KALI INI IKHWAN TIDAK AKAN BERUNDUR
 |
| Penyokong Morsi di bunuh pada waktu subuh rakaat kedua, di hadapan Bangunan Pengawal Republik Mesir |
Sebentar tadi, Majlis Tentera mengadakan sidang media bagi menjelaskan situasi pembunuhan beramai-ramai Subuh tadi di hadapan Bangunan Pengawal Republik.
Majlis Tentera meminta supaya penyokong Mursi untuk meninggalkan dataran-dataran yang dipenuhi.
Malam sebelum berlakunya insiden berdarah itu, helikopter milik askar telah mengugurkan risalah kepada para penyokong Mursi. Antara kandungan risalah itu mengugut askar tidak akan tunduk kepada desakan golongan "minoriti' yang dimaksudkan ialah penyokong Mursi. Askar juga berjanji akan mempertahankan sebarang tindakan yang boleh dikira menceroboh.
Saya kira ketika ini tentera menerima tekanan yang teruk. Selain dengan tekanan dalam tentera yang terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi yang mendesak Ketua tentera, Abdul Fatah As-Sisi menarik balik rampasan kuasa dibuat. Satu lagi, mereka tertekan kerana selepas seminggu rampasan kuasa berlaku, bilangan mereka yang membanjiri dataran-dataran bagi menolak rampasan kuasa saban hari tidak berkurangan meskipun pihak keselamatan mengupah perusuh (baltoji) untuk menakut-nakutkan mereka.
Apatah lagi Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Mohammed Badi' yang turun berucap di Raba'ah Jumaat lalu menyeru rakyat kekal di dataran dan ia dikira satu arahan kepada anggota Ikhwan Muslimin. Ikhwan juga sehingga hari ini tiada petanda untuk mengendur atau berunding kerana tiada faedah berunding dengan "perompak".
Situasi yang berlaku kepada Ikhwan Muslimin ini berbeza dengan tahun 50-an. Ketika itu, walaupun Ikhwan dikhianti oleh rejim Abdul Nasser maka terdapat arahan dari pimpinan Ikhwan ketika itu untuk meminta penyokong mereka berundur.
Namun, senario tahun 2013 sama sekali berbeza. Saya tidak nampak Ikhwan akan berundur atau mengeluarkan arahan kepada ahlinya berundur kerana pengalaman mereka 60 tahun dulu memberikan pengajaran.
Kali ini sama ada menang ataupun menemui syahid.