Memaparkan catatan dengan label Dun Kerdau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dun Kerdau. Papar semua catatan

07 Mac 2011

PAS tetap optimis

Bookmark and Share




TEMERLOH, 7 Mac: Walaupun kalah, PAS dan Pakatan Rakyat tetap optimis mampu memenangi Dun Kerdau dalam Pilihan raya Umum ke-13 yang akan datang.

"PAS menganggap ruang kempen seminggu adalah taburan benih-benih untuk ia hidup subur pada masa akan datang, insya Allah," kata Pengarah Pilihan raya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, malam tadi.

Katanya, penyertaan PAS kali ini juga telah berjaya membongkar kelemahan pengurusan pentadbir dan pengabaian pembangunan di Kerdau.

"Felda juga menikmati duit SES yang dijanjikan sebanyak RM13,000, serta MPOB sebanyak RM4,000 dan berharap ia akan menjadi tuntutan semua Felda di seluruh negara," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Menurutnya, Unit Peti Undi di Felda Jengka 22, 23 dan 25 memperolehi sedikit peningkatan undi berbanding PRU ke-12, walaupun cuba disogok dengan pelbagai janji oleh Barisan Nasional.

Di samping itu, ujarnya PAS turut merakamkan kekecewaannya terhadap kegagalan SPR menguatkuasakan seluruh peruntukan yang ada sehingga berleluasanya amalan rasuah, pembelian undi, penggunaan jentera kerajaan, penggunaan kemudahan awam dan ugutan dalam PRK kali ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengakui bahawa PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan jentera BN, tetapi turut berhadapan dengan jentera kerajaan yang digunakan secara berleluasa.

"PRK kali ini juga telah berjaya memperkukuhkan hubungan antara anggota Pakatan Rakyat yang diterjemahkan di dalam pelbagai program bersama," tambahnya.

Sementara itu calon PAS, Hassanuddin Salim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera PAS, DAP dan PKR yang bertungkus-lumus membantu dalam gerak kerja pilihan raya kecil kali ini.

Beliau memperolehi 2,336 undi berbanding calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang mendapat 5,060 undi sementara jumlah undi rosak sebanyak 90.

Sementara itu di Merlimau, calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Yuhaizad Abdullah mendapat 2,319 undi berbanding calon BN, Roslan Ahmad yang memperolehi 5,962 undi dengan jumlah undi rosak sebanyak 130 undi.- Harakah


PRK Merlimau dan Kerdau: PR gagal hakis majoriti BN

Bookmark and Share



Ia semestinya berita buruk buat Pakatan Rakyat, apabila kecundang dalam kedua-dua PRK DUN Merlimau dan Kerdau, menjelang ulang tahun ketiga selepas "tsunami politik" pada 8 Mac 2008. Lebih-lebih lagi, matlamat PR untuk "menghakis undi majoriti" turut gagal, apabila BN berjaya meraih majoriti yang lebih besar berbanding tahun 2008.


PRK Merlimau

Di Merlimau, calon UMNO-BN Roslan Ahmad menewaskan calon PAS-PR Yuhaizad Abdullah, dengan majoriti 3,643 undi. Berbekalkan peratusan pengundian setinggi 78.98%, Roslan memenangi 5,962 undi, sementara Yuhaizad hanya memperolehi 2,319 undi.

Jumlah pengundi untuk N.27 DUN Merlimau adalah 10,679 orang, dengan 6,850 orang Melayu (64.14%), 2,225 orang Cina (20.83%), 1,567 orang India (14.67%) dan lain-lain (0.34%). Pada PRU ke-12, Allahyarham Mohamad Hidhir Abu Hasan daripada BN memperolehi 4,981 undi, menang dengan majoriti 2,154 undi ke atas Jasmi Tompang (PAS). Peratusan pengundian pada tahun 2008 itu adalah 76.18%.



PRK Kerdau

Di Kerdau pula, calon UMNO-BN Syed Ibrahim yang meraih 5,060 undi, berjaya menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 2,724 undi, dalam PRK yang mencatat peratusan pengundian setinggi 83%.

Untuk N.28 DUN Kerdau, jumlah pengundi ialah 8,999 orang, dengan 7,988 orang Melayu (88.7%), 454 orang Cina (5%), 298 orang India (3.3%), dan lain-lain (2.9%). Dalam PRU pada tahun 2008, Allahyarham Zaharuddin Abu Kassim daripada BN memperolehi 4,135 undi, menewaskan Hassanuddin Salim daripada PAS dengan majoriti 1,615 undi. Peratusan pengundian pada PRU ke-12 adalah 75.3%.

Dengan kata lain, BN berjaya meningkatkan undi majoriti sehingga melepasi paras yang dicapainya pada tahun 2008, malah lebih tinggi daripada PRU ke-11 di Kerdau. Pada tahun 2004, Redzwan Harun dari BN menang dengan majoriti 2,565 undi di Kerdau. Kekesalan PR mungkin hanya terubat dengan keputusan di Merlimau, memandangkan pada tahun 2004, Mohamad Hidhir Abu Hasan menang dengan majoriti 5,087 undi.

Sesetengah pemimpin dan penyokong UMNO-BN masih menyimpan keputusan PRU ke-11 pada tahun 2004 sebagai nostalgia, memandangkan BN meraih sokongan yang tinggi di bawah pimpinan PM kelima, Abdullah Ahmad Badawi yang baru mengambil-alih tampuk kerajaan pada ketika itu. Bagaimanapun, sokongan kepada BN menjunam secara mendadak pada tahun 2008, dilihat sebagai fenomena "luar biasa" buat BN.

Mengikat kedudukan 8-8

Berikutan kemenangan ini, BN berjaya mengikat kedudukan 8-8 dalam 16 PRK yang diadakan selepas PRU ke-12. BN menerima tamparan pertama dalam PRK Permatang Pauh, menyaksikan bagaimana Anwar Ibrahim kembali ke Dewan Rakyat dengan majoriti yang lebih besar, pada Ogos 2008. Kemudian, BN tewas sekali lagi, memberikan kerusi parlimen tambahan Kuala Terengganu kepada PAS-PR, pada awal tahun 2009.

Keadaan tidak memulih, meskipun Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009. dalam tiga PRK serentak di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, BN hanya mampu menang satu daripadanya, ketinggalan dengan kedudukan 1-4. BN hanya menamatkan kekalahan dirinya di Semenanjung, apabila Isa Samad menyumbang melalui PRK Bagan Pinang, pada 11 Oktober 2009.

Bagaimanapun, BN gagal mendakwa bahawa itu detik kebangkitan semula dirinya. Meskipun menang di Hulu Selangor selepas itu, tetapi tewas pula di Sibu, belumpun genap sebulan selepas pertarungan di Hulu Selangor. PRK kemudiannya memperlihatkan pola pengundian, di mana pengundi Melayu, kampung masih memihak kepada BN; sementara pengundi Cina, golongan muda dan bandar lebih menyebelahi PR.

BN kini berjaya mencipta kemenangan lima PRK berturut-turut dalam masa terdekat, dari Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau hinggalah Kerdau. Kesemua negeri telah menjalani sekurang-kurangnya satu PRK selepas PRU ke-12, melainkan negeri Perlis. Keputusan ini semestinya melemahkan semangat PR,


www.merdekareview.com


06 Mac 2011

MERLIMAU kubu kuat BN, Majoriti 36

Bookmark and Share

eramai 8,435 atau 79% daripada 10,679 pemilih berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka manakala 7,480 atau 83% daripada 8,999 pemilih berdaftar di DUN Kerdau di Pahang hari ini. 

Angka tersebut lebih tinggi berbanding yang dicatatkan pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008. Ketika itu, peratusan keluar mengundi bagi DUN Merlimau ialah 7,977 atau 76.18 peratus daripada 10,471 pemilih berdaftar manakala bagi DUN Merlimau ialah 6,789 atau 80.33 peratus daripada 8,451 pemilih berdaftar. Angka itu lebih tinggi berbanding yang dicatatkan pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008.


MERLIMAU

Tidak rasmi: BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,623 undi. BN memperolehi 5,962 undi, manakala PAS mendapat 2,339 undi.

Jumlah undi rosak diterima ialah 132.

Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004

7:48
MERLIMAU Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,Azman Shapawi menyampaikan ucapan penutup sebagai pembakar semangat kepada penyokong dan petugas PAS di markas induk PAS.

7:39
KERDAU Tidak Rasmi PAS 2161, BN 4486, MAJ -2325, Rosak 78
7:14
MERLIMAU Tidak Rasmi BN 5962, PAS 2339, majoriti 3623
7:04
Keputusan Penuh Tidak Rasmi PAS - PAS: 2, 339, BN: 5, 962. Mojoriti: -3,623. Undi rosak: 132.
6:57
Tidak rasmi - PAS: 2,134, BN: 5,589. Mojoriti: -3,553. Undi rosak: 106.
6:47
Tidak rasmi: Merlimau Utara - PAS:110, BN: 328, Undi Rosak: 10. Majoriti: 218.
6:43
Di hadapan Markaz Induk PAS akan diadakan solat Maghrib berjemaah dan tazkirah ringkas.
6:41
Undi Pos - PAS: 2, BN: 46, Undi Rosak: 14.



KERDAU

7:49
KERDAU Calon PAS, Hassanuddin Salim kini berada di markas induk PAS. Dijangka satu sidang media akan diadakan selepas keputusan rasmi diumum SPR.
7:43
KERDAU Keputusan penuh tidak rasmi:
PAS 2204, BN 4793, Maj 2589, rosak 79
7:36
KERDAU Setakat ini 17 peti undi sudah diterima, 6 belum
7:30
KERDAU Tidak Rasmi PAS 2002, BN 4074, MAJ -2072, ROSAK 71
7:28
KERDAU SPR: BN 3746, PAS 1612, maj 2134
7:27
KERDAU SPR: BN 3334, PAS 1453, maj 1881
7:26
KERDAU SPR: BN 3037, PAS 1276, maj 1761
7:26
KERDAU SPR: BN 2647, PAS 1143, maj 1504
7:25
KERDAU SPR: BN2411, PAS 1048, Maj 1363
7:19
KERDAU SPR: BN 2170, PAS 984, maj 1186
7:18
KERDAU SPR: BN 1676, PAS 700, maj 976
7:18
KERDAU SPR: BN 1472, PAS 607, maj 865
7:18
KERDAU SPR: BN 1186, PAS 563, Maj 623
7:16
KERDAU SPR: BN 879, PAS 520, majoriti 359
7:15
KERDAU Tidak Rasmi PAS 1776, BN 3777, Maj 2001, Rosak 66
7:16
KERDAU SPR: BN 879, PAS 520, majoriti 359
7:15
KERDAU Tidak Rasmi PAS 1776, BN 3777, Maj 2001, Rosak 66
7:12
KERDAU Tidak Rasmi PAS 1643, BN 3533, maj -1890, rosak 62
7:01
KERDAU SPR: BN 735, PAS 412, majoriti 323
7:01
KERDAU SPR: BN 580, PAS 268, majoriti 312
7:00
KERDAU SPR: BN 337, PAS 169, Majoriti 168
6:36
KERDAU Tidak Rasmi PAS 956, BN 2021, Majoriti -1065, Rosak 44
6:33
KERDAU Tidak Rasmi PAS 901, BN 1875, majoriti -974, Rosak 40
6:32
KERDAU Tidak Rasmi PAS 764, BN 1671, majoriti -907, Rosak 29
6:25
KERDAU Tidak Rasmi PAS 764, BN 1385, Majoriti -621 rosak 29
6:13
KERDAU Tidak Rasmi PAS 513, BN 731, MAJORITI -218, ROSAK 14
6:09
KERDAU Tidak Rasmi PAS 114, BN 191, MAJORITI -77, ROSAK 4


greenboc.blogspot.com



Terkini keputusan Kerdau & Merlimau- BN menang

Bookmark and Share


Tidak rasmi: BN menang di Merlimau, mendahului di Kerdau


Tidak rasmi: BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,623 undi. BN memperolehi 5,962 undi, manakala PAS mendapat 2,339 undi.


