Memaparkan catatan dengan label Memali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Memali. Papar semua catatan

24 Februari 2011

Hipokrit dalam isu Tripoli - Memali

Bookmark and Share



Ketika tulisan ini sedang ditulis, ratusan anak - anak muda di Libya telah syahid. Mereka telah dibunuh dengan kejam oleh pemimpin yang dahulunya disanjung oleh mereka. Pembunuhan yang paling kejam dalam sejarah moden dunia.

Menggunakan jet pejuang, mengupah tentera asing dari negara Afrika dan mengizinkan penyokongnya membunuh mereka yang menentang Muammar Gadafi.


Apa bezanya Gadafi dengan Mahathir.?

Apa bezanya Tripoli dengan Memali? Mereka dibunuh oleh pemimpin mereka sendiri. Hanya kerana tidak bersetuju dengan pemimpin mereka. Mereka tidak mahu tunduk dengan kemahuan dan kezaliman pemimpin mereka masing - masing. Mereka rela berkorban nyawa asalkan prinsip yang benar dapat ditegakkan.

Wajib kita membantah kekejaman Gadafi. Tapi kita juga jangan lupa dengan kejadian dan tragedi zalim di Memali, Kedah. Memali pernah melalui peristiwa ini. Memali pernah bermandikan darah. Memali pernah bersedih dengan kematian rakan - rakan mereka yang ditembak secara rambang oleh mereka yang berkuasa. Tiada beza antara Gadafi dengan kekejaman Umno.

Apabila hari Jumaat bila kita berarak menuju kedutaan Libya. Wajib juga kita mengingatkan Umno. Jangan terlalu ghairah membantah kekejaman Libya. Anda juga pernah membunuh rakyat Malaysia yang tidak bersalah. Kenapa tidak membantah ketika kekejaman yang berlaku di Memali. Jangan jadi hipokrit wahai penyokong Umno. Anda sama kejam dengan Muammar Gadafi.

Aku merayu kepada mereka yang bakal menyertai perarakan esok. Angkat sepanduk yang menyatakan Malaysia sama saja dengan Libya. Umno sama saja dengan Gadafi. Tripoli sama saja dengan Memali. Biar kerajaan Umno sedar, mereka ini juga tidak suci. Mereka ini zalim. Kezaliman dimana - mana, tapi jangan cuba menutup mata dengan jenayah yang pernah mereka lakukan 20 tahun dahulu.

dragsuperstar.blogspot.com


24 November 2010

MEMALI: Wajib Terus Menentang ISA

Bookmark and Share

                                                 

BALING: Seluruh ahli PAS wajib meneruskan penentangan kepada kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), demikian ditegaskan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu semasa berucap pada penutup Majlis Memperingati 25 Tahun Memali di sini 21 November lalu.

Menurut beliau, Ustaz Ibrahim Libya tidak pernah tunduk kepada undang-undang zalim dan bertegas bahawa haram melakukan penahanan di bawah ISA.

As-Syahid Ustaz Ibrahim jelas Mohamad, lebih rela mati dari hidup tetapi menghadapi kezaliman ISA dan beliau telah pun membuktikannya.

“Oleh itu kita harap penentangan ke atas ISA wajib diteruskan,” seru beliau disambut laungan takbir lebih 5,000 hadirin.

Pun begitu beliau mengingatkan, apabila PAS menerajui Putrajaya kelak, jangan ada di kalangan pendokong PAS terfikir untuk menggunakan akta itu kepada musuh politik.

Tegasnya, PAS tidak reda untuk akta itu digunakan kepada sesiapa sahaja sebaliknya perlu pinda undang-undang lain.

Beliau turut menegaskan, ahli PAS wajib menyokong sistem pengajian Islam sebagaimana yang diasaskan As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud untuk terus lahirkan mujahid dan mujahidah yang akan mendokong perjuangan Islam.

Mengulas keputusan mahkamah membebaskan mangsa tuduhan Himpunan Bersih dan rumusan hakim bahawa pihak polis telah melanggar perlembagaan negara yang menjamin kebebasan beragama dan berhimpun, beliau menggesa pihak polis tidak lagi mengganggu semua himpunan aman selepas ini.

Beliau turut menyeru kebebasan media terus diperjuangkan berikutan kedudukan Malaysia tercorot.

Secara menyindir beliau berkata, kerana itu Persidangan Wanita Pertama anjuran Datin Rosmah Mansur hanya diwakili wanita dari negara-negara tersebut. 


21 November 2010

Video: Kisah sebenar peristiwa Memali

Bookmark and Share



Artikel Berkaitan

Memali berdarah angkara Mahathir dan Musa ?


Nama Dr Mahathir Mohamed diingat lagi setelah 25 tahun berlalunya peristiwa berdarah Memali, Baling Kedah.

Dr Mahathir ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia dan Musa Hitam adalah Menteri Dalam Negeri.

Memali tidak jauh dari kampung saya Keroh Perak. Saya pernah beberapa kali ke situ menaiki motosikal yang mengambil masa tidak lebih dari empat puluh minit.

Malah sesudah beberapa jam polis dan kereta perisai menjalankan operasi mereka di kawasan Madrasah berkenaan, saya dan beberapa orang wartawan media perdana sampai ke tempat kejadian selepas berjaya melepasi sekatan-sekatan jalanraya.

Saya masih ingat lagi Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya yang pernah datang ke Dewan Orang Ramai di Pekan Keroh untuk menyampaikan ceramah. Saya dan kawan-kawan mengambil kesempatan mendengar ceramah politiknya yang dikira berapi.
Peristiwa tahun 1985 itu melakarkan sejarah apabila Ustaz Ibrahim Mahmud dan tiga belas pengikutnya terbunuh ketika berdepan dengan lebih beribu anggota Polis.

"Operasi Hapus" seperti yang dinamakan Polis turut melibatkan ayah kepada rakan sekelas saya. Beliau merupakan diantara orang terpenting dalam menerima dan melaksanakan 'arahan orang atasan'.

Menurut Naib Presiden PAS Dato' Hj Mahfuz Omar pada The Malaysian Insider, "kehilangan jiwa bukanlah disebabkan mereka itu pengganas atau mengangkat senjata menentang kerajaan tetapi penduduk Mukim Siong itu dijadikan “kambing hitam” oleh kerajaan pusat demi menutup beberapa kelemahan Umno dan Barisan Nasional"

“Perkembangan Islam di Memali dianggap ancaman pada Umno ketika itu" tegas Mahfuz lagi.

Saya tidak bercadang mengulas isu ini dari pengalaman saya. Biarlah perhimpunan tiga hari itu mengkisahkan detik hitam atau sebaliknya untuk dijadikan tatapan dan iktibar generasi baru.

Pada hermat saya, sejarah semalam pasti kelabu dengan dapatan hari ini dan hari-hari mendatang jika muwarikhnya bermuslihat.

Cuma saya nak tanya Dr Mahathir dan Musa Hitam. Rata-rata mereka menuding jari bahawa lukanya masih berdarah dan Memali masih menangis dek angkara 'kerajaan dua M' itu. Sumber

Lagi artikel berkaitan Memali