Tarik gelaran - Perkasa minta perjelasan istana ~ Pro Pas Blog

15 Oktober 2010

Home » , » Tarik gelaran - Perkasa minta perjelasan istana

Tarik gelaran - Perkasa minta perjelasan istana

Bookmark and Share



KUALA LUMPUR, 14 Okt – Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali memohon pihak Istana Kelantan supaya memberikan penjelasan mengenai penarikan pingat “Datuk” yang dikurniakan kepada ketua mereka Datuk Ibrahim Ali.

Syed Hassan berkata selama ini Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. begitu menghormati institusi diraja selain mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.

“Beliau (Ibrahim) yang kami tahu merupakan seorang individu yang begitu lantang dan akan mengecam mana-mana pihak yang menghina kedaulatan raja-raja Melayu.

“Jadi saya mohon supaya pihak Istana dapat memberikan penjelasan kenapa gelaran Datuk itu ditarik balik kerana ia mendapat respon daripada ahl-ahli yang terkejut dengan keputusan tersebut,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Syed Hassan berkata, pihaknya tidak mahu mempersoalkan keputusan tersebut tetapi hanya mahukan penjelasan.

“Keputusan itu adalah hak istana, tapi saya tidak mahu ahli Perkasa yang majoriti orang Melayu memberi tanggapan terhadap pihak istana.

“Semalam dan hari ini saya telah mendapat banyak maklum balas daripada ahli yang ternyata kecewa dan sedih mengenai keputusan itu.

“Kalau betul presiden Perkasa telah melakukan penghinaan besar kepada institusi diraja, ahli boleh menemplak beliau,” katanya ketika ditemui selepas sidang media Perkasa di sini.

Istana Kelantan menarik balik pingat yang membawa “Datuk”, yang dikurniakan kepada Ibrahim berkuat kuasa semalam.

Ibrahim semalam berkata keputusan itu kemungkinan diambil ekoran krisis Istana Kelantan.

“Saya tidak tahu sebabnya. Ia tidak dijelaskan kepada saya,” katanya lagi.

“Saya telah mengunjungi Sultan Kelantan sebelum ini sebagai kawan kerana baginda kegeringan, ia kali pertama saya menghadap kunjung baginda sejak baginda pulang dari Singapura.

“Dan, baginda rapat dengan saya sebagai kawan karib, jadi itu sebabnya saya mengunjungi baginda... baginda telah bertanya tentang saya. Saya dan baginda berbual macam biasa dan kemudian hari ini darjah kebesaran ini ditarik balik,” katanya.

Dalam sidang media tersebut Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim berkata, pertubuhan Melayu itu akan mengadakan program “Perhimpunan Perpaduan Malaysia Indonesia” Sabtu ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini.

Program yang dijangk akan disertai kira-kira 2,000 orang itu akan bermula pada pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang.

“Tujuan kita mengadakan program ini adalah untuk menunjukan kepada dunia bahawa kita rakyat Malaysia mementingkan hubungan murni yang terjalin antara Malaysia dan Indonesia.

“Kita mahu menafikan segala provokasi dan demonstrasi yang mengatakan kononnya kerajaan Malaysia menindas warga Indonesia yang berhijrah di sini.

“Jadi Perkasa terasa terpanggil untuk mengadakan perhimpunan ini bagi menepis segala tuduhan negatif yang dilemparkan kepada kita,” kata Ruslan.


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih