kemenangan Pro- M UPM di batalkan ~ Pro Pas Blog

23 Februari 2011

Home » , , , » kemenangan Pro- M UPM di batalkan

kemenangan Pro- M UPM di batalkan

Bookmark and Share

Lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya pada pilihan raya kampus semalam.

Menurut jurucakap pelajar berkenaan, Ahmad Shukri Kamaruddin, semua 11 calon pro-M itu dihubungi melalui telefon pada jam 9 malam semalam. Mereka kemudiannya diberikan surat rasmi yang mengatakan bahawa kemenangan mereka telah dibatalkan.

"Surat itu ditandatangani oleh ketua unit disiplin, hal ehwal pelajar UPM, Noraihan Nordin" kata Ahmad Shukri.

Kesebelas mereka diberi tempoh sehingga jam 10 pagi ini untuk merayu tetapi terpaksa membayar RM100 setiap orang bagi berbuat demikian.

Kumpulan pro-M menganjurkan bantahan mereka sebaik menerima keputusan pembatalan kemenangan mereka sejak jam 10 malam semalam. Setkat ini, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

Pelajar juga meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan timbalan naib canselor apabila beliau tiba di pejabatnya pagi ini.

Satu mesyuarat kemudian diadakan dengan lima daripada calon yang terbabit itu.

"Kami juga menghubungi Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berhubung perkara tersebut. Beliau melahirkan rasa kecewa yang perkara ini berlaku dan berjanji menghubungi pihak universiti,” kata said Ahmad Shukri.- Malaysiakini

Berita Berkaitan-
 1. Calon Pro M UPM dibatalkan kemenangan


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih