Kemenangan Piala Malaysia dapat memenuhi hasrat arwah ~ Pro Pas Blog

15 Oktober 2010

Home » » Kemenangan Piala Malaysia dapat memenuhi hasrat arwah

Kemenangan Piala Malaysia dapat memenuhi hasrat arwah

Bookmark and Share




BACHOK - “Arwah terlalu meminati sukan bola sepak sehingga sanggup mengambil cuti bagi menyaksikannya, terutama yang melibatkan pasukan Kelantan,” kata ibu kepada seorang penyokong bola sepak pasukan Kelantan, Che Kerma Sulaiman yang meninggal dunia selepas menyaksikan perlawanan Piala Malaysia, malam semalam. 

Che Kerma, 39, yang disahkan mengalami sesak nafas sebelum menemui ajal di tempat letak kereta Stadium Shah Alam sebaik menyaksikan perlawanan Selangor menentang Kelantan. 

Ibu mangsa, Mek Som Hamat, 60, berkata minat anaknya terhadap sukan berkenaan terlalu mendalam sehingga pernah menyatakan akan membawa anak dan isteri menonton perlawanan bola sekiranya berkahwin nanti. 

“Saya hanya mengetahui mengenai kejadian menimpa Che Kerma ini sekitar jam 12 tengah malam semalam apabila dimaklumkan adik arwah, Mohd Faizul yang menerima berita tersebut daripada rakan arwah di sana. 

“Pada mulanya, Mohd Faizul memaklumkan arwah mengalami sesak nafas dan dihantar ke hospital sebagaimana dimaklumkan rakan arwah padanya ketika itu, bagaimanapun 10 minit kemudian Mohd Faizul sekali lagi dihubungi dan dimaklumkan mengenai berita tersebut,” katanya sebak ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Dua dekat sini semalam. 

Mek Som berkata, beliau dan keluarga terkejut menerima berita tersebut kerana sebelum ini arwah tidak menunjukkan sebarang petanda akan meninggalkan mereka selama- lamanya. 

Menurutnya, apa yang lebih menyedihkan arwah tidak sempat menunaikan hasrat untuk melakukan ibadah korban pada Aidiladha nanti walaupun segala persiapan sudah dibuat keluarganya. 

“Bagaimanapun kami sekeluarga akan menunaikan hasrat tersebut kerana ia adalah niat terakhir arwah,” katanya. 

Beliau berkata, arwah anak ketiga dari sembilan beradik itu juga pernah menyuarakan hasrat untuk menyiapkan kerja-kerja membaik pulih rumah mereka yang belum siap sepenuhnya, namun takdir menentukan segalanya. 

Sementara itu, Mohd Faizul berkata, kali terakhir beliau berjumpa abangnya itu pada Aidilfitri lalu, dan arwah abangnya dilihat agak pendiam selain suka termenung. 

“Memang abang jenis tidak banyak bercakap, namun berperwatakan beliau Aidilfitri baru- baru ini agak berlainan, tetapi kami semua tidak menyedarinya sehinggalah berlaku kejadian ini,” katanya. 

Beliau berkata, sebelum ini arwah abangnya pernah mengadu mengalami sakit- sakit di bahagian dada, namun tidak pasti dengan masalah dihadapi kerana belum pernah mendapatkan rawatan. 

Difahamkan jenazah arwah Che Kerma akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Rekang dekat sini kira- kira jam 8 malam.


3 Ulasan :

Tanpa Nama berkata... [Balas]

alfatihah......semoga roh dicucuri rahmat...

Tanpa Nama berkata... [Balas]

alfatihah...semoga roh beliau dicucuri rahmat~dr peminat setia selangor

Tanpa Nama berkata... [Balas]

al-fatihah..
hurm..persoalan..ni ke org yg ade lm gmbr tu??len je...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih