada pertumpahan darah dan pertempuran. Sesungguhnya itu adalah sesuatu yang diinginkan oleh musuh-musuh kalian. Maka bersamalah kalian dengan para guru-guru dan cerdik pandai kalian, dan bermesyuaratlah bersama mereka untuk perancangan gerak langkah kehadapan, serta jauhilah kalian daripada hanya bertindak berdasarkan emosi semata, tanpa memasakkannya dengan asas syariat serta pandangan akal yang sejahtera.

5. Bagi saudara-saudara kita orang-orang soleh di serata dunia yang sangat bersedih dan berkongsi keperitan terhadap apa yang berlaku (dan bilangan mereka adalah ratusan juta manusia), maka ingin saya katakan kepada kalian, peliharalah ketinggian semangat dan kekuatan jiwa kalian, serta usahlah kalian merasa musnah atau lemah serta berpaling tadah dan kembali kepada yang lama, atau kalian meninggalkan dakwah kepada Allah Ta'ala dan beramal untuk agama-Nya. Perkara-perkara tersebut, sekiranya ia berlaku, maka ia adalah sesuatu yang benar-benar diinginkan oleh para musuh Islam dalam kalangan kalian. Maka patahkan serta kecewakanlah andaian dan tanggapan mereka, serta ketahuilah bahawa kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. Sesungguhnya betapa ramai insan sebelum kalian yang telah ditimpa dengan sesuatu ujian, namun mereka tidak menjadi lemah kerana ujian yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula mereka menyerah (kepada musuh). Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang sabar.

Maka saya memohon kepada Allah agar melindungi dan memelihara kita semua, dan membantu kita kearah perkara-perkara yang memperoleh kecintaan dan keredhaan-Nya, serta diperlihatkan kepada kita akan kebenaran dan merezekikan kita untuk mengikutinya, juga memperlihatkan kepada kita akan kebatilan dan menjauhkan kita daripadanya.

Dr M[truncated by WhatsApp]
Terjemahan teks Dr Musa alSharif


Perkara Yang di Persetujui Penentang

Bookmark and Share


Morsi, Dr Morsi, Mesir, Ikhwan Muslimin , Syeikh Al-Azhar


Khamis I 04 Julai 2013 I 11.16 malam

Antara perkara yang dipersetujui pihak penentang :

1) Mesir akan diberi minyak petroleum percuma selama setahun.

2) Membekalkan makanan asasi yang mencukupi dengan harga yang murah.

3) Menyelesaikan masalah elektrik yang selalu terputus dengan mengadakan kerjasama antara negara teluk.

4) Parti Nur telah memihak kepada askar setelah menteri dalam negeri kerajaan Arab Saudi menjanjikan satu bentuk bantuan kewangan kepada parti itu untuk menyalurkan wang sebanyak 150 milion setahun
.
5) Polis telah menyatakan sokongan padu kepada tentera untuk menyingkirkan Presiden Dr.Muhammad Mursi

6) Mereka menyekat kebebasan bersuara.

7) El-Barodie mengarahkan agar hakim dan tentera menghapuskan huriyyah wal adalah dan ikhwan muslimin.

8 ) Kementerian dalam negeri mengarahkn agar mana-mana siaran televisyen dan surat khabar yang menunjukkan sokongan kepada ikhwan muslimin dihentikan perkhidmatannya.

9) Syeikh Al-Azhar dan pendeta dipergunakan oleh Hamdain Sobahi, untuk melengkapkan rampasan kuasa yang dilakukannya kepada Dr.Muhammad Mursi.

10) Kerajaan Arab Saudi mengucapkan tahniah kepada Mesir.
Muhammad bin Naif bin Abd Aziz, menteri luar negeri Arab Saudi memberi jaminan kepada kerajaan Mesir, dengan rampasan kuasa ini. Kerajaan Arab Saudi akan memberi 3 billion dolar kepada kerajaan Mesir, dalam masa yang sama, separuh dari duit ini, akan diserahkan sebelum tempoh 5 hari.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"


Mursi Dan Pemimpin Ikhwanul Muslimin Kini Di Penjara

Bookmark and Share


Pemimpin Ikhwanul Muslimin telah ditahan pada hari Khamis (4/7) setelah tentera menggulingkan Muhammad Mursi dari kerusi presiden. Mereka ditahan di penjara yang sama.

Ketua Parti Gerakan dan Keadilan, Saad El-Katatni ditahan bersama Rashard al-Bayoumi, salah satu wakil pemimpin Ikhwanul Muslimin. Mereka ditahan di penjara Torah, penjara yang juga ditempati mantan presiden Hosni Mubarak serta anaknya Alaa dan Gamal. Mubarak dipenjara setelah penggulingannya pada 2011. Sementara anaknya dipenjara kerana tuduhan korupsi.

