Memaparkan catatan dengan label Hub Maksiat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hub Maksiat. Papar semua catatan

26 November 2010

Pemuda PAS: Hudud dapat tangani zina, buang bayi

Bookmark and Share

Ketua pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata masalah gadis yang hamil luar nikah dan isu pembuangan bayi hanya akan dapat ditangani melalui penguatkuasaan hukum hudud.

Kerajaan sepatutnya mengenakan "undang-undang selayaknya" bagi pesalah zina "seperti sebat kepada mereka yang belum berkahwin dan rejam hingga mati bagi mereka yang telah berkahwin."

Katanya, usaha BN untuk menubuhkan bank bayi, sekolah mengandung dan penggunaan kondom juga merupakan satu perkara "mengarut."

Beliau turut menuntut supaya kerajaan supaya mengkaji semula keputusan untuk mengajar pendidikan seks kepada pelajar sekolah kerana "ia tidak menyelesaikan masalah pokok atau punca sebenar kepada jenayah yang berlaku."

Jelasnya, kes buang bayi bukanlah kesan daripada kejahilan berhubung seks tetapi disebabkan "pergaulan bebas, tidak mengenal dosa dan pahala, tidak takut azab Allah, tidak menutup aurat dan tidak memilik kawan atau sahabat."

Bercakap dalam satu kenyataan semalam, Nasruddin juga berkata, kerajaan juga seolah-olah "mahu menggalakkan" zina dengan "mengemukakan cadangan songsang sebegini agar masyarakat tidak fokus kepada isu sebenar iaitu zina dan maksiat."

Perkara itu dilihat apabila kerajaan mencadangkan pembinaan hab hiburan di bawah pelan transformasi ekonomi (ETP).

Katanya, usaha itu akan membiakkan lebih banyak aktiviti pelacuran, penyalahgunaan dadah dan minuman keras.

Tambahnya, kerajaan BN sepatutnya lebih serius dalam menangani masalah berkenaan dengan membasmi pusat maksiat dan menjalankan kempen anti zina. Malaysiakini


23 November 2010

Kerajaan BN: Kerajaaan Songsang

Bookmark and Share

1. Alasannya adalah untuk menangani kes pembuangan bayi dikalangan gadis - gadis yang hamil luar nikah mutaakhir ini yang begitu meningkat angkanya malah menakutkan. Tetapi malang , cara penyelesaian yang diambil oleh pihak kerajaan agak ganjil dan songsang apabila menganjurkan pendidikan seks kepada pelajar - pelajar seawal usia memasuki alam persekolahan.

2. Gejala buang bayi bukan berpunca dari kejahilan mereka mengenai seks. Sebaliknya kerana kemaruk seks lah akhirnya mereka tidak sabar - sabar lagi mahu melakukannya[ zina ]  sebelum mereka diijab qabul. Kesannya ialah sesal , takut , malu dan sebagainya lalu mereka mengambil jalan mudah ialah membuang bayi yang mereka lahirkan .

3. Sepatutnya didikan yang mesti diberi kepada pelajar atau remaja ialah bagaimana mahu membina syakhsiah diri yang soleh\ah , bermoral , tahu batas pergaulan , kenal halal dan haram , takut azab Allah , memahami adab berkomunikasi , adab keluar rumah , mengenali kawan dan sahabat , mentaati ibubapa , menghormati guru , tahu batasan aurat dan sebagainya. Bukan diajar mengenai seks! sebab isunya ialah kes buang bayi bukan implikasi kepada kejahilan mengenai seks tetapi implikasi dari pergaulan bebas , tidak mengenal dosa dan pahala , tidak takut azab Allah , tidak menutup aurat dan tidak pandai memilih kawan atau sahabat .

4. Memang ganjil dan songsang tindakan sedemikian . Saya tidak nafi di dalam Islam pun ada bab dan fasal mengenai pendidikan seks namun ia bukan lah menjadi subjek yang wajar didedah dan diajar kepada pelajar sekolah seawal usia mereka di alam persekolahan . Sebaliknya mereka dididik agar memahami agama dengan baik dan membina peribadi yang soleh\ah. Justeru itulah benteng mereka agar tidak terjerumus ke lembah maksiat dan mungkar yang akhirnya membuntingkan mereka dan meleret pula kepada jenayah buang bayi .

5. Pemikiran songsang ini wajar ditolak. Sebelum ini mereka mahu menubuhkan bank bayi kononnya jua untuk mengatasi kes pembuangan bayi . Mereka juga menubuhkan sekolah mengandung atau wanita hamil atas alasan yang sama . Seketika dulu mereka mempromosikan penggunaan kondom untuk mengatasi isu buang bayi . Semua ini mengarut . Kerana ia tidak menyelesaikan masaalah pokok atau punca sebenar kepada jenayah yang berlaku .

6. Kelihatan seperti mereka mahu melindungi sesuatu , lalu meracau mengemukakan cadangan yang songsang sebegini agar masyarakat tidak fokus pada isu sebenar iaitu zina , maksiat dan mungkar yang lain. Zina seolah-olah tidak menjadi masalah kepada kerajaan BN. Berkempen menentang zina ialah PAS , Ngo - ngo Islam dan orang perorangan . Pihak kerajaan seperti mahu menggalakkannya .

7. Sebab itu tidak hairan kalau kerajaan songsang ini mencadangkan usaha melonjak ekonomi negara melalui ETP ialah dengan menjadikan malaysia sebagai Hub Hiburan. Kelab - kelab malam yang menjadi pusat berkumpul dan membiaknya kupu - kupu malam , pelacuran , pil extasy , pil kuda dan arak ini mahu terus disuburkan . Selayaknya kerajaan BN serius membasmi pusat maksiat , kempen anti zina , mengenakan undang - undang selayaknya bagi mereka berzina seperti sebat kepada mereka yang belum berkahwin dan rejam sehingga mati bagi mereka yang telah merasai persetubuhan yang halal .

8. Pendidikan dan penguatkuasaan undang - undang mesti berjalan serentak. Sebelum ini banyak pihak antaranya Karpal Singh turut mempersoalkan kelemahan pelaksanaan undang - undang dalam negara kita membuatkan jenayah buang bayi terus berleluasa. lantas mereka mencadangkan agar hukuman mandatori mesti dikenakan ke atas pesalah atau penjenayah buang bayi tersebut . Inipun sebahagian dari pemikiran songsang apabila mencadangkan hukuman berat ke atas penjenayah buang bayi tetapi tidak bersetuju hukuman sebat kepada penzina yang mengakibatkan hamil, lahir dan buang bayi.

9. Songsang juga cara fikir dan cara tindak apabila hukuman mendahului proses pendidikan dan pencegahan! Rakyat atau remaja - remaja ini tidak dididik supaya takutkan azab Allah , menutup aurat , menjauhi pergaulan bebas malah mereka juga tidak dicegah dari berpelesaran di pub - pub , kelab - kelab malam sebaliknya digalakkan pula mereka ke arah itu dengan promosi kondom , arak dan konsert hiburan yang meleka dan melalaikan .

10. Saya harap ulama' mesti bangkit menegur kerajaan BN ini . Terutama Ulama' kerajaan seperti mufti - mufti , qadhi - qadhi , imam - imam dan demikian juga Ulama' muda . Sampai bila nak menegur kerajaan secara rahsia dan senyap sedang mungkar dan maksiat ini membingit ke seluruh negara , merosakkan aqal , budi , akhlak dan aqidah mereka ? Atau semuanya sudah songsang? wali'yazubillah . Berilah petunjukMu Ya Allah kepada pemimpin dan ummah yang masih leka dan lalai .

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa agar kerajaan BN mengkaji semula pendekatan yang diambil dalam membawa pendidikan seks ini kepada pelajar sekolah atau batalkan sahaja hasrat tersebut, jika tidak  ianya akan dilihat oleh rakyat tidak lebih sebagai projek mencari keuntungan melalui satu lagi teks pengajian akan dicetak dan diedarkan . Sumber




Kerajaan tidak serius tangani kes buang bayi

Bookmark and Share


KUALA LUMPUR, 23 Nov: Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik (gambar) mendakwa kerajaan tidak serius dalam menangani kes kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi di negara ini.

Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, tidak ada iklan yang memberikan kesedaran kepada rakyat mengenai kes ini.

"Walaupun ada langkah-langkah diambil tapi dari praktikalnya saya nampak kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam kes ini.

"Kalau kes pencegahan rokok itu misalnya tiap-tiap hari ada iklan mengenainya tapi kes pembuangan bayi ini saya tidak nampak ada billboard, papan tanda, iklan-iklan dalam televisyen yang boleh mencegah kes-kes yang saya sebutkan tadi," kata beliau.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kei dalam jawapannya bagaimanapun berkata,tanggungjawab menangani gejala ini bukan hanya terletak di bawah kementerian itu.

"Kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Islam dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Badan bukan kerajaan seperti persatuan perancang keluarga Malaysia dan sektor korporat juga penting dalam usaha membendung masalah pembuangan bayi," katanya.

Che Uda dalam soalan asalnya meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan sebab mutakhir ini banyak berlaku kes hubungan seks rambang, kandungan luar nikah dan kes pembuangan bayi.

Beliau juga ingin tahu faktor yang menyebabkan banyak berlaku kes-kes ini dan apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi perkara ini dan adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji pendekatan cara Islam untuk mengatasi perkara ini.


13 November 2010

Fakta yang perlu kita teliti

Bookmark and Share

AKU PETIK BERITA LAMA DULU-DULU...

PARTI LIAR ANAK VIP 

Semalam kecoh di Hilton apabila Zeta Bar, Hotel Hitlon Kuala Lumpur, Malaysia Darul UMNO telah ditempah untuk sebuah private party.Parti yang dikatakan bermula jam 10.30 malam itu dikatakan adalah parti harijadi anak seorang pemimpin tetinggi Umno.Parti ini juga mendapat liputan meluas apabila ramai orang yang menunggu di lobby Hilton untuk melihat siapa yang hadir ke majlis itu.

Ramai yang cuba untuk memasuki parti itu tetapi tidak dibenarkan kerana nama tiada dalam senarai jemputan.Orang yang pertama sampai ke Hilton adalah Dafi ( anak Ismail Sabri Bin Yaacob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ) tiba dengan kereta harrier putih,tidak lama selepas itu Jamil Jidin (anak kepada Ahli Parlimen Setiu) tiba dengan kereta BMW putih.Yang menggemparkan bila Ashman Najib (anak PM Malaysia) tiba dengan Bentley hitam bersama pasangannya,diikuti Alissa Hishammudin ( Anak kepada hishamuudin hussin onn) yang tiba slepas itu dengan Alphard hitam bersama pasangannya iaitu anak kepada Datuk K ( laki siti norhaliza).Jam 11 malam pula suasana menjadi panas apabila Aizat Fikri (anak kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus) tiba dengan VW merah apa yang menambah hangatnya lagi ialah pasangan beliau yang dikatakan dan kelihatan seperti seorang pelakon dipercayai Tiz Zaqyah (pelakun drama Nur Kaseh ). Jemputan yang akhir tiba adalah dipercayai anak kepada Nazri Aziz tiba dengan porsche putih.

Parti itu dikatakan tamat jam 2 pagi dan dipercayai lebih 100 orang hadir ke parti itu.Apa yang menyedihkan apabila parti itu dikatakan bertukar menjadi parti liar apabila semua tetamu keluar dari hotel dan berjalan dengan mabuk disekitar hotel dan muntah muntah.ini memang melambangkan perangai yang tidak senonoh!fikir-fikirkan lah WAHAI RAKYAT MALAYSIA KHASNYA penduduk FELDA YANG PANGKAH UMNO - warta365

So aku list kan kat bawah nih agar korang nampak..

1. DAFI & WHITE HARRIER 

2. JAMIL JIDIN & WHITE BMW

3. ASHMAN NAJIB & BLACK BANTLEY

4. ALISSA HISHAMMUDIN & BLACK ALPHARD

5. AIZAT FIKRI & RED VOLKSWAGAN

6. NAZRI AZIZ & PORSCHE

Tuan Puan ini baru seba sedikit kereta anak menteri.. belum tengok lagi menteri-menteri yang lain... dan bagaimana kereta bapak-bapak dan mak-mak mereka pulak..? pastinya taknak kalah dari anaknya kan... kereta gomen PERDANA jer paling busuk pun.. tapi kereta persendirian..HUH... Kalah kereta ananda krishnan.. kahkahkah

Bagaimana dengan kehidupan orang Malaysia yang terdiri dari orang kebanyakan?

7. ORANG MALAYSIA & KEMISKINANNYA


Lagi filem gay jadi akan diterbikan

Bookmark and Share

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menentang hasrat penayangan filem “Anu Dalam Botol” yang didakwa bertemakan kehidupan gay.

Ketuanya, Nasruddin Hassan, berkata sikap penerbit filem tersebut Raja Azmi Raja Sulaiman, wajar dipersoal kerana cuba menonjolkan budaya songsang untuk tatapan masyarakat negara ini.

"Apakah sebenarnya motif utama pembikinan dan penyiaran filem berkenaan?

Adakah ia merupakan isu atau fokus penting dikalangan masyarakat terutamanya golongan belia pada hari ini?

Malah, DPPP juga hairan mengapa pihak beliau menamakan judul filem asal berkenaan adalah “Anu Dalam Botol”?," soal Nasruddin.

Beliau berkata demikian setelah merujuk kepada laporan sebuah portal berita tempatan semalam bahawa Raja Azmi telah menghantar skrip filem berkenaan kepada pihak berkuasa agama di negara ini selain daripada Lembaga Penapisan Filem untuk mendapatkan nasihat dan kebenaran.

Kata Nasruddin lagi, DPPP bukan bersifat taboo dalam membincangkan soal-soal seksualiti.

Malah katanya perbahasan Fiqh (Hukum Hakam Islam) telah dibincangkan secara panjang dan mendalam isu-isu mengenai seksualiti tanpa rasa segan silu kerana ia demi kepentingan ilmu dan kefahaman masyarakat.

Menurutnya, perfileman, sepatutnya memainkan peranan yang betul untuk membangunkan minda masyarakat dengan cara menerbitkan filem-filem yang berkualiti disamping menggunakan sistem teknologi yang canggih.

"DPPP berpandangan bahawa kualiti adalah berdasarkan kepada jalan cerita atau pengisian yang memberikan kesan besar dalam diri masyarakat supaya menjadi lebih baik dan mampu mengkoreksi peribadi individu dengan mengambil kira pertimbangan agama, budaya dan nilai yang perlu diterapkan kepada masyarakat," katanya.


07 November 2010

Melaka negeri pertama jadi hub maksiat

Bookmark and Share

TAHAN... antara gay yang ditahan kerana terbabit dalam aktiviti songsang di dua premis.

.

MELAKA: Rahsia dua buah premis tanpa papan tanda perniagaan di luar yang menjadi tumpuan lelaki, termasuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), di Kampung Pantai dan Jalan Hang Jebat, di sini, diserbu pihak berkuasa selepas disyaki menawarkan aktiviti songsang, kelmarin.

Serbuan bermula kira-kira jam 9 malam itu dilakukan Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa (BPPA) Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) selepas melakukan intipan sejak seminggu lalu.


Kegiatan dua buah kelab gay berkenaan terbongkar selepas pihak BPPA menerima aduan awam berhubung aktiviti mencurigakan di premis terbabit, dipercayai beroperasi sejak tiga bulan lalu.

Pengarah BPPA, Shadan Othman berkata, pihaknya sebelum itu menerima maklumat daripada keluarga pelajar sebuah IPT di negeri ini apabila mendakwa anak lelakinya berubah perangai hingga pelajarannya turut merosot, sekali gus menimbulkan kebimbangan.

Menurutnya, keluarga terbabit datang ke negeri ini untuk meninjau masalah anak lelakinya berusia awal 20-an, termasuk mengintip pergerakannya sebelum didapati mengunjungi kelab gay terbabit, menyebabkan mereka meminta bantuan BPPA untuk menanganinya.


“Berdasarkan aduan, kita menyerbu kedua-dua kelab gay terbabit secara berasingan dan memeriksa 30 lelaki berusia antara 20-an hingga 50-an sebelum mereka dibebaskan selepas keterangan diri diambil untuk siasatan lanjut.

“Pada masa serbuan, kita juga mendapati sepasang lelaki berusia 30-an dan 40-an dalam keadaan bogel melakukan hubungan sejenis di dalam bilik, dan mereka yang terkejut dengan serbuan kemudian diarah memakai baju.

“Berdasarkan maklumat, kedua-dua kelab ini menjadi tumpuan lelaki, termasuk pelajar IPT, dipercayai untuk melampiaskan nafsu songsang kerana ketika diserbu, kebanyakan mereka hanya memakai tuala tetapi ada juga mandi dalam keadaan bogel dan berada dalam sauna yang terletak di bahagian atas,” katanya.

Metro Ahad difahamkan, premis berkenaan dibuka setiap hari di mana bayaran masuk untuk ahli adalah RM15 pada hari biasa manakala RM20 pada hujung minggu, termasuk cuti umum, sementara bukan ahli perlu membayar RM18 (hari biasa) dan RM25 pada hujung minggu.

Shadan berkata, pihaknya yang mengakui terkejut dengan kewujudan pusat spa untuk golongan gay berkenaan turut menemui beberapa kondom yang digunakan di dalam bilik selain barangan lain seperti minyak serta losyen dipercayai untuk kegunaan aktiviti mereka.

Menurutnya, beberapa bilik dengan tilam disediakan di premis itu, tetapi pihaknya gagal mengenal pasti operasi sebenar kelab terbabit kerana semua lelaki yang diperiksa mendakwa mereka adalah pelanggan yang datang untuk beristirehat.

“Kita mendapati sebuah premis mempunyai lesen perniagaan, manakala sebuah lagi dalam proses memohon tetapi sudah memulakan operasi. Akibat itu, pihak BPPA meminta MBMB tidak meluluskannya selain menarik semula lesen berkenaan kerana dikesan melakukan aktiviti songsang.

“Malah, dua lelaki yang didapati melakukan perbuatan luar tabie juga dikenakan tindakan mengikut Seksyen 58 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Melaka 1991, di mana sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun atau enam sebatan atau denda RM5,000 atau ketiga-tiga sekali.

“Kita juga meminta orang ramai tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa jika mendapati aktiviti mencurigakan supaya pemantauan selain tindakan sewajarnya dapat diambil bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya. -metro


27 Oktober 2010

Hab maksiat, rakyat yang jadi penentu - NGO

Bookmark and Share


Seperti dijangkakan, tindakan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam mula mendapat tentangan kumpulan NGO Islam.

Bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu 'disambut' mereka secara amat sinis.

"Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman (kiri) sambil menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada pentadbiran perdana menteri sebelum ini, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan kelmarin, pentadbiran Najib mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Lebih mengejutkan, EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.

Ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari ini, Dr Ma'amor - pemimpin NGO Islam yang dilihat agak 'rapat' dengan kerajaan - berkata, rancangan ETP itu menyalahi pelbagai perkara, termasuk gagasan Wawasan 2020 yang mahu negara ini maju dengan acuan sendiri.

"Budaya kelab malam ini bukan budaya Timur. Ia budaya Barat, budaya berfoya-foya.

"Saya ucap tahniahlah kerana berjaya mengkhianati negarawan negara (Dr Mahathir)," katanya.

Ditanya berhubung tindakan susulan PPIM bagi menyatakan menangani rancangan itu, Ma'mor berkata:

"Kita tak pergilah (ke kelab malam). Boikot pun tak guna. Tak ada ahli kita yang pergi ke kelab malam. Tunggu pilihan rayalah nanti."

PPIM antara NGO pengguna Islam yang diingati kerana kempen boikot produk barangan tertentu seperti barangan keluaraan Yahudi dan Amerika Syarikat sebelum ini.