Memaparkan catatan dengan label Presiden Mesir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Presiden Mesir. Papar semua catatan

09 Julai 2013

Terkini - Ikhwan Tak akan Berundur

Bookmark and Share

KALI INI IKHWAN TIDAK AKAN BERUNDUR

Penyokong Morsi, di bunuh pada waktu subuh, kekejaman asakar mesir, Ikhwan berjanji mati syahid di mesir, pro morsi di bunuh
Penyokong Morsi di bunuh pada waktu subuh rakaat kedua, di hadapan Bangunan Pengawal Republik Mesir


Sebentar tadi, Majlis Tentera mengadakan sidang media bagi menjelaskan situasi pembunuhan beramai-ramai Subuh tadi di hadapan Bangunan Pengawal Republik. 

Majlis Tentera meminta supaya penyokong Mursi untuk meninggalkan dataran-dataran yang dipenuhi. 

Malam sebelum berlakunya insiden berdarah itu, helikopter milik askar telah mengugurkan risalah kepada para penyokong Mursi. Antara kandungan risalah itu mengugut askar tidak akan tunduk kepada desakan golongan "minoriti' yang dimaksudkan ialah penyokong Mursi. Askar juga berjanji akan mempertahankan sebarang tindakan yang boleh dikira menceroboh. 

Saya kira ketika ini tentera menerima tekanan yang teruk. Selain dengan tekanan dalam tentera yang terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi yang mendesak Ketua tentera, Abdul Fatah As-Sisi menarik balik rampasan kuasa dibuat. Satu lagi, mereka tertekan kerana selepas seminggu rampasan kuasa berlaku, bilangan mereka yang membanjiri dataran-dataran bagi menolak rampasan kuasa saban hari tidak berkurangan meskipun pihak keselamatan mengupah perusuh (baltoji) untuk menakut-nakutkan mereka. 

Apatah lagi Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Mohammed Badi' yang turun berucap di Raba'ah Jumaat lalu menyeru rakyat kekal di dataran dan ia dikira satu arahan kepada anggota Ikhwan Muslimin. Ikhwan juga sehingga hari ini tiada petanda untuk mengendur atau berunding kerana tiada faedah berunding dengan "perompak". 

Situasi yang berlaku kepada Ikhwan Muslimin ini berbeza dengan tahun 50-an. Ketika itu, walaupun Ikhwan dikhianti oleh rejim Abdul Nasser maka terdapat arahan dari pimpinan Ikhwan ketika itu untuk meminta penyokong mereka berundur. 

Namun, senario tahun 2013 sama sekali berbeza. Saya tidak nampak Ikhwan akan berundur atau mengeluarkan arahan kepada ahlinya berundur kerana pengalaman mereka 60 tahun dulu memberikan pengajaran.

Kali ini sama ada menang ataupun menemui syahid.


06 Julai 2013

Gambar Demo Pro Morsi Selepas Solat Jumaat

Bookmark and Share

Perhimpunan Aman di hadapan Ibupejabat Markas Tentera Republik Mesir

penyokong morsi terkorban demo pro morsi
Gambar Penyokong Morsi yang di tembak oleh tentera Mesir

Kaherah, penyokong morsi, presiden mesir, demo rakyat mesir
Penyokong Morsi di tembak dengan peluru hidup dalm protes  di Kaherah lepas solat Jumaat takdi
Morsi, presiden mesir, pro morsi demo pro morsi
Demo Pro Morsi di Masjid Al-Arish Sinai selepas solat Jumaat

Penyokong Morsi, Presiden Mesir , demo rakyat, kebangkitan rakyat mesir
Gambar penyokong Pro Morsi di
Alexandria lepas solat jumaat 
Kebangkitan Rakyat, Penyokong Morsi, Preden Mesir
Himpunan rakyat sokong Morsi dua jam tadi Rabaa Al Adawiya









05 Julai 2013

Teks Kenyataan Dr Morsi, setelah beliau digulingkan

Bookmark and Share

 dr morsi mesir terkini rampasan kuasa mesir pergolakan mesir demokrasi mesir



Assalamualaikum.

Apa yang berlaku di Mesir pada hari ini, dilihat oleh seseorang Muslim adalah berkenaan dengan hakikat-hakikat berikut, yang insha Allah dapat menyejukkan hati dan melapangkan dada mereka:

1. Ia adalah suatu ketentuan Allah Ta'ala yang mesti diterima oleh seseorang Muslim dengan dada yang lapang serta tidak membantah. Allah telah menentukan bahawa pertentangan yang berlaku antara hak dan batil akan terus berlaku hingga ke hari kiamat. Beberapa ketika giliran akan berada pada kebenaran, dan pada beberapa ketika yang lain pula akan tiba giliran kepada kebatilan. Namun, giliran kebatilan itu hanya untuk suatu tempoh masa singkat, adapun giliran kebenaran, ia akan berterusan hingga ke hari kiamat. Sesiapa yang redha, maka baginya keredhaan, namun bagi sesiapa yang marah dan tidak berpuas hati, maka baginya kemarahan dan ketidakpuasan hati itu. Tidaklah keredhaan itu bermaksud melainkan suatu penyerahan urusan kepada Allah Ta'ala, dan bukanlah ia bermakna kita bersikap mengalah terhadap kebatilan dan tidak melawan dengan segala cara yang berkemungkinan.

2. Berkenaan apa yang telah berlaku keatas Presiden Dr Muhammad Morsi (moga Allah memelihara beliau), ia benar-benar adalah suatu kezaliman dan jenayah atau kemelampauan yang nyata. Bahawa Allah SWT mewajibkan keatas diri-Nya yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi untuk membantu orang yang dizalimi walaupun hanya seketika. Bahawasanya Allah sedang mendengar dan melihat, dan sesungguhnya Allah itu lebih ghirah (cemburu) daripada para hamba-Nya yang soleh. Benar, Presiden Morsi mempunyai beberapa kesilapan (dan ia adalah tabiat seluruh insan), namun kesilapan-kesilapan itu, bagi masyarakat yang berakal, tidak sepatutnya membawakan penggulingan presiden.

3. Bagi golongan yang bersorak gembira terhadap penggulingan Presiden, maka mereka terdiri daripada beberapa golongan:

- Pertama: Segolongan daripada orang yang soleh lagi baik namun mereka tidak memahami risiko penggulingan Presiden dan mereka itu sedang dalam kealpaan yang nyata dan kefahaman yang cetek. Maka bagi golongan ini, kita memohon kepada Allah agar dikurniakan mereka petunjuk hidayah, dan seterusnya mereka sendiri akan menyaksikan dengan mata kasar mereka bahawa mereka telah tersilap atas perbuatan mereka itu.

- Kedua: Segolongan besar daripada golongan samseng yang menjual agama mereka dengan keuntungan dunia yang sedikit, dan mereka adalah hamba kepada sesiapa sahaja yang membayar mereka. Maka bagi golongan ini, usahlah kalian memenatkan diri untuk berbalah dengan mereka, kerana mereka itu lebih rendah dan hina daripada itu.

Ketiga: Mereka adalah pembuat kerosakan daripada kumpulan Parti Kebangsaan yang korup, dan mereka adalah pembuat kerosakan di muka bumi, pengikut mereka adalah sebahagian pihak media, para hakim, pihak polis, ahli-ahli perniagaan, dan yang seumpama mereka. Maka bagi golongan ini kita katakan kepada mereka, tenang sebentar kerana kehinaan akan mencukupkan kalian. Malulah kalian kerana berdiri bersama pihak kebatilan yang menentang kebenaran sedangkan kalian mengetahui dengan pasti siapakah pihak yang benar dan siapakah pihak yang batil. Adakah kalian menyangka bahawa Allah lalai daripada tipu daya kalian dan apa yang kalian perbuat pada waktu siang dan malam? Jauh sama sekali. Sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikan kalian. Maka ketawalah sebentar, namun ketahuilah bahawa orang yang zalim itu sedang berputar pada suatu putaran, dan kalian akan mengetahui beritanya pada kemudian waktu. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk keatas tipu daya orang-orang yang khianat.

Keempat: Beberapa individu dan negara yang menzahirkan kegembiraan terhadap apa yang berlaku dan berdiri bersama kebatilan malah membantu dan memberikan sandaran kepada mereka dengan segala cara, maka pada golongan ini kita katakan, adakah kalian percaya bahawa dengan pendirian kalian bersama kebatilan ini akan dibalas oleh Allah terhadap kalian dan dalam beberapa waktu lagi kalian akan dijadikan suatu peninggalan sejarah, sepertimana yang diucapkan oleh Nabi SAW, "Sesungguhnya Allah membiarkan orang yang zalim itu sehingga apabila Allah mengambil mereka, maka mereka tidak akan terlepas."

4. Adapun bagi saudara-saudara kita yang soleh daripada rakyat Mesir yang bertahan di persekitaran Masjid Rabi'ah dan tempat-tempat lain, bersabarlah dengan kesabaran yang indah, serta jauhilah daripada tergelincir kepada pertumpahan darah dan pertempuran. Sesungguhnya itu adalah sesuatu yang diinginkan oleh musuh-musuh kalian. Maka bersamalah kalian dengan para guru-guru dan cerdik pandai kalian, dan bermesyuaratlah bersama mereka untuk perancangan gerak langkah kehadapan, serta jauhilah kalian daripada hanya bertindak berdasarkan emosi semata, tanpa memasakkannya dengan asas syariat serta pandangan akal yang sejahtera.

5. Bagi saudara-saudara kita orang-orang soleh di serata dunia yang sangat bersedih dan berkongsi keperitan terhadap apa yang berlaku (dan bilangan mereka adalah ratusan juta manusia), maka ingin saya katakan kepada kalian, peliharalah ketinggian semangat dan kekuatan jiwa kalian, serta usahlah kalian merasa musnah atau lemah serta berpaling tadah dan kembali kepada yang lama, atau kalian meninggalkan dakwah kepada Allah Ta'ala dan beramal untuk agama-Nya. Perkara-perkara tersebut, sekiranya ia berlaku, maka ia adalah sesuatu yang benar-benar diinginkan oleh para musuh Islam dalam kalangan kalian. Maka patahkan serta kecewakanlah andaian dan tanggapan mereka, serta ketahuilah bahawa kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. Sesungguhnya betapa ramai insan sebelum kalian yang telah ditimpa dengan sesuatu ujian, namun mereka tidak menjadi lemah kerana ujian yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula mereka menyerah (kepada musuh). Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang sabar.

Maka saya memohon kepada Allah agar melindungi dan memelihara kita semua, dan membantu kita kearah perkara-perkara yang memperoleh kecintaan dan keredhaan-Nya, serta diperlihatkan kepada kita akan kebenaran dan merezekikan kita untuk mengikutinya, juga memperlihatkan kepada kita akan kebatilan dan menjauhkan kita daripadanya.

Dr M[truncated by WhatsApp]
Terjemahan teks Dr Musa alSharif


Perkara Yang di Persetujui Penentang

Bookmark and Share


Morsi, Dr Morsi, Mesir, Ikhwan Muslimin , Syeikh Al-Azhar


Khamis I 04 Julai 2013 I 11.16 malam

Antara perkara yang dipersetujui pihak penentang :

1) Mesir akan diberi minyak petroleum percuma selama setahun.

2) Membekalkan makanan asasi yang mencukupi dengan harga yang murah.

3) Menyelesaikan masalah elektrik yang selalu terputus dengan mengadakan kerjasama antara negara teluk.

4) Parti Nur telah memihak kepada askar setelah menteri dalam negeri kerajaan Arab Saudi menjanjikan satu bentuk bantuan kewangan kepada parti itu untuk menyalurkan wang sebanyak 150 milion setahun
.
5) Polis telah menyatakan sokongan padu kepada tentera untuk menyingkirkan Presiden Dr.Muhammad Mursi

6) Mereka menyekat kebebasan bersuara.

7) El-Barodie mengarahkan agar hakim dan tentera menghapuskan huriyyah wal adalah dan ikhwan muslimin.

8 ) Kementerian dalam negeri mengarahkn agar mana-mana siaran televisyen dan surat khabar yang menunjukkan sokongan kepada ikhwan muslimin dihentikan perkhidmatannya.

9) Syeikh Al-Azhar dan pendeta dipergunakan oleh Hamdain Sobahi, untuk melengkapkan rampasan kuasa yang dilakukannya kepada Dr.Muhammad Mursi.

10) Kerajaan Arab Saudi mengucapkan tahniah kepada Mesir.
Muhammad bin Naif bin Abd Aziz, menteri luar negeri Arab Saudi memberi jaminan kepada kerajaan Mesir, dengan rampasan kuasa ini. Kerajaan Arab Saudi akan memberi 3 billion dolar kepada kerajaan Mesir, dalam masa yang sama, separuh dari duit ini, akan diserahkan sebelum tempoh 5 hari.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"


Mursi Dan Pemimpin Ikhwanul Muslimin Kini Di Penjara

Bookmark and Share


Pemimpin Ikhwanul Muslimin telah ditahan pada hari Khamis (4/7) setelah tentera menggulingkan Muhammad Mursi dari kerusi presiden. Mereka ditahan di penjara yang sama.

Ketua Parti Gerakan dan Keadilan, Saad El-Katatni ditahan bersama Rashard al-Bayoumi, salah satu wakil pemimpin Ikhwanul Muslimin. Mereka ditahan di penjara Torah, penjara yang juga ditempati mantan presiden Hosni Mubarak serta anaknya Alaa dan Gamal. Mubarak dipenjara setelah penggulingannya pada 2011. Sementara anaknya dipenjara kerana tuduhan korupsi.

Mursi dipenjara oleh pihak berkuasa tentera. Pihak berkuasa keselamatan menyatakan Mursi ditahan di salah satu pusat intelijen tentera. Pejabat berita MENA yang disiarkan NYTimes melaporkan anggota Ikhwanul Muslimin juga telah ditangkap. Mereka dituduh memulakan rusuhan dan menganggu keamanan. Mursi digulingkan dari kekuasaannya oleh tentera. Ketua Mahkamah Perlembagaan, Adli Mansour menggantikan tempat sebagai presiden. Mansour mengangkat sumpah pada Khamis (4/7) waktu tempatan.

Sementara itu kumpulan Ikhwanul Muslimin, parti yang didokong oleh Presiden Mesir Mohamed Mursi, menggambarkan penggulingan Mursi pada Rabu malam waktu tempatan (3/7) sebagai satu pengkhianatan. 

"Hari menyedihkan buat aspirasi demokrasi Mesir, pengkhianatan terhadap revolusi dan jutaan orang Mesir percaya pada demokrasi," kata kumpulan itu sebagaimana dilaporkan Xinhua . 

Kumpulan tersebut juga mengutuk penutupan saluran television yang berorientasi pada Ikhwanul Muslimin dan penangkapan kakitangan mereka. 

"Penutupan saluran TV itu adalah lankah awal untuk penindasan, era pandangan tunggal," kata Parti Kebebasan dan Keadilan --cabang politik Ikhwanul Muslimin -- di akaun Twitternya. 

Pernyataan tersebut dikeluarkan setelah pihak tentera menggulingkan Presiden Mesir dari kubu Islam itu dan mengangkat Ketua Mahkamah Tinggi Perlembagaan Adly Mansour untuk sementara memerintah di negeri tersebut sehingga presiden baru dipilih. (IH)