Mursi dipenjara oleh pihak berkuasa tentera. Pihak berkuasa keselamatan menyatakan Mursi ditahan di salah satu pusat intelijen tentera. Pejabat berita MENA yang disiarkan NYTimes melaporkan anggota Ikhwanul Muslimin juga telah ditangkap. Mereka dituduh memulakan rusuhan dan menganggu keamanan. Mursi digulingkan dari kekuasaannya oleh tentera. Ketua Mahkamah Perlembagaan, Adli Mansour menggantikan tempat sebagai presiden. Mansour mengangkat sumpah pada Khamis (4/7) waktu tempatan.

Sementara itu kumpulan Ikhwanul Muslimin, parti yang didokong oleh Presiden Mesir Mohamed Mursi, menggambarkan penggulingan Mursi pada Rabu malam waktu tempatan (3/7) sebagai satu pengkhianatan. 

"Hari menyedihkan buat aspirasi demokrasi Mesir, pengkhianatan terhadap revolusi dan jutaan orang Mesir percaya pada demokrasi," kata kumpulan itu sebagaimana dilaporkan Xinhua . 

Kumpulan tersebut juga mengutuk penutupan saluran television yang berorientasi pada Ikhwanul Muslimin dan penangkapan kakitangan mereka. 

"Penutupan saluran TV itu adalah lankah awal untuk penindasan, era pandangan tunggal," kata Parti Kebebasan dan Keadilan --cabang politik Ikhwanul Muslimin -- di akaun Twitternya. 

Pernyataan tersebut dikeluarkan setelah pihak tentera menggulingkan Presiden Mesir dari kubu Islam itu dan mengangkat Ketua Mahkamah Tinggi Perlembagaan Adly Mansour untuk sementara memerintah di negeri tersebut sehingga presiden baru dipilih. (IH)


04 Julai 2013

Utusan Kalah Lagi!!!

Bookmark and Share

ahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu (M) Bhd.membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berhubung fitnah terhadapnya berkenaan isu pembidaan plat WWW1 yang berharga RM520,000. Hakim, Datuk Rosnaini Saub turut mengarahkan ahkbar pro Umno itu membayar kos guaman sebanyak RM30,000. Peguam Mohammad Nizar, Zamri Ibrahim berkata, plaintif iaitu pihaknya telah berjaya membuktikan wujudnya elemen-eleman asas fitnah didalam laporan berita bertarikh 21 Mei 2012 dan ianya terbukti merujuk kepada plaintif. Beliau yang mewakili plaintif bersama seorang lagi peguam, Mohd Fitri Asmuni berkata, mahkamah tidak bersetuju dengan defendan (Utusan Melayu (M) Bhd.) yang merujuk kepada alasan penghakiman di dalam saman fitnah Nizar terhadap TV3 kerana ianya melibatkan pihak yang berbeza serta diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang bidang kuasanya setara dengan mahkamah ini. Zamri berkata, defendan gagal dalam pembelaan justifikasinya apabila mahkamah memutuskan defendan tidak melaporkan berita, sebaliknya memutar belitkan kenyataan plaintif kononnya plaintif membuat komen terhdap Sultan Johor sedangkan plaintif tidak berbuat demikian. Tambah beliau, defendan juga gagal dalam ulasan saksama apabila perkara yang dilaporkan adalah bukan merupakan komen tetapi suatu pernyataan dan defendan tidak bergantung kepada komen yang adil dan saksama. “Plaintif menyatakan berkenaan pembelian nombor pendaftaran WWW1 pada harga yangg tinggi tetapi dalam laporan defendan menyatakan Sultan Johor salah guna wang rakyat. “Ianya adalah amat jauh tersasar dari komen yang adil,” jelasnya. Ujar beliau, defendan juga gagal dalam pembelaan perlindungan bersyarat walaupun berita itu berkepentingan awam tetapi defendan tidak membuat pengesahan terlebih dahulu daripada plaintif. “Laporan itu jelas menyentuh paparan Twitter plaintif tetapi defendan tidak paparkan kandungan yang sebenar sebaliknya defendan menokok tambah dengan mengaitkan Sultan Johor sedangkan ianya tiada dalam Twitter plaintif,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, Mohammad Nizar ketika dihubungi melahirkan rasa syukur dengan keputusan yang diputuskan oleh hakim itu. “Ini bukan kali pertama kami (Pakatan Rakyat) menang, sebelum ini berpuluh-puluh saman kami menang, namun mereka (Utusan) tidak serik membuat fitnah. “Saya bersyukur dengan keputusan ini dan terbukti segala dakwaan yang dilemparkan terhadap saya tentang kes ini (pembidaan plat WWW1) ternyata fitnah sama sekali,” jelasnya lagi. Adun Changkat Jering itu sebelum ini membuat keputusan untuk menyaman akhbar lidah Umno tersebut selepas memfitnah beliau dengan mengatakan beliau menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida nombor kenderaan WWW1 berharga RM520 ribu di keluaran bertarikh 21 Mei 2012. -HD