Memaparkan catatan dengan label Red Warriors. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Red Warriors. Papar semua catatan

14 April 2011

Red Worriors dikejutkan dari diulit lena

Bookmark and Share


SEMUA pemain gagal berfungsi dan kualiti permainan sangat teruk


Red Warriors, Kelantan, Liga Super 2011, Sukan, TRW, sukad yop, seladang, Perak, KAFA, Itu komen pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim, ekoran kekalahan memalukan pasukannya yang dibenam Perak 4-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, malam kelmarin.

Tanpa menyembunyikan kekecewaan tersebut, beliau memberitahu bahawa satu post-mortem akan dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kekalahan tersebut yang disifatkan paling buruk dalam tempoh empat tahun.

"Saya pun tidak tahu apa yang berlaku malam semalam. Kita seperti membiarkan Perak bermain dan kita gagal membuat sesuatu untuk menyekat kemaraan mereka. Hasilnya, ia cukup mengecewakan.

"Ini adalah persembahan paling buruk setakat ini dan kita perlu melakukan sesuatu untuk memulihkan semula moral pemain dan penyokong. Ia perlu dilakukan dengan segera kerana kita tidak mempunyai banyak masa, jadual perlawanan kita cukup padat," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, ini bukan masa yang sesuai untuk menuding jari mencari kesalahan pemain atau jurulatih tetapi ini adalah pengalaman pahit yang cukup berguna sebagai pengajaran dalam mengharungi baki saingan liga.

Jelasnya, beliau tidak menafikan kemenangan besar ketika mengatasi Felda United, Sabtu lalu membuatkan para pemainnya terlena seketika dan terlalu yakin tanpa menyedari kekuatan pasukan lawan.

"Rekod perlawanan di tempat lawan kita musim ini tidak begitu baik. Selepas menang perlawanan Piala Sumbangsih menentang Selangor, rekod kita tidak bagus, hanya seri termasuk kalah kepada Pahang dan T-Team.

"Menentang Sabah di Kota Bharu Sabtu ini adalah masa yang terbaik untuk semua pemain membuktikan mereka adalah sebuah pasukan yang baik dan memulihkan semua semangat seluruh penyokong setia mereka," ujarnya.

Katanya, semua pemain, pengurusan dan penyokong tidak perlu panik dengan situasi ini kerana Kelantan masih berpeluang untuk melakukan sesuatu ketika jadual perlawanan masih panjang selain perbezaan mata juga tidak begitu ketara.

Ketika ditanya mengenai situasi 'bilik persalinan' Kelantan ekoran beberapa spekulasi kononnya ada perselisihan antara pemain, Azman menjawab:

"Semuanya tenang, tidak ada apa yang berlaku. Spekulasi ini hanya bertujuan untuk merosakkan pasukan dan saya percaya seluruh pasukan berada dalam keadaan terbaik untuk terus memberi saingan dalam liga," jelasnya-Kosmo


13 April 2011

Liga Super :Perak Belasah Kelantan 4-0

Bookmark and Share

 Liga Super 2011, Perak, Kelantan, Red Warriors, seladang, TRW, Sukan, sukad yop, akmal rizal
IBARAT harimau terluka, Perak tampil tanpa belas ehsan apabila membelasah Kelantan 4-0 dalam persaingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Sebelum memulakan aksi di hadapan ribuan penyokong sendiri, skuad Kejor Yob Kejor itu tersentak seketika apabila tumpas 1-2 kepada Sabah (Sabtu lalu), sekali gus memadamkan rekod tanpa kalah mereka dalam kempen liga.

Justeru, skuad bimbingan Norizan Bakar itu cuba melupakan kedukaan tersebut dengan mempamerkan persembahan menarik sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.

Perak tidak perlu menunggu lama untuk mendahului pasukan pelawat apabila rembatan kencang Mohd. Fazrul Hazli pada minit kelima menerjah gawang Kelantan.

Penyerang lincah, Akmal Rizal Ahmad Rakhli terlepas peluang terbaik menjaringkan gol pada minit ketujuh apabila percu- baannya sekadar melewati palang gol.

Perak semakin garang mengasak kubu lawan sehingga menyebabkan barisan pertahanan Kelantan terpaksa berkubu di kawasan sendiri.

Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat terpaksa bekerja keras menghalang percubaan berbahaya daripada Akmal dan Mohd. Shafiq Jamal.

Lebih 18,000 penyokong Perak kembali bersorak keriangan apabila Shafiq menambah gol kedua pada minit ke-26.

Gol itu bermula daripada hantaran yang dilakukan oleh Akmal dari sebelah kiri pintu gol Kelantan sebelum Shafiq mudah menolak bola ke gawang Kelantan.

Sebaik babak kedua bermula, Perak terus bernafsu memburu gol.

Kedudukan Perak semakin kukuh apabila rembatan Akmal ke penjuru kanan Kelantan gagal diselamatkan oleh Khairul Fahmi pada minit ke-78.

Pemain gantian, Razali Umar Kandasamy menambah gol keempat Perak setelah memperdaya dua pertahanan Kelantan pada lewat perlawanan.



12 April 2011

Liga Super: Kelantan Vs Perak malam ini.

Bookmark and Share

The Red Warriors Janji Tundukkah Sang Seladang



Liga Super 2011, Red Warriors, Perak, astro arena, Sukan, TRW, Red Warriors, seladang, KAFA, M. Karatu, Norizan BakarKemenangan besar 6-0 ke atas Felda United di Kota Bharu, Sabtu lalu mengiringi peneraju Liga Super, Kelantan apabila berdepan pasukan di tangga ketiga,Perak di Ipoh, hari ini. Selain misi memungut tiga mata, pertembungan kedua-dua pasukan itu bukan sahaja menjanjikan aksi sengit, sebaliknya ada misi yang berbeza yang mahu dilakarkan oleh Datuk M. Karathu untuk Kelantan manakala Norizan Bakar bersama Perak. Kredibiliti kedua-dua jurulatih ini tidak perlu dipertikaikan, masing-masing sudah sinonim dengan pasukan, baik M. Karathu mahupun Norizan Bakar yang pernah membimbing Kelantan dan Perak.

Selepas tiga tahun menyepi dari lapangan bola sepak tempatan, Norizan Bakar yang juga bekas pengendali Kelantan pada 2008, tampil dengan penuh bertenaga apabila meletakkan Perak sebagai antara pasukan yang perlu diberikan perhatian musim ini.

Namun, bagi M. Karathu yang juga bekas pengendali Perak musim 2009, kepulangannya ke Perak dengan misi meraih kita mata, demi menjarakkan kelebihan dengan Perak yang kini hanya dipisahkan satu mata.

Walaupun mencatat kemenangan ke atas Felda United, Sabtu lalu, Karathu enggan mendabik dada, sebaliknya mengingatkan pemain supaya berwaspada dan tidak mudah terjerat dengan taktikal lawan.

"Bertemu dengan Perak ia satu perlawanan yang sengit. Sama ada Kelantan atau pun Perak, masing-masing tidak mahu tercicir mata.

"Pasukan yang yang mampu memanfaatkan setiap peluang dan meminimumkan kesilapan, akan dinobatkan sebagai pemenang dalam perlawanan itu nanti.

"Perak sebuah pasukan yang konsisten dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi serta mempunyai gabungan pemain muda yang berbakat dan berpengalaman. "Ditambah pula dengan pengalaman ketua jurulatihnya Norizan Bakar, itu adalah antara kelebihan mereka,'' katanya semalam.

Karathu juga memberitahu, beliau tidak bercadang merombak kesebelasan utama yang akan menentang Perak hari ini. "Tiada alasan untuk saya berbuat demikian.Pemain menunjukkan prestasi yang bagus. Saya rasa mereka harus diberi kepercayaan membawa cabaran Kelantan,'' ujarnya. Perlawanan perak menentang Kelantan bakal disiar secara langsung melalui ASTRO ARENA pukul 8.45 malam ini.


10 April 2011

Kelantan berpestal Gol di Kota Bharu

Bookmark and Share

Red Warriors, KAFA, Liga Super 2011, TRW, Sukan, felda united,shakir, chanturu, idlan talaha,

Pendahulu LIGA SUPER 2011, Kelantan berpesta gol di stadium sultan muhammed ke – iv kota bharu selepas membelasah pasukan Felda United 6 – 0.

Kelantan membuka tirai jaringan pada minit ke 33″ menerusi pemain tengah Shakir Shaari dengan rembatan jarak 25 meter menewaskan penjaga gol felda united, sepuluh minit kemudian Felda United terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain selepas pemain felda mengasari Chanturu dalam kotak penalti dan Shahrul Idlan Talaha tidak mensia siakan penalti tersebut untuk menjaringkan gol peribadinya yang ke – 7 musim ini.

Tamat separuh masa pertama menyaksikan Kelantan 2 – 0 Felda United.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus menguasai permainan dengan melakukan banyak serangan berbanding pasukan pelawat dan hasilnya pemain gantian, Nizad Ayub berjaya menjaringkan gol ke – 3 Kelantan pada minit ke 62″ walaupun baru 5 minit masuk ke padang menggantikan Shahrul Idlan Talaha.

Nizad Ayub sekali lagi menggamatkan Stadium Sultan Muhammad Ke – IV dengan menjaringkan gol ke – 4 Kelantan pada minit ke 73″ untuk Kelantanselesa di depan dengan jaringan 4 – 0.

Danial Fadzly Abdullah menambah derita pelawat pada minit ke 84″ apabila sepakan percumanya berjaya menggegar jaring pasukan Felda United dengan kedudukan 5 – 0.

Izuan Solahuddin menamatkan malam gilang gemilang Kelantan dengan gol ke – 6 Kelantan dan juga gol pertamanya dalam perlawanan pertama beliau bersama Skuad Senior Kelantan pada minit ke 90″.

Tamat Perlawanan Kelantan FA 6 – 0 Felda United.Kelantan berjaya merampas kembali takhta Liga Super 2011 selepas Selangor tewas kepada T-Team 0 – 2 dan Perak pula di kejutkan dengan kekalahan pertama kepada Sabah dengan jaringan 2 – 1.

Jadilah wartawan amatur dan menang RM500!

kelantanfa.com


09 April 2011

Piya terpaksa direhatkan

Bookmark and Share

Piya,Badri Radzi, Red Warriors, KAFA, Bola Sepak, Sukan, Piala FA, Liga Super 2011,M karathu,trwfcAksi kurang bertenaga ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi sejak kebelakangan ini menjadi tanda tanya di kalangan penyokong setia The Red Warriors. Pemain yang pernah membawa Kelantan memenangi Piala Malaysia 2010 dan Piala Sumbangsih 2011 itu dilihat hilang "bisa" dalam merencanakan serangan ke kubu lawan. Malah sepakan percuma beliau yang menjadi igauan lawan sudah tidak setajam dulu.

Melihat kepada keadaan itu, ketua jurulatih Kelantan, Datuk M.karathu mengambil keputusan untuk merehatkan tonggak tengah itu untuk perlawanan menentang Felda United. Piya dijangka akan direhatkan untuk sekurangnya tiga perlawanan akan datang bagi memberi ruang kepada beliau untuk kembali bangkit.

Menurut M.Karathu ketika bertemu penulis dan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, penurunan prestasi Piya mungkin berpunca dari masalah peribadi yang dihadapi oleh pemain itu.

Ketiadaan Piya di posisi tengah akan membuka peluang kepada pemain-pemain lain untuk bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama. Fokus utama sudah pasti tertumpu kepada Daniel Fadly Abdullah yang masuk menggantikan Piya pada perlawanan menentang T-Team tempoh hari. Dalam perlawanan itu, Daniel berjaya menjalankan tugas dengan baik, dan kemasukan beliau bukan sahaja berjaya menghidupkan jentera tengah yang kurang berfungsi, malah beliau turut menyumbangkan dua gol. Selain Daniel, Kelantan memiliki Khairan Eroza dan juga Khairan Izuan untuk bermain di posisi itu.

Jadilah wartawan amatur dan menang RM500!


www.wawanfaiz.com


01 April 2011

Buku Temu Ruas | Kelantan lwn Harimau Muda A

Bookmark and Share


Barisan Harimau Muda A yang beraksi dalam kelayakan Olimpik





Setelah berehat panjang, Liga Super 2011 kembali membuka tirai dengan pertemuan paling mencuri tumpuan, melibatkan pendahulu liga, Kelantan yang bakal melayan kunjungan "skuad olimpik", Harimau Muda A di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam esok.


Sudah pasti, pertembungan ini ibarat buku bertemu dengan ruas, kerana kedua-dua pasukan dibarisi pemain-pemain terbaik dalam negara. Kedua-dua pasukan yang mengamalkan corak permainan pantas dijangka akan menunjukkan satu kualiti permainan yang menarik untuk tatapan penonton.


Di dalam carta Liga Super, skuad bimbingan Ong Kim Swee berada di kedudukan ke-7, dengan 9 mata, namun mereka kurang satu perlawanan manakala pasukan Kelantan menakluki carta liga dengan 14 mata. Jika Harimau Muda berjaya menewaskan Kelantan, sudah pasti perebutan kejuaraan liga semakin terbuka dengan mengurangkan perbezaan mata kepada 2 mata. Manakala pasukan Kelantan perlu memastikan kemenangan bagi mengukuhkan cengkaman bagi mengelak dipintas Selangor dan Perak yang mengekori rapat Kelantan.


Harimau Muda A, yang rata-rata dibarisi oleh pemain skuad Olimpik negara seperti ketua pasukan, Azmi Muslim, Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Fandi Othman, Wan Zack Haikal, Gurusamy, Izzaq Faris,, Irfan Fazail, dan ramai lagi. Paling mencuri tumpuan, ialah pemain tengah meningkat naik, Wan Zaharulnizam Zakaria yang juga anak kelahiran Kelantan yang bakal turun menentang pasukan negeri kelahirannya. Malah, beliau juga perlu diberi perhatian kerana kebolehan beliau menjaringkan gol menerusi rembatan dari luar kotak penalti. Beliau juga mempunyai kelebihan kerana mampu merembat bola menggunakan kaki kiri dan kanan.


Wan Zaharulnizam perlu diberi perhatian
Selain Wan Zaharulnizam, ada beberapa lagi anak kelahiran Kelantan yang bermain untuk Harimau Muda, seperti Wan Zack Haikal dan juga Ferrish Danial.


Untuk pasukan Kelantan pula, barisan pemain yang ada sudah pasti digeruni lawan. Kelantan mempunyai empat pemain kebangsaan termasuk pemain yang baru mendapat cap pertama bersama skuad kebangsaan pada perlawanan persahabatan lepas, iaitu Rizal Fahmi Rosid. Beliau dijangka akan diberi tugas untuk membimbing posisi pertahanan supaya tidak mudah dibolosi lawan. Selain Rizal, penyerang prolifik kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha, S.Chanturu dan penjaga gawang nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat sudah pasti menjadi sandaran untuk membawa pasukan memenangi perlawanan.


Jika dilihat dari senarai pemain kedua-dua pasukan, kedua-dua pasukan mempunyai barisan yang seimbang dari segenap posisi. Pemain-pemain bimbingan Ong Kim Swee masih muda, namun dalam usia yang muda, mereka sudah didedahkan dengan pelbagai pengalawan di dalam dan luar negara. Manakala pasukan Kelantan pula di barisi pemain yang muda dan matang dan kelebihan pengalaman sudah pasti akan menjadi penentu kemenangan.


Untuk rekod pertemuan, Kelantan pernah ditewaskan 4-1 oleh Harimau Muda A ketika aksi pemanas badan awal musim. Namun, keputusan perlawanan persahabatan tersebut tidak boleh dijadikan ukuran, kerana pertemuan malam esok adalah pertemuan sebenar.

www.wawanfaiz.com


03 Mac 2011

Kelantan dalam kelas tersendiri

Bookmark and Share



NORSHAHRUL (tengah) membuktikan dirinya sebagai penggempur berbisa dalam skuad Kelantan pada aksi menentang Negeri Sembilan kelmarin.-Kosmo

KELANTAN berada pada kelas tersendiri apabila membenam cabaran Negeri Sembilan 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Apa yang nyata, ia adalah suatu yang cukup sempurna untuk diraikan seluruh kem Kelantan ketika pencabar utama, Perak hanya sekadar berkongsi mata selepas mencatat keputusan seri dengan Harimau Muda A sekali gus membolehkan The Red Warriors mendahului kedudukan liga dengan kelebihan dua mata.

Skuad yang dibimbing jurulatih Datuk M. Karathu itu bingkas daripada aksi hambar pada babak pertama perlawanan dengan mempamerkan permainan yang cukup bertenaga sehingga memaksa bahagian pertahanan Negeri Sembilan terpaksa bekerja keras.

Menurut Karathu, keyakinan anak-anak buahnya berada pada tahap yang cukup baik selepas keluar daripada bilik persalinan untuk aksi babak kedua selain komitmen serta disiplin yang ditunjukkan terutama di benteng pertahanan.

"Apabila pemain tidak meragui keyakinan yang ada pada mereka, sasaran akan menjadi jelas. Nyata mereka (pemain) mahukan kemenangan dan itu yang dilakukan pada perlawanan malam tadi (kelmarin).

"Sasaran kami adalah untuk sentiasa menunjukkan peningkatan pada setiap perlawanan.

"Kami mahu menjadi pasukan yang kompetitif dan sentiasa bersedia memberi saingan," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, babak pertama perlawanan menyaksikan Kelantan dan Negeri Sembilan bergilir-gilir melakukan serangan menyebabkan keseluruhan permainan yang dipamerkan agak pantas sehingga menyebabkan tekanan terhadap pemain agak tinggi.

Jelasnya, separuh masa kedua beliau menukar sedikit taktikal pasukan dengan menggunakan Nurul Azuan Roya dan S Chanturu yang berada di bahagian sayap untuk melancarkan gerakan.

"Separuh masa pertama kita cuba bawa masuk bola melalui kawasan tengah dan itu menyebabkan kita kerap kehilangan bola kerana Negeri Sembilan memiliki pemain yang cukup baik. Kemudian kita menyerang menggunakan pemain sayap dan perubahan tersebut berhasil.

"Pujian juga harus saya berikan kepada kesemua pemain terutama di bahagian pertahanan yang cukup kental mengekang asakan lawan. Semua pemain telah memainkan peranan dengan baik," katanya.


26 Februari 2011

Liga Super: Kedah Ikat Kelantan

Bookmark and Share


Kedudukan Liga Super 2011 Selepas Tamat 5 Perlawanan

Pendahulu Liga Super 2011, Kelantan gagal menjarakkan mata apabila sekadar SERI 1 – 1 dengan pasukan Kedah.Namun Kelantan terlebih dahulu berpeluang untuk menjaringkan Gol pada minit ke 8 tetapi rembatan nurul azwan roya sekadar singgah di palang Gol pasukan Kedah.

Pada minit ke 24 pula, sepakan percuma Badhri Radzi sedikit tersasar ke kiri gawang gol Kedah.Pasukan Kedah mempunyai deretan peluang untuk menjaringkan Gol diketuai oleh Azlan Ismail namun gagal menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Pada minit ke 37, Chanturu hampir menjaringkan gol menerusi rembatan derasnya namun sekadar melepasi sebelah kanan tiang gol pasukan Kedah.Pada minit ke 44 pula, Badhri Radzi sekadar menyepak tinggi bola walaupun sudah berada di hadapan gawang gol Kedah hasil dari tendangan percuma Zairol Fitree Ishak.Tamat separuh masa pertama Kelantan 0 – 0 Kedah.

Bersambung babak kedua, kedua dua pasukan saling menyerang untuk memburu gol pertama dan hasilnya Kedah mendahului Kelantan dengan Jaringan dari Azlan Ismail hasil hantaran Baddrol Bakhtiar.

Pada minit ke 78, Shahrul Idlan Talaha menyamakan kedudukan hasil rembatan laju dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol kedah Abdul Hadi.

Tamat perlawanan, Kedah 1 – 1 Kelantan.Kelantan akan melayan kunjungan Juara Piala FA musim lalu Negeri Sembilan pada hari selasa ini.

kelantanfa.com


20 Februari 2011

Penyokong Kelantan gesa pihak berkuasa bertindak

Bookmark and Share

KELAB Penyokong Bola Sepak Kelantan menggesa pihak berkuasa termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan tegas berhubung insiden baling batu ke atas rombongan kelab itu ketika perjalanan pulang ke Kota Bharu, malam kelmarin. 

Setiausaha kerja kelab berkenaan, Harun Ali berkata, insiden berlaku selepas tamat perlawanan kalah mati antara Kelantan dan T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu serius dan tidak harus dipandang remeh. 

“Menerusi situasi ini, FAM seharusnya lebih adil dan tidak pilih kasih kerana difahamkan insiden terbabit berpunca daripada penyokong T-Team,” katanya. 

Menurutnya, menerusi kejadian jam 11.30 malam itu, penyokong T-Team dikatakan mula melakukan provokasi terhadap penyokong Kelantan dengan melemparkan kata-kata kesat serta lucah. 

Pergaduhan bertambah teruk apabila pihak lawan mula membaling telur sehingga mencetuskan kemarahan penyokong Red Warriors di stadium berkenaan. 

Keadaan bertambah teruk apabila objek keras berupa batu turut dibaling ke arah penyokong Kelantan sehingga ada dalam kalangan mereka cedera di tangan dan kepala. 

Kekecohan berkenaan berlarutan sehingga penyokong pelawat yang berada di dalam dua bas sedang dalam perjalanan pulang sekali lagi dibaling dengan batu sehingga cermin depan dan sisi kenderaan terbabit pecah. 

“Saya mohon pihak FAM membuat siasatan terperinci berhubung insiden terbabit dan sekiranya ada kawalan ketat pihak berkuasa, saya yakin perkara itu tidak akan berlaku. 

“Kalau dilihat menerusi pengalaman lepas, sekiranya melibatkan kesalahan berpunca penyokong Kelantan, FAM pasti tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya. 

Laporan dibuat di Balai Polis Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu jam 1.45 pagi semalam.

-Sinar Harian


27 Januari 2011

KOMPLOT MENJATUHKAN PASUKAN KELANTAN ?

Bookmark and Share

Beginilah wajah bola sepak Malaysia yang sejak dulu lagi mengamalkan konsep ketidakadilan dalam membuat keputusan.Selepas satu-satu isu timbul untuk menghancur dan melumatkan Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan FA.

Tidak cukup dengan penggantungan 6 bulan Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan timbul pula isu kelantan tidak dibenarkan beraksi pada perlawanan Piala Sumbangsih 29hb Januari ini gara gara ketiadaan Jurulatih berlesen  berkelas A.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, Kelantan perlu segera mencari pengendali sementara yang memiliki Lesen A dalam tempoh empat hari lagi bagi membolehkan mereka memenuhi syarat untuk turun beraksi Sabtu ini.Walaupun dengan kehadiran Hashim Mustapha selaku penolong jurulatih, Hashim masih lagi tidak layak untuk membantu Kelantan kerana beliau tidak mempunyai Lesen Jurulatih berkelas A.

Dalam facebook TAN SRI ANNUAR MUSA ada mengatakan apakah ini kebetulan atau takdir ?

Facebook Annuar Musa

Siapakah dalang di sebalik perkara ini ? Siapakah yang ingin menjatuhkan era kegemilangan pasukan Kelantan FA ? Tidak sedarkah mereka bahawa Kelantan adalah penyumbang terbesar dalam kutipan tiket liga malaysia.Jika isu seperti ini berlaku sudah tentu kehadiran penyokong ke stadium berkurangan dan duit poket orang orang FAM juga sudah tentu terjejas.

Benar kata Tan Sri Annuar Musa, FAM hanya suka mendenda pasukan Kelantan sahaja sedangkan banyak lagi penyokong pasukan lain yang buat hal seperti balingan batu bata oleh penyokong perlis di Stadium Kangar pada perlawanan piala malaysia tempohari yang hampir mengenai kepala penjaga garisan juga pesta mercun di Stadium Paroi yang menyaksikan Negeri Sembilan tewas 0-1 pada Johor FC pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2010.Adakah “mereka-mereka” ini didenda atau dihebohkan oleh pihak media ?SUDAH TENTUNYA TIDAK

Ini kerana FAM hanya nampak kesalahan KELANTAN sahaja.Usah bersikap prejudis yang  boleh menyebabkan bola sepak Malaysia terus mundur.Baru menang Piala Sizuka umpama sudah menjuarai world cup.FAM BANGGA dan mungkin berkata “inilah hasil kerja kami selama ini, kami menjalankan tugas dengan baik dan kami mensasarkan Juara World Cup 2014 di brazil pula”.
Bangkitlah dari mimpi, Adillah dalam membuat keputusan wahai FAM yang sudah tidak relevan.


Karathu ganti Sathianathan

Bookmark and Share





TEKA-TEKI mengenai siapa yang bakal menggantikan B. Sathianathan selaku ketua jurulatih The Red Warriors akhirnya terjawab.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Datuk M. Karathu dilantik sebagai ketua jurulatih yang baru berkuatkuasa semalam.
Annuar memberitahu perkara itu dalam satu temu bual dengan sebuah stesen televisyen swasta di Kuala Lumpur semalam.
Menurut beliau, Karathu yang merupakan bekas jurulatih skuad Seladang musim 2008-2009 akan mula melatih Kelantan hari ini bagi menghadapi saingan Liga Malaysia.
Tugas pertama Karathu musim ini ialah bertemu Selangor pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Sementara itu, Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (Kelate.net) menyambut baik perlantikan tersebut.
Presidennya, Marhasim Mat berkata, pihaknya menaruh kepercayaan dan yakin dengan kemampuan yang ada pada jurulatih berkenaan.
"Saya berharap beliau dapat meneruskan legasi kejayaan yang telah dibentuk oleh bekas jurulatih Sathianathan," katanya ketika dihubungi di sini semalam."Lagipun beliau pernah membimbing Kelantan pada tahun 1994 dan membantu pasukan kita mara ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia pada tahun tersebut.
Tambahnya, kelab tersebut meminta penyokong setia The RedWarriors menerima pelantikan tersebut dan percaya bahawa pihak pengurusan telah membuat pilihan yang terbaik untuk pasukan.
Selasa lalu, Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan keputusan menggantung Sathianathan selama enam bulan dan denda RM20,000 kerana bersalah mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan.
Dia didapati bersalah kerana memberi kenyataan kepada media berhubung pemilihan stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika saingan Liga Super musim lalu.
Sathianathan memulakan tugas sebagai Ketua Jurulatih Kelantan pada 23 September 2009 selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada bekas pengendali West Ham United dan Persija Balik Papan, Peter James Butler.
Bersama Kelantan, dia membantu Kelantan melakar sejarah dengan memenangi Piala Malaysia buat kali pertama sekali gus menamatkan penantian selama 89 tahun.


25 Januari 2011

Red Warriors terima RM200 ribu

Bookmark and Share


Tuan Guru berucap di majlis penyampaian cek kepada The Red Warriors
KOTA BHARU, 25.Jan - Kecaknaan kerajaan Kelantan dalam pembangunan sukan di negeri ini diakui oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA ) Tan Sri Annuar Musa terutamanya dalam pembangunan bolasepak Kelantan.
Annuar berkata walaupun berlainan fahaman politik, namun dalam arena sukan bolasepak, ia patut diketepikan demi mencapai kejayaan.
Beliau berkata demikian di sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan kerajaan negeri kepada pemain The Red Warriors bertempat di Dewan Teratai Kompleks Darulnaim hari ini.
Menurut Annuar lagi, walaupun sumbangan kerajaan kali ini berupa wang ringgit sejumlah RM200 ribu untuk diagihkan kepada pemain, ia juga dilihat sebagai tanda kerjasama rapat diantara kerajaan negeri dan KAFA.
Sebelum ini KAFA juga telah menerima sumbangan dari kerajaan Kelantan berupa tajaan menunaikan umrah di atas kejayaan menjadi naib juara Piala Malaysia 2009, namun ia telah ditukarkan kepada wang tunai pada tahun 2010.
Turut hadir dimajlis Penyampaian Sumbangan Kerajaan negeri kepada pemain The Red Warriors ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Abdul Fattah Mahmood, exco negeri dan Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa .
The Red Wariors bergambar bersama Tuan Guru
Sementara itu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan ucapan berharap pemain skuad The Red Warriors tidak akan mengabaikan solat walaupun di mana berada.
“ tuan-tuan perlu ingat kalau di padang bola sepak,tuan-tuan akan berhati-hati agar tidak dikenakan kad merah tetapi kalau dalam berkaitan dengan solat, kad merah juga boleh dilayankan oleh malaikat”ujar beliau.
Nik Abdul Aziz juga berkata walaupun sumbangan kali ini berbentuk wang ringgit, namun ia juga boleh dijadikan perangsang untuk meningkatkan semangat pemain dalam mengekalkan kejuaraan dalam Liga M musim 2011 ini.
Sebahagian pemain bersama cek sumbangan kerajaan negeri
“Kalau musim dulu kita memberi sumbangan berbentuk umrah,tetapi kerajaan berfikir lebih baik kita bagi wang ringgit kali ini agar keluarga pemain juga dapat menikmati sumbangan tersebut”ujar beliau.
Beliau juga berharap hubungan baik antara kerajaan negeri dan KAFA dapat ditingkatkan demi pembangunan sukan bolasepak negeri.
“Saya amat berbesar hati sekiranya pemain The Red Warriors dapat mengekalkan prestasi di samping dapat menjaga ibadah solat kerana Islam tidak menghalang umatnya untuk menyertai sukan asalkan ia tidak melanggar syariat agama”katanya lagi.