Jumlah undi rosak diterima ialah 132.

Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.


KERDAU


7:36pm Sebanyak 17 peti undi telah diterima di pusat penjumlahan. Baki sebanyak enam peti lagi masih belum diterima.

7.31pm Calon PAS akan mengadakan sidang media di markaz induk parti itu di kawasan Kerdau pada jam 8 malam.

Calonnya Hassanuddin Salim sudahpun berada di lokasi sidang media tapi masih belum keluar untuk menemui penyokong.

7.30pm (Tidak rasmi)
BN: 4,074
PAS: 2,002
Majoriti: 2,072

7:27pm (SPR)
BN: 3,334
PAS: 1,453
Majoriti: 1,881

7.15pm (Tidak rasmi)
BN: 3,777
PAS: 1,776
Majoriti: 2,001

7.12pm (Tidak rasmi)
BN: 3533
PAS: 1643
Majoriti: 1890

7.02pm: 5 Peti undi telah diterima, 18 lagi masih belum diterima

6.35pm: Dua lagi peti undi tiba di pusat penjumlahan. Baki 19 peti undi masih belum tiba.

6.34pm (Tidak rasmi)
BN: 2,021
PAS: 956
Majoriti: 1,065

6.17pm (Tidak rasmi)
BN: 1,385
PAS: 764
Majoriti: 621

6.17pm (Tidak rasmi)
BN: 731
PAS: 513
Majoriti: 218

6.06pm (Tidak rasmi)
BN: 191
PAS: 114
Majoriti: 77


-Malaysiakini


Update: lintas langsung Pilihan raya kecil, Kerdau & Merlimau

Bookmark and Share



7:55 
KUALA LUMPUR 6 Mac: Proses pembuangan undi bagi PRK Kerdau dan Merlimau berlangsung hari ini.

Di Merlimau, sejumlah 10,679 orang layak mengundi manakala 8,999 orang di Kerdau.


8:00 
Pusat pembuangan undi mula dibuka.



8:17 
MERLIMAU Di Sekolah Kebangsaan Chin Chin, perayu-perayu undi PAS dan Umno mula mengambil tempat di bahu jalan dengan memegang poster calon masing-masing.

Calon PAS, Yuhaizad Abdullah dijangka menemani ibunya membuang undi di sini jam 8.30 pagi ini.



8:19 
KERDAU Calon PAS, Hassanuddin Salim akan memulakan lawatan ke tempat mengundi jam 8.20 pg di Sek. Keb. Paya Taram



8:21 
MERLIMAU Berlaku sedikit ketegangan di SK Chin Chin apabila penyokong PAS membantah seorang pembawa pengundi BN memakai baju berlogo BN. Namun segera diselesaikan oleh polis yang bertugas.



8:30 
MERLIMAU Di SK Chin Chin, sekumpulan pemuda BN Dari Selangor cuba menimbulkan provokasi dengan bertakbir di hadapan penyokong-penyokong PAS.



8:43 
MERLIMAU Yuhaizad tiba di SK Chin Chin bersama ibunya, Fatimah Hassan, 66 yang mengundi di sini 
Turut bersama beliau isterinya, Syakila Mohamad.


8:49 
KERDAU SMK Kerdau: Perayu undi dari kedua-dua belah pihak memenuhi kedua belah jalan menuju pintu masuk.






 


8:56
 Calon PAS PRK Merlimau, Yuhaizad Abdullah bersama ibunya, Fatimah Hassan tiba di pusat pembuangan undi SK Chin Chin


8:59

 
Suasana penyokong yang mula memenuhi bahu jalan di pusat pembuangan undi SK K.Kerdau.



9:01 
KERDAU Para perayu undi saling berbalas sorakan disamping mengajak pengundi yang melalui jalan tersebut mengundi parti masing-masing.

Berlaku sedikit kekecohan di hadapan sek ini apabila penyokong BN mendekati kumpulan penyokong PAS sambil melaungkan sesuatu.



9:03 
KERDAU SMK Kerdau: Keadaan hampir mencetuskan pergaduhan namun ditenangkan oleh anggota parti masing-masing. Pasukan FRU kini dikerah berkawal di sini.


9:07 
MERLIMAU Yuhaizad berkata, beliau masih menaruh harapan yang tinggi untuk memenangi PRK kali ini.

"InsyaAllah saya masih menaruh harapan yang tinggi untuk memenangi PRK ini dan saya berpuas hati dengan sokongan yang diberikan pengundi-pengundi di seluruh Merlimau," katanya ketika ditemui selepas keluar dari pusat pengundian bersama ibunya.

Sementara itu, Fatimah melahirkan rasa lega kerana dapat menunaikan tanggungjawabnya membuang undi.

"Alhamdulillah saya rasa lega dan gembira dapat membuang undi awal dan saya doakan semoga semuanya berjalan lancar," katanya.



9:09 
KERDAU Kekecohan yang dilaporkan sebentar tadi berlaku di jalan Tok muda Malek, laluan menuju ke Sek Men Keb Kerdau.


9:12 
MERLIMAU Sementara itu, di luar pusat pengundian, keadaan semakin kecoh dengan provokasi yang ditimbulkan pemuda BN dan dibalas dengan laungan takbir dan bacaan doa oleh penyokong PAS.

Yuhaizad sempat mengetuai bacaan doa bersama penyokong PAS sebelum berlalu ke SK Ayer Merbau.


9:13 
KERDAU Semakin ramai anggota polis mengawal di sini, penyokong diarah tidak melakukan provokasi kepada penyokong lawan.


9:16

 
Antara aksi penyokong BN yang cuba membuat provokasi di SK Chin Chin Merlimau.


9:17 KERDAU Keadaan kembali tenang, namun anggota keselamatan masih berkawal disini.








Sumber- Harakah


25 Februari 2011

Calon Pas, Yuhaizad - Merlimau & Hassanuddin- Kerdau

Bookmark and Share



KUALA LUMPUR, 24 Feb: PAS malam ini memilih Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Hassanuddin Salim, 43, bagi PRK Kerdau.

Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pada 26 Februari.

Di JASIN, pemilihan Yuhaizad (kanan) selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS Dun Merlimau.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.

Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas.

Di TEMERLOH, pengumuman Hassanuddin (kiri) sebagai calon PAS telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.

Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di sudan dalam industri minyak dan gas.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.


22 Februari 2011

Dun Kerdau: Syed Ibrahim calon BN

Bookmark and Share

BN hari ini memilih naib ketua bahagian Umno Kuala Krau Syed Ibrahim Ahmad sebagai calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 4,000 penyokong BN di Dataran Sri Ketumbit, dekat Temerloh, hari ini.


Berusia 44 tahun, Syed Ibrahim adalah juga Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Pemilihan anak jati tempatan berkelulusan dari Universiti Al-Azhar itu dipercayai mampu mempertahankan kerusi BN pada pilihan raya kecil ke-16 negara selepas pilihan raya umum 2008.

Muhyiddin ketika mengumumkan calon BN itu, berkata pemilihan Syed Ibrahim dibuat selepas melalui beberapa saringan di peringkat bahagian Umno dan badan perhubungan Umno negeri sebelum diputuskan pucuk pimpinan.

"Selepas melalui beberapa saringan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memutuskan calon berkenaan dua hari lalu," kata Muhyiddin.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari BN pada 12 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim, dengan majoriti 1,615 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac. 

Turut hadir pada majlis pengumuman calon BN itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk G Palanivel, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M Kayveas serta pemimpin-pemimpin parti komponen BN dan Umno peringkat negeri Pahang.

Muhyiddin berkata semua pihak perlu akur dengan calon yang diumumkan bertanding di kerusi DUN berkenaan.

"Terimalah dengan ikhlas, terimalah calon kita dengan semangat perpaduan, kerana apa yang paling penting ialah parti Umno dan BN, dan bukannya calon," katanya.- Malaysiakini