Pemuda PAS: Hudud dapat tangani zina, buang bayi ~ Pro Pas Blog

26 November 2010

Home » , , , » Pemuda PAS: Hudud dapat tangani zina, buang bayi

Pemuda PAS: Hudud dapat tangani zina, buang bayi

Bookmark and Share

Ketua pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata masalah gadis yang hamil luar nikah dan isu pembuangan bayi hanya akan dapat ditangani melalui penguatkuasaan hukum hudud.

Kerajaan sepatutnya mengenakan "undang-undang selayaknya" bagi pesalah zina "seperti sebat kepada mereka yang belum berkahwin dan rejam hingga mati bagi mereka yang telah berkahwin."

Katanya, usaha BN untuk menubuhkan bank bayi, sekolah mengandung dan penggunaan kondