Kekejaman penyokong - Mengheret pelaku kemuka pengadilan ~ Pro Pas Blog

15 Oktober 2010

Home » , » Kekejaman penyokong - Mengheret pelaku kemuka pengadilan

Kekejaman penyokong - Mengheret pelaku kemuka pengadilan

Bookmark and Share



Usaha Portal Rasmi KAFA http://www.theredwarriors.com/v2/ dalam membela nasib seorang penyokong Kelantan yang dipukul oleh penyokong Selangor seharusnya dipuji. Kafa akan mengambil tindakan terhadap penyokong selangor yang mengaku memukul seorang penyokong Kelantan dan cuba mengheret mana2 penyokong Selangor yang terlibat, usaha mengumpul sokongan diperlukan bagi memudahkan lagi siasatan pihak polis.  Pihak Kafa juga meminta orang ramai khususnya penyokong Kelantan @ penyokong Selangor yang melihat kejadian tersebut agar memberi maklumat kepada pihak Kafa. Tindakan terhadap penyokong Selangor perlu diambil bagi meredakan kemarahan penyokong Kelantan yang menyuarakan  luahan dan kekesalan mereka di forum2 Fb. Selain itu tindakan mengheret individu tersebut amat penting bagi memberi pengajaran kepada penyokong bola sepak fanatik yang lain tidak kira mana2 penyokong khususnya penyokong Selangor dan juga Kelantan.


Kenapa Perlu Takut??????

1,000 penyokong Selangor batal ke KB

Kenapa perlu takut??? itu yang jadi pokok persoalan, dibenak pemikiran penyokong Kelantan termasuk sy. Adakah kawalan keselamatan di Stadium KB Stadium Sultan Muhammed IV tidak ketat seperti yang berlaku di Stadium Shah Alam baru2 ni?? Rasanya penyokong Selangor tidak perlu takut untuk bertandang ke Stadium Kota Bharu kerana kami janji ingin melayan anda seperti tetamu . Kenapa perlu perbesar -besarkan isu takut ke stadium di media2 TV @ berita2 surat khbar khususnya media arus perdana. Media arus perdana dilihat berat sebelah khususnya TV 3 yang mengambil ulasan pendapat dari sebelah pihak sahaja iaitu dari penyokong Selangor. Hal ini dirasakan tidak adil untuk penyokong Kelantan sehingga ada ulasan yang memperlihatkan penyokong Kelantan yang memulakan pergaduhan, sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk kepada penyokong Selangor??.. Bagaimana pula dengan penyokong Kelantan yang dipukul?? adakah pihak media cuba cari mangsa yang terlibat bagi mendapatkan ulasan.. Isu media, FAM & badan2 bertanggungjawab berat sebelah bukan isu baru... tiap 2 kali ada pergaduhahan yang melibatkan penyokong Kelantan, semestinya penyokong Kelantan disalahkan, dicemuh, di perbesar-besarkan hingga menyebabkan penyokong2 lain takut untuk bertandang ke Stadium Kota Bharu.. 


Tak perlu takut ke Stadum Kota Bharu kerana pihak Kafa , terlalu mengambik berat berkaitan isu2 keselamatan penyokong, anggota RELA, POLIS, FRU, POLIS BANTUAN, dan pengawal2 Stadium lain diperbanyakkan hingga mencapai bilangan ribu orang. Kawalan untuk masuk ke Stadium juga adalah ketat dimana penyokong terpaksa melalui pemeriksaan yang berlapis-lapis. 


Kenapa Selangor FA membisu??


Selangor FA tidak mengeluarkan kenyataan media terhadap isu ini, Sekurang2nya kenyataan maaf terhadap incident yang di Stadium Shah Alam dapat sedik sebanyak meredakan kemarahan penyokong Kelantan.  

Berita Berkaitan





3 Ulasan :

Tanpa Nama berkata... [Balas]

sekarang nie..berapo kematian kah yg puok kito dapat kenal pasti...adokah yg sesok nafas tu adalah org yg sama dalam gambar tu..yg pakai cincin dan gelang?????

Unknown berkata... [Balas]

@Tanpa Nama

Stakat ini sy yakin dan percaya, berdasarkan info2 yang di peroleh..

puok kito ado sore lagi hok dikatakan koma & x mati lagi, akibat keno katok ko penyokong selangor sebab saloh tubik pintu Stadium..


Sekarang ni pihak Kafa cuba tuk cari seberapa ramai saksi, untuk membantu kes nih sebab, kes ini agak samar2 sebab penyokong kito sendiri x se wi kijo samo..
x se jadi saksi kes..

Unknown berkata... [Balas]

Pakat Copy Blako!!!!!!!!! sebar2 dalam blog puok2 kito!!!

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih