Memaparkan catatan dengan label PRK Besut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK Besut. Papar semua catatan

11 Julai 2013

Che Long, Calon yang di senangi rakyat- Tuan Man

Bookmark and Share

Kuala Besut, Prk Kuala Besut, Daerah Besut, dun kuala besut, Che long, Haji Azlan Yusof
PAS KEMUKA CALON “SENANG KKIRO, MUDAH BBASO”

Penampilan pertama kali Haji Azlan Yusof atau lebih mesra dikenali dengan nama Che Long dilihat mampu memberi saingan kepada calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul, yang lebih banyak berada di luar kawasan Besut berbanding calon PAS. 

Kelebihan yang dimiliki oleh calon PAS yang dianggap calon “Senang Kkiro, Mudah Bbaso” bagi penduduk Kuala Besut diharap mampu mencatat sejarah 16-16 yang hangat diperkatakan semenjak Adun Kuala Besut BN Allahyarham Abdul Rahman meninggal dunia. 

Rata-rata masyarakat di daerah Besut dan seluruh negara mengharap satu rekod sejarah politik tanahair akan tercatat. Seandainya PAS memenangi kerusi Kuala Besut, kedudukan kerusi menjadi sama rata 16- 16. Ini yang akan menjadi suatu penantian, apakah bentuk kerajaan Terengganu selepas catatan sejarah itu? 

Apapun faktor calon banyak mempengaruhi pengundi kali ini. Keadaan sosio ekonomi pengundi yang sebahagiannya terlibat dalam pertanian dan perikanan selain pelancongan memerlukan wakil rakyat yang sanggup bergelumang susah-senang dengan mereka. 

Di sinilah letaknya kelebihan Che Long yang berada dalam kawasan sepanjang masa berbanding calon BN. 

Apapun pilihanraya kali ini mampu mencatat sejarah penting seandainya pengundi memberi undi kepada PAS. Kedudukan 16-16 adalah akan menjadi sejarah politik negara.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
11 Julai 2013


09 Julai 2013

Calon Pas PRK Besut- Che Long

Bookmark and Share



Che Long, Calon PRK Besut, Azlan @ Endut Yusuf, Pilihan Raya Kecil Besut, Dun Besut
Bendahari PAS Besut, Azlan @ Endut Yusuf 
calon pas best, che long,  azlan yusoh
Calon Pas PRK Besut sedang ber baiah dengan presiden


PAS memilih muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long.

Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut
. Beliau tinggal di Kampung Baru, Kuala Besut, kawasan yang dikhaskan sebagai kawasan industri perkayuan di daerah ini.

Rumahnya tidak sampai setengah kilometer dari Markas Besar PAS yang terletak di Kampung Baru.


Nama Che Long dijangka diumumkan sebagai calon oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar lagi dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut.

Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam.

Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan.

Pemilihan Che Long adalah satu perubahan pendekatan yang diambil oleh PAS dalam menghadapi PRK ini kerana dua lagi calon yang disenaraipendekkan untuk pilihan raya ini adalah ustaz.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.

PRK itu diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK DUN Kuala Besut.

Pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu, A. Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. BN menang dengan majoriti 2,434 undi. - 9 Julai, 2013.