Memaparkan catatan dengan label Ikhwan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikhwan. Papar semua catatan

09 Julai 2013

Terkini - Ikhwan Tak akan Berundur

Bookmark and Share

KALI INI IKHWAN TIDAK AKAN BERUNDUR

Penyokong Morsi, di bunuh pada waktu subuh, kekejaman asakar mesir, Ikhwan berjanji mati syahid di mesir, pro morsi di bunuh
Penyokong Morsi di bunuh pada waktu subuh rakaat kedua, di hadapan Bangunan Pengawal Republik Mesir


Sebentar tadi, Majlis Tentera mengadakan sidang media bagi menjelaskan situasi pembunuhan beramai-ramai Subuh tadi di hadapan Bangunan Pengawal Republik. 

Majlis Tentera meminta supaya penyokong Mursi untuk meninggalkan dataran-dataran yang dipenuhi. 

Malam sebelum berlakunya insiden berdarah itu, helikopter milik askar telah mengugurkan risalah kepada para penyokong Mursi. Antara kandungan risalah itu mengugut askar tidak akan tunduk kepada desakan golongan "minoriti' yang dimaksudkan ialah penyokong Mursi. Askar juga berjanji akan mempertahankan sebarang tindakan yang boleh dikira menceroboh. 

Saya kira ketika ini tentera menerima tekanan yang teruk. Selain dengan tekanan dalam tentera yang terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi yang mendesak Ketua tentera, Abdul Fatah As-Sisi menarik balik rampasan kuasa dibuat. Satu lagi, mereka tertekan kerana selepas seminggu rampasan kuasa berlaku, bilangan mereka yang membanjiri dataran-dataran bagi menolak rampasan kuasa saban hari tidak berkurangan meskipun pihak keselamatan mengupah perusuh (baltoji) untuk menakut-nakutkan mereka. 

Apatah lagi Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Mohammed Badi' yang turun berucap di Raba'ah Jumaat lalu menyeru rakyat kekal di dataran dan ia dikira satu arahan kepada anggota Ikhwan Muslimin. Ikhwan juga sehingga hari ini tiada petanda untuk mengendur atau berunding kerana tiada faedah berunding dengan "perompak". 

Situasi yang berlaku kepada Ikhwan Muslimin ini berbeza dengan tahun 50-an. Ketika itu, walaupun Ikhwan dikhianti oleh rejim Abdul Nasser maka terdapat arahan dari pimpinan Ikhwan ketika itu untuk meminta penyokong mereka berundur. 

Namun, senario tahun 2013 sama sekali berbeza. Saya tidak nampak Ikhwan akan berundur atau mengeluarkan arahan kepada ahlinya berundur kerana pengalaman mereka 60 tahun dulu memberikan pengajaran.

Kali ini sama ada menang ataupun menemui syahid.


06 Julai 2013

Stesen TV Mesir Mula Menipu Maklumat

Bookmark and Share

Media mesir, tv mesir, media berbohong, krsis mesir, terkini


MEDIA MESIR KEMBALI KE ZAMAN MUBARAK

Tiada disangka tiba-tiba televisyen rasmi kerajaan Mesir berubah selepas rampasan kuasa. Selama ini televisyen rasmi antara menjadi rujukan saya berkaitan hal ehwal dalam dan luar negara. 

Bukan sahaja tv yang berbohong malah askar juga berbohong.

Seperti yang kita maklum semenjak berlaku rampasan kuasa menyaksikan telah berpuluh orang pimpinan Ikhwan dan gerakan Islam lain yang ditahan.

Lihat anak panah berita tertera yang bermaksud:

"TERKINI: Jurucakap Majlis Tentera: Tidak pernah berlaku tangkapan kepada mana-mana aktivis politik sejak Revolusi 30 Jun dan tidak terdapat seorangpun tahanan politik di dalam penjara."

Lihat pula penipuan dalam ruang kotak kuning di bawah:

"Pasukan keselamatan menafikan tangkapan peguam Ikhwan Muslimin Abdul Mun'im Abdul Maqsud."

- Abdul Malik


05 Julai 2013

Pendakwa Agung Mesir Letak Jawatan

Bookmark and Share

Mursi  Mahmoud Ikhwan presiden Mesir digulingkan terkini dari mesir




[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Jumaat I 05 Julai 2013 I 05.09 petang

Pendakwa Agung Mesir Abdul Majid Mahmoud telah mengumumkan perletakkan jawatannya sehari selepas dilantik semula ke jawatan tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Jumaat. Mahmoud berkata, beliau telah membuat keputusan untuk "mengelakkan rasa malu untuk membuat kehakiman terdapat mereka yang telah "mengeluarkan" beliau daripada pejabatnya."

Siasatan akan dijalankan minggu depan terhadap Presiden yang "digulingkan" Dr.Muhammad Mursi dan 9 pemimpin Ikhwan lain atas tuduhan telah menghina mahkamah.

Mahmud akan mengumumkan perletakkan jawatannya kepada Majlis Tertinggi Kehakiman.

Mahmoud berkata, beliau telah pun menyatakan pendiriannya tiada sesiapa perlu campur tangan dalam pendakwaan am.

Dr.Muhammad Mursi yang telah "digulingkan" pada rabu lalu telah memecat Mahmoud menerusi deklarasi perlembagaan pada November 2012.

Minggu lalu, mahkamah rayuan telah mengekalkan keputusan mahkamah rendah untuk menolak Talaat Abdullah menggantikan Mahmoud sebagai Pendakwa Agung pada bulan November 2012. Pada hari yang sama, keputusan berasingan mengesahkan pemecatan Mahmoud dari jawatan itu.

Dalam apa yang disifatkan sebagai tindakan bermotifkan politik, Majlis Tertinggi Kehakiman memutuskan untuk menolak Talaat Abdullah, dan membatalkan pemecatan Mahmoud.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"