Memaparkan catatan dengan label UPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UPM. Papar semua catatan

25 Februari 2011

Universiti jangan Pro Umno

Bookmark and Share



KUALA LUMPUR, 25 Feb: PAS mengharapkan pentadbir universiti jangan menambahkan lagi keahlian dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Justeru, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meminta pentadbir universiti tidak menjadi tali barut Umno BN di negara ini.

Di luar kampus, katanya demokrasi berada di padang yang tidak sama kerana SPR yang menjadi budak suruhan Umno.

“Jangan cemarkan menara ilmu dengan bersikap seperti jawatankuasa kampung Umno yang melakukan diskriminasi kepada penyokong pembangkang ketika memberi subsidi beruk dan baja,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pembatalan keputusan 11 kerusi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putera Malaysia daripada Pro Mahasiswa merupakan sejarah hitam dan tindakan yang melampau.

PAS, katanya ingin mengingatkan kepada pihak universiti bahawa mahasiswa bukan manusia yang boleh dicucuk hidung kerana mereka ialah insan yang terpilih di kalangan 27 juta rakyat di negara ini.

“PAS hendak menasihatkan pihak pentadbir tumpulah kepada usaha untuk mengangkat darjat ilmu di menara gading.

“Universiti perlu fokus kepada tugas melahirkan generasi yang berilmu dan beramal untuk berbakti kepada agama dan negara,” ujarnya lagi.

Menurutnya, jika universiti tidak fokus kepada tugas hakiki, maka jadilah seperti polis yang sepatutnya menjaga keselamatan dan membanteras jenayah sebaliknya telah menumpu kepada aktiviti pembangkang.

Kesannya, kata beliau jenayah meningkat dan keselamatan sosial tidak selesa.

Tambahnya lagi, tindakan berani mahasiswa yang bertindak membantah ketidakadilan Hal Ehwal Pelajar patut disanjung dan disokong.

“Inilah bahasa yang boleh difahami oleh orang suruhan Umno di universiti,” katanya.

-Harakah


23 Februari 2011

Pertembungan fizikal berdarah di UPM

Bookmark and Share



Pertikaian keputusan Bahagian Hal-Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (BHEP UPM) untuk membatalkan kemenangan calon pro-Mahasiswa berakhir dengan pertembungan fizikal berdarah. Kejadian ini berlaku apabila pegawai keselamatan mengasari mahasiswa yang enggan beredar untuk menuntut penjelasan daripada Timbalan Naib Canselor, Fauzi Ramlan.

Ratusan siswa-siswi berkumpul di depan pejabat TNC pada jam 8.30 pagi hari ini, untuk membantah keputusan BHEP UPM membatalkan kemenangan calon pro-Mahasiswa, semalam. Walaupun pihak BHEP akhirnya berganjak dengan menarik balik pembatalan tersebut pada tengah hari, tetapi siswa-siswi tetap enggan beredar dari situ untuk menuntut penjelasan.

Pada kira-kira jam 3.30 petang, pintu kaca pecah kerana dihimpit, dan di sini berlakunya pertembungan fizikal berdarah. Pegawai keselamatan mengasari siswa sehingga berdarah. Sebelumnya, seorang siswa bernama Lokman ditumbuk oleh pegawai keselamatan pada bahagian muka.
Pada jam 10.30 semalam, kesemua calon pro-Mahasiswa menerima panggilan daripada Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, dan diminta untuk mengambil sepucuk "surat bantahan" di BHEP. Sebagaimana yang diketahui, "surat bantahan" ini diserahkan oleh seorang siswa UPM, yang menuntut agar kemenangan calon pro-Mahasiswa dibatalkan, dan pihak UPM bersetuju dengan cadangan itu.

Hanya seorang calon pro-Mahasiswa yang mengambil surat tersebut daripada BHEP, dan beliau diminta untuk dibatalkan kelayakannya kerana bertanding atas nama "pro-Mahasiswa".

Ratusan siswa-siswi berkumpul dan mengepung pejabat TNC pada pagi ini, dengan kain rentang yang mengecam "BHEP Zalim", "Demokrasi Mati" dan sebagainya. TNC Fauzi Ramlan pada asalnya bersetuju untuk menarik balik surat tersebut, tetapi mengubah fikiran kemudiannya. Siswa-siswi yang marah akhirnya cuba menempuh ke dalam pejabat TNC, dan di sini berlakunya pertembungan fizikal.




merdekareview.com


UPM menarik balik pembatalan kemenangan 11 calon Pro M

Bookmark and Share

Pihak pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menarik balik pembatalan kemenangan kesemua 11 kerusi yang dimenangi kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) dalam pilihan raya kampus kelmarin.

Keputusan menarik balik pembatalan tersebut terkandung dalam surat yang ditandatangani timbalan naib canselor halehwal pelajar UPM, Prof Dr Fauzi Ramlan yang dikeluarkan kira-kira jam 1 tengahari tadi.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap majlis politik nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Ahmad Syukri Kamaruddin.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Syukri berkata, pembatalan kemenangan calon pro-M itu ditarik balik selepas pihak pentadbiran UPM mendapati kesilapan kecil 

Pagi tadi, lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus semalam.

Kesemua 11 calon pro-M itu dihubungi melalui telefon pada jam 9 malam semalam. Mereka kemudiannya diberikan surat rasmi yang mengatakan bahawa kemenangan mereka telah dibatalkan.

Surat itu ditandatangani oleh ketua unit disiplin, hal ehwal pelajar UPM, Noraihan Nordin.

Kesebelas mereka diberi tempoh sehingga jam 10 pagi ini untuk merayu tetapi terpaksa membayar RM100 setiap orang bagi berbuat demikian.

Kumpulan pro-M menganjurkan bantahan mereka sebaik menerima keputusan pembatalan kemenangan mereka sejak jam 10 malam semalam. Setakat ini, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Dr Mohd Fauzi berkata, terdapat tiga bantahan yang ditolak berhubung pilihan raya kampus kelmarin.

Menurutnya, dua bantahan tersebut adalah tidak berasas kerana di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2011.

Satu lagi bantahan, turut ditolak kerana kesalahan teknikal.

"Justifikasi penolakan berdasarkan skop peraturan-peraturan UPM (pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2011). Berikutan itu, keputusan tidak rasmi kemenangan 43 ahli MPP UPM itu kekal," katanya.

Berikutan, katanya, mereka yang masih berpuashati dengan keputusan bantahan tersebut, boleh mengemukakan rayuan sebelum diisytiharkan kemenangan tersebut secara rasmi hari ini.

Malaysikini


kemenangan Pro- M UPM di batalkan

Bookmark and Share

Lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya pada pilihan raya kampus semalam.

Menurut jurucakap pelajar berkenaan, Ahmad Shukri Kamaruddin, semua 11 calon pro-M itu dihubungi melalui telefon pada jam 9 malam semalam. Mereka kemudiannya diberikan surat rasmi yang mengatakan bahawa kemenangan mereka telah dibatalkan.

"Surat itu ditandatangani oleh ketua unit disiplin, hal ehwal pelajar UPM, Noraihan Nordin" kata Ahmad Shukri.

Kesebelas mereka diberi tempoh sehingga jam 10 pagi ini untuk merayu tetapi terpaksa membayar RM100 setiap orang bagi berbuat demikian.

Kumpulan pro-M menganjurkan bantahan mereka sebaik menerima keputusan pembatalan kemenangan mereka sejak jam 10 malam semalam. Setkat ini, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

Pelajar juga meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan timbalan naib canselor apabila beliau tiba di pejabatnya pagi ini.

Satu mesyuarat kemudian diadakan dengan lima daripada calon yang terbabit itu.

"Kami juga menghubungi Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berhubung perkara tersebut. Beliau melahirkan rasa kecewa yang perkara ini berlaku dan berjanji menghubungi pihak universiti,” kata said Ahmad Shukri.- Malaysiakini

Berita Berkaitan-
 1. Calon Pro M UPM dibatalkan kemenangan


Calon Pro M UPM dibatalkan kemenangan

Bookmark and Share

UPM - GEMPAR ! 11 orang calon Pro Mahasiswa UPM yang telah memenangi PRK UPM 2011 telah dibatalkan kemenangan mereka oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM di atas alasan mereka bertanding secara berkumpulan. Rayuan hanya boleh dibuat hingga jam 10 pagi 23 Februari 2011 dengan bayaran RM 100 bagi seorang calon

Demonstrasi & protes besar-besaran terhadap tindakan zalim pihak HEP UPM akan diadakan pada jam 8.30 pagi di bangunan pentadbiran UPM. Sekarang seluruh pendokong & penyokong Pro M UPM sedang berkumpul sebagai tanda protes di bangunan pentadbiran UPM dan tindakan ini akan berlanjutan hingga ke pagi & sehingga pihak pentadbiran tunduk terhadap desakan mahasiswa

berita lanjut akan diupdate