Memaparkan catatan dengan label PR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PR. Papar semua catatan

21 Mac 2011

lagi fitnah berat keatas Anwar Ibrahim

Bookmark and Share

Klip video seks sasarkan Anwar


Satu klip video yang merakamkan aksi seks telah ditayangkan oleh sekumpulan orang yang menggelar diri "insider" kepada media, menyasarkan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim sebagai watak utama dalamnya.

Klip video 30 minit ini ditayangkan untuk tontonan media, di Seri Carcosa Negara, pagi ini. Dalam kenyataan media berjudul "Datuk Seri Anwar Ibrahim" yang dikeluarkan oleh "insider", mereka mendakwa klip ini dirakamkan pada 21 Februari 2011, di sebuah hotel. Aksi seks dengan wataknya disyaki Anwar Ibrahim bersama seorang gadis telah dirakam melalui empat kamera (cctv).

Dalam kenyataan yang sama, "insider" berkata pihaknya mahu media menonton klip video ini terlebih dahulu sebelum klip video ini dikirim kepada Anwar Ibrahim dan dan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, untuk mengenalpasti identiti watak dalam video tersebut.

Menurut wartawan yang telah menonton klip tersebut, wajah watak utama dalam klip menyerupai Anwar.

Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari PKR melalui twittermendakwa bahawa klip video tersebut adalah palsu, diedit untuk memalit Ketua Pembangkang. Malah, ia disifatkan sebagai langkah terdesak oleh Barisan Nasional untuk memusnahkan Anwar dan Pakatan Rakyat, menggunakan klip video yang palsu.

www.merdekareview.com


19 Mac 2011

Pas takkan tunduk dengan amaran Karpal.

Bookmark and Share

SEREMBAN, 19 Mac 11: Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh memberi PAS amaran bahawa pihaknya akan menentang rakan komponen Pakatana Rakyat (PR) itu jika terus berkeras dengan larangan jualan loteri di Kelantan.

Dilihat sebagai kata dua kepada PAS, Karpal meminta parti Islam itu supaya “tidak bermain dengan undang-undang”, sebaliknya mahu ia menghormati hak bukan Islam di negeri tersebut.

“Apa jua tindakan yang bertentangan dengan undang-undang, kami akan bertindak bertentangan dengan (pendirian) PAS,” kata beliau pada majlis makan malam sambutan 45 tahun DAP di sini malam tadi.

Kerajaan PAS Kelantan berhadapan dengan kritikan parti-parti yang mewakili kaum Cina dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) ekoran larangan menjual loteri. Para pemerhati melihat larangan itu sebagai usaha PAS mengembalikan undi Melayu, yang kini kelihatan sudah kembali kepada BN dalam beberapa pilihan raya kecil sejak awal tahun lalu.

Kenyataan Karpal, yang juga ahli Parlimen dan seorang peguam, seolah-olah menggambarkan semula pendirian beliau dalam isu dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS. Bagaimanapun pada konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember lalu, Karpal berkata, isu itu boleh dibincangkan dan perlu diselesaikan dengan segera agar tidak dieksploitasikan oleh BN.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri ‘big sweep’. Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata pendirian kerajaan negeri ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri ‘big sweep’ yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan,” katanya.

Nik Abdul Aziiz turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP Anthony Lok Siew Fook; ahli jawatankuasa DAP pusat Liew Chin Tong; Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty bagi membincangkan isu judi tersebut.

Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah melakukan serbuan ke atas dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri tersebut pada bulan lepas. (IH)


07 Mac 2011

PRK Merlimau dan Kerdau: PR gagal hakis majoriti BN

Bookmark and Share



Ia semestinya berita buruk buat Pakatan Rakyat, apabila kecundang dalam kedua-dua PRK DUN Merlimau dan Kerdau, menjelang ulang tahun ketiga selepas "tsunami politik" pada 8 Mac 2008. Lebih-lebih lagi, matlamat PR untuk "menghakis undi majoriti" turut gagal, apabila BN berjaya meraih majoriti yang lebih besar berbanding tahun 2008.


PRK Merlimau

Di Merlimau, calon UMNO-BN Roslan Ahmad menewaskan calon PAS-PR Yuhaizad Abdullah, dengan majoriti 3,643 undi. Berbekalkan peratusan pengundian setinggi 78.98%, Roslan memenangi 5,962 undi, sementara Yuhaizad hanya memperolehi 2,319 undi.

Jumlah pengundi untuk N.27 DUN Merlimau adalah 10,679 orang, dengan 6,850 orang Melayu (64.14%), 2,225 orang Cina (20.83%), 1,567 orang India (14.67%) dan lain-lain (0.34%). Pada PRU ke-12, Allahyarham Mohamad Hidhir Abu Hasan daripada BN memperolehi 4,981 undi, menang dengan majoriti 2,154 undi ke atas Jasmi Tompang (PAS). Peratusan pengundian pada tahun 2008 itu adalah 76.18%.



PRK Kerdau

Di Kerdau pula, calon UMNO-BN Syed Ibrahim yang meraih 5,060 undi, berjaya menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 2,724 undi, dalam PRK yang mencatat peratusan pengundian setinggi 83%.

Untuk N.28 DUN Kerdau, jumlah pengundi ialah 8,999 orang, dengan 7,988 orang Melayu (88.7%), 454 orang Cina (5%), 298 orang India (3.3%), dan lain-lain (2.9%). Dalam PRU pada tahun 2008, Allahyarham Zaharuddin Abu Kassim daripada BN memperolehi 4,135 undi, menewaskan Hassanuddin Salim daripada PAS dengan majoriti 1,615 undi. Peratusan pengundian pada PRU ke-12 adalah 75.3%.

Dengan kata lain, BN berjaya meningkatkan undi majoriti sehingga melepasi paras yang dicapainya pada tahun 2008, malah lebih tinggi daripada PRU ke-11 di Kerdau. Pada tahun 2004, Redzwan Harun dari BN menang dengan majoriti 2,565 undi di Kerdau. Kekesalan PR mungkin hanya terubat dengan keputusan di Merlimau, memandangkan pada tahun 2004, Mohamad Hidhir Abu Hasan menang dengan majoriti 5,087 undi.

Sesetengah pemimpin dan penyokong UMNO-BN masih menyimpan keputusan PRU ke-11 pada tahun 2004 sebagai nostalgia, memandangkan BN meraih sokongan yang tinggi di bawah pimpinan PM kelima, Abdullah Ahmad Badawi yang baru mengambil-alih tampuk kerajaan pada ketika itu. Bagaimanapun, sokongan kepada BN menjunam secara mendadak pada tahun 2008, dilihat sebagai fenomena "luar biasa" buat BN.

Mengikat kedudukan 8-8

Berikutan kemenangan ini, BN berjaya mengikat kedudukan 8-8 dalam 16 PRK yang diadakan selepas PRU ke-12. BN menerima tamparan pertama dalam PRK Permatang Pauh, menyaksikan bagaimana Anwar Ibrahim kembali ke Dewan Rakyat dengan majoriti yang lebih besar, pada Ogos 2008. Kemudian, BN tewas sekali lagi, memberikan kerusi parlimen tambahan Kuala Terengganu kepada PAS-PR, pada awal tahun 2009.

Keadaan tidak memulih, meskipun Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009. dalam tiga PRK serentak di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, BN hanya mampu menang satu daripadanya, ketinggalan dengan kedudukan 1-4. BN hanya menamatkan kekalahan dirinya di Semenanjung, apabila Isa Samad menyumbang melalui PRK Bagan Pinang, pada 11 Oktober 2009.

Bagaimanapun, BN gagal mendakwa bahawa itu detik kebangkitan semula dirinya. Meskipun menang di Hulu Selangor selepas itu, tetapi tewas pula di Sibu, belumpun genap sebulan selepas pertarungan di Hulu Selangor. PRK kemudiannya memperlihatkan pola pengundian, di mana pengundi Melayu, kampung masih memihak kepada BN; sementara pengundi Cina, golongan muda dan bandar lebih menyebelahi PR.

BN kini berjaya mencipta kemenangan lima PRK berturut-turut dalam masa terdekat, dari Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau hinggalah Kerdau. Kesemua negeri telah menjalani sekurang-kurangnya satu PRK selepas PRU ke-12, melainkan negeri Perlis. Keputusan ini semestinya melemahkan semangat PR,


www.merdekareview.com