Piya terpaksa direhatkan ~ Pro Pas Blog

09 April 2011

Home » , , , , , , , » Piya terpaksa direhatkan

Piya terpaksa direhatkan

Bookmark and Share

Piya,Badri Radzi, Red Warriors, KAFA, Bola Sepak, Sukan, Piala FA, Liga Super 2011,M karathu,trwfcAksi kurang bertenaga ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi sejak kebelakangan ini menjadi tanda tanya di kalangan penyokong setia The Red Warriors. Pemain yang pernah membawa Kelantan memenangi Piala Malaysia 2010 dan Piala Sumbangsih 2011 itu dilihat hilang "bisa" dalam merencanakan serangan ke kubu lawan. Malah sepakan percuma beliau yang menjadi igauan lawan sudah tidak setajam dulu.

Melihat kepada keadaan itu, ketua jurulatih Kelantan, Datuk M.karathu mengambil keputusan untuk merehatkan tonggak tengah itu untuk perlawanan menentang Felda United. Piya dijangka akan direhatkan untuk sekurangnya tiga perlawanan akan datang bagi memberi ruang kepada beliau untuk kembali bangkit.

Menurut M.Karathu ketika bertemu penulis dan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, penurunan prestasi Piya mungkin berpunca dari masalah peribadi yang dihadapi oleh pemain itu.

Ketiadaan Piya di posisi tengah akan membuka peluang kepada pemain-pemain lain untuk bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama. Fokus utama sudah pasti tertumpu kepada Daniel Fadly Abdullah yang masuk menggantikan Piya pada perlawanan menentang T-Team tempoh hari. Dalam perlawanan itu, Daniel berjaya menjalankan tugas dengan baik, dan kemasukan beliau bukan sahaja berjaya menghidupkan jentera tengah yang kurang berfungsi, malah beliau turut menyumbangkan dua gol. Selain Daniel, Kelantan memiliki Khairan Eroza dan juga Khairan Izuan untuk bermain di posisi itu.

Jadilah wartawan amatur dan menang RM500!


www.wawanfaiz.com


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih