Memaparkan catatan dengan label krisis Libya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label krisis Libya. Papar semua catatan

24 Februari 2011

Hipokrit dalam isu Tripoli - Memali

Bookmark and Share



Ketika tulisan ini sedang ditulis, ratusan anak - anak muda di Libya telah syahid. Mereka telah dibunuh dengan kejam oleh pemimpin yang dahulunya disanjung oleh mereka. Pembunuhan yang paling kejam dalam sejarah moden dunia.

Menggunakan jet pejuang, mengupah tentera asing dari negara Afrika dan mengizinkan penyokongnya membunuh mereka yang menentang Muammar Gadafi.


Apa bezanya Gadafi dengan Mahathir.?

Apa bezanya Tripoli dengan Memali? Mereka dibunuh oleh pemimpin mereka sendiri. Hanya kerana tidak bersetuju dengan pemimpin mereka. Mereka tidak mahu tunduk dengan kemahuan dan kezaliman pemimpin mereka masing - masing. Mereka rela berkorban nyawa asalkan prinsip yang benar dapat ditegakkan.

Wajib kita membantah kekejaman Gadafi. Tapi kita juga jangan lupa dengan kejadian dan tragedi zalim di Memali, Kedah. Memali pernah melalui peristiwa ini. Memali pernah bermandikan darah. Memali pernah bersedih dengan kematian rakan - rakan mereka yang ditembak secara rambang oleh mereka yang berkuasa. Tiada beza antara Gadafi dengan kekejaman Umno.

Apabila hari Jumaat bila kita berarak menuju kedutaan Libya. Wajib juga kita mengingatkan Umno. Jangan terlalu ghairah membantah kekejaman Libya. Anda juga pernah membunuh rakyat Malaysia yang tidak bersalah. Kenapa tidak membantah ketika kekejaman yang berlaku di Memali. Jangan jadi hipokrit wahai penyokong Umno. Anda sama kejam dengan Muammar Gadafi.

Aku merayu kepada mereka yang bakal menyertai perarakan esok. Angkat sepanduk yang menyatakan Malaysia sama saja dengan Libya. Umno sama saja dengan Gadafi. Tripoli sama saja dengan Memali. Biar kerajaan Umno sedar, mereka ini juga tidak suci. Mereka ini zalim. Kezaliman dimana - mana, tapi jangan cuba menutup mata dengan jenayah yang pernah mereka lakukan 20 tahun dahulu.

dragsuperstar.blogspot.com


23 Februari 2011

Halal darah Gaddafi -Yusuf Al-Qardhawi

Bookmark and Share


Sambil meyifatkan Muammar Gaddafi sebagai seorang yang sudah gila kerana sanggup menggunakan tembakan dari udara untuk membunuh rakyatnya yang berdemonstrasi menentangnya, Dr. Yusuf Al-Qardhawi berfatwa bahawa beliau hendaklah dibunuh. Dengan kata lain, halal darahnya. Bagi melaksanakan fatwanya, beliau menyeru manapmana anggota tentera yang punya kesempatan membenamkan peluru maut kepada Muammar Gaddafi hendaklah segera melakukan. Menurutnya, dengan cara tersebut, ia menyelamatkan rakyat Libya daripada menjadi mangsa lelaki gila dan zalim bernama Muammar Gaddafi.

Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyeru rakyat Libya agar tetap penderian dan bersabar mempertahankan perjuangan mereka untuk memerdekakan diri. Menurutnya, yang gugur terkorban di kalangan mereka adalah tergolong kalangan para syuhada. Sambil menyifatkan perbuatan Muammar Gaddafi mengarahkan tembakan udara membunuh rakyatnya sangat kejam dan gila, katanya Israil sendiri tidak melakukan hal seperti itu ketika menyerang Gaza.

Sementara anak Muammar Gaddafi, Saiful Islam yang begitu kuat mempertahankan bapanya, Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyifatkannya sebagai "pedang jahiliyyah" dan bukannya "pedang Islam". Beliau berkata demikian kepada saluran Al-Jazeera.

Sumber : lahaonline