Penyokong Selangor akan di sambut sebagai tetamu di Kota Bharu ~ Pro Pas Blog

14 Oktober 2010

Home » , » Penyokong Selangor akan di sambut sebagai tetamu di Kota Bharu

Penyokong Selangor akan di sambut sebagai tetamu di Kota Bharu

Bookmark and Share

Seluruh penyokong Kelantan mengalu-alukan kehadiran penyokong Selangor, malah ada yang sedia memberi kawasan astaka bagi penyokong Selangor yang sanggup datang. Cabaran ini bukan untuk membalas dendam atau sebaliknya tetapi cabaran ini untuk penyokong Selangor membuktikan kejantanan mereka yang begitu berani di tempat sendiri, ianya berbeza bagi penyokong Kelantan yang pasti akan ke mana saja stadium yang melibatkan perlawanan Kelantan.

Diakui keganasan penyokong biasa berlaku diluar negara termasuk di liga ingggeris, kejadian ini dapat dilihat didada akhbar-akhbar London apabila setiap kali berlangsung perlawanan bolasepak tetapi kes ini berlaku diluar stadium. Kejadian seperti ini biasa bagi sesebuah negara yang mempunyai penyokong fanatik dalam bolasepak. Namun kejadian semalam, satu kejadian yang tidak dapat maafkan dan satu tindakan yang adil dan ketat perlu diambil. Keganasan penyokong Kelantan tidak pernah melibatkan kematian. Kami tidak terperanjat apabila ada semalam seorang pegawai stadium menjerit penyokong Kelantan "BUDAK KAMPUNG, MONYET YANG TERLEPAS" tetapi adakah tindakan menyusun penyokong Kelantan satu tindakan bijak "BUDAK BANDAR"?.

Namun kami menyeru semua penyokong bersabar dan bertenang dalam menangani isu ini kerana kemarahan tidak dapat diselesaikan dengan kemarahan. Berilah sokongan padu pada pemain The Red Warriors dan jadikan kejadian semalam sebagai pengajaran akibat keganasan penyokong, kesedihan ini samalah dirasai sekiranya ianya dimulakan penyokong Kelantan kepada penyokong negeri lain.

KAFA sentiasa berusaha menjadikan kawasan stadium kawasan yang selamat daripada segala anasir buruk namun ada juga segelintir penyokong Kelantan yang masih degil melanggar arahan yang ditetapkan seperti larangan membawa mercun dan memulakan provokasi serta terlibat dengan pegaduhan. Usaha ini tidak akan berjaya jika tiada kerjasama di kalangan kelab penyokong dan seluruh penyokong Kelantan. Jadikanlah isu keganasan semalam sebagai penutup bagi segala kes keganasan selepas ini agar tidak berulang.

Kami juga merayu seluruh perbadanan stadium negeri di Malaysia tidak meletakkan kawasan penyokong Kelantan di kawasan yang boleh dianggap berat sebelah dan mengemis kerana mereka datang dengan membayar harga yang sama dibayar penyokong negeri lain malah mereka sanggup membayar tiket lebih mahal di Kota Bharu tanpa jemu.

KAMI JUGA MEMOHON MAAF TERHADAP KEGANASAN PENYOKONG YANG DILAKUKAN OLEH PENYOKONG KELANTAN.

HENTIKANLAH KEGANASAN DAN PROVOKASI DI STADIUM. HORMATILAH PENYOKONG YANG DATANG BERSAMA KELUARGA. JADIKAN PERLAWANAN BOLASEPAK SUATU YANG MENYERONOKKAN BUKAN YANG MENGERIKAN.


https://www.theredwarriors.com/


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih