Memaparkan catatan dengan label Ikhwanul Muslimin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikhwanul Muslimin. Papar semua catatan

09 Julai 2013

Terkini - Ikhwan Tak akan Berundur

Bookmark and Share

KALI INI IKHWAN TIDAK AKAN BERUNDUR

Penyokong Morsi, di bunuh pada waktu subuh, kekejaman asakar mesir, Ikhwan berjanji mati syahid di mesir, pro morsi di bunuh
Penyokong Morsi di bunuh pada waktu subuh rakaat kedua, di hadapan Bangunan Pengawal Republik Mesir


Sebentar tadi, Majlis Tentera mengadakan sidang media bagi menjelaskan situasi pembunuhan beramai-ramai Subuh tadi di hadapan Bangunan Pengawal Republik. 

Majlis Tentera meminta supaya penyokong Mursi untuk meninggalkan dataran-dataran yang dipenuhi. 

Malam sebelum berlakunya insiden berdarah itu, helikopter milik askar telah mengugurkan risalah kepada para penyokong Mursi. Antara kandungan risalah itu mengugut askar tidak akan tunduk kepada desakan golongan "minoriti' yang dimaksudkan ialah penyokong Mursi. Askar juga berjanji akan mempertahankan sebarang tindakan yang boleh dikira menceroboh. 

Saya kira ketika ini tentera menerima tekanan yang teruk. Selain dengan tekanan dalam tentera yang terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi yang mendesak Ketua tentera, Abdul Fatah As-Sisi menarik balik rampasan kuasa dibuat. Satu lagi, mereka tertekan kerana selepas seminggu rampasan kuasa berlaku, bilangan mereka yang membanjiri dataran-dataran bagi menolak rampasan kuasa saban hari tidak berkurangan meskipun pihak keselamatan mengupah perusuh (baltoji) untuk menakut-nakutkan mereka. 

Apatah lagi Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Mohammed Badi' yang turun berucap di Raba'ah Jumaat lalu menyeru rakyat kekal di dataran dan ia dikira satu arahan kepada anggota Ikhwan Muslimin. Ikhwan juga sehingga hari ini tiada petanda untuk mengendur atau berunding kerana tiada faedah berunding dengan "perompak". 

Situasi yang berlaku kepada Ikhwan Muslimin ini berbeza dengan tahun 50-an. Ketika itu, walaupun Ikhwan dikhianti oleh rejim Abdul Nasser maka terdapat arahan dari pimpinan Ikhwan ketika itu untuk meminta penyokong mereka berundur. 

Namun, senario tahun 2013 sama sekali berbeza. Saya tidak nampak Ikhwan akan berundur atau mengeluarkan arahan kepada ahlinya berundur kerana pengalaman mereka 60 tahun dulu memberikan pengajaran.

Kali ini sama ada menang ataupun menemui syahid.


06 Julai 2013

Stesen TV Mesir Mula Menipu Maklumat

Bookmark and Share

Media mesir, tv mesir, media berbohong, krsis mesir, terkini


MEDIA MESIR KEMBALI KE ZAMAN MUBARAK

Tiada disangka tiba-tiba televisyen rasmi kerajaan Mesir berubah selepas rampasan kuasa. Selama ini televisyen rasmi antara menjadi rujukan saya berkaitan hal ehwal dalam dan luar negara. 

Bukan sahaja tv yang berbohong malah askar juga berbohong.

Seperti yang kita maklum semenjak berlaku rampasan kuasa menyaksikan telah berpuluh orang pimpinan Ikhwan dan gerakan Islam lain yang ditahan.

Lihat anak panah berita tertera yang bermaksud:

"TERKINI: Jurucakap Majlis Tentera: Tidak pernah berlaku tangkapan kepada mana-mana aktivis politik sejak Revolusi 30 Jun dan tidak terdapat seorangpun tahanan politik di dalam penjara."

Lihat pula penipuan dalam ruang kotak kuning di bawah:

"Pasukan keselamatan menafikan tangkapan peguam Ikhwan Muslimin Abdul Mun'im Abdul Maqsud."

- Abdul Malik


05 Julai 2013

Mursi Dan Pemimpin Ikhwanul Muslimin Kini Di Penjara

Bookmark and Share


Pemimpin Ikhwanul Muslimin telah ditahan pada hari Khamis (4/7) setelah tentera menggulingkan Muhammad Mursi dari kerusi presiden. Mereka ditahan di penjara yang sama.

Ketua Parti Gerakan dan Keadilan, Saad El-Katatni ditahan bersama Rashard al-Bayoumi, salah satu wakil pemimpin Ikhwanul Muslimin. Mereka ditahan di penjara Torah, penjara yang juga ditempati mantan presiden Hosni Mubarak serta anaknya Alaa dan Gamal. Mubarak dipenjara setelah penggulingannya pada 2011. Sementara anaknya dipenjara kerana tuduhan korupsi.

Mursi dipenjara oleh pihak berkuasa tentera. Pihak berkuasa keselamatan menyatakan Mursi ditahan di salah satu pusat intelijen tentera. Pejabat berita MENA yang disiarkan NYTimes melaporkan anggota Ikhwanul Muslimin juga telah ditangkap. Mereka dituduh memulakan rusuhan dan menganggu keamanan. Mursi digulingkan dari kekuasaannya oleh tentera. Ketua Mahkamah Perlembagaan, Adli Mansour menggantikan tempat sebagai presiden. Mansour mengangkat sumpah pada Khamis (4/7) waktu tempatan.

Sementara itu kumpulan Ikhwanul Muslimin, parti yang didokong oleh Presiden Mesir Mohamed Mursi, menggambarkan penggulingan Mursi pada Rabu malam waktu tempatan (3/7) sebagai satu pengkhianatan. 

"Hari menyedihkan buat aspirasi demokrasi Mesir, pengkhianatan terhadap revolusi dan jutaan orang Mesir percaya pada demokrasi," kata kumpulan itu sebagaimana dilaporkan Xinhua . 

Kumpulan tersebut juga mengutuk penutupan saluran television yang berorientasi pada Ikhwanul Muslimin dan penangkapan kakitangan mereka. 

"Penutupan saluran TV itu adalah lankah awal untuk penindasan, era pandangan tunggal," kata Parti Kebebasan dan Keadilan --cabang politik Ikhwanul Muslimin -- di akaun Twitternya. 

Pernyataan tersebut dikeluarkan setelah pihak tentera menggulingkan Presiden Mesir dari kubu Islam itu dan mengangkat Ketua Mahkamah Tinggi Perlembagaan Adly Mansour untuk sementara memerintah di negeri tersebut sehingga presiden baru dipilih. (IH)


25 Februari 2011

Prasangka buruk Najib terhadap al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin

Bookmark and Share


Laporan National Review ada memetik ucapan Najib Razak di Turki yang dikatakan sarat dengan prasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin.  Perdana Menteri dilaporkan menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda Perubahan di Mesir kerana masih terlibat dengan keganasan.  Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual.  Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan.
Saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat.  Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Najib di Amerika Syarikat?

Kenyataan terbaru Najib Razak juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demokratisasi.  Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431?  Sekiranya terbukti benar tohmahan Najib Razak terhadap Sheikh Yusuf al Qaradawi, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut.

Sila baca laporan National Review http://bit.ly/hkI4SA
Sila baca laporan Brookings Institution yang mahu dunia Barat bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin: http://bit.ly/gY2GNW

*Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang Parlimen dan Ketua Umum PKR.

merdekareview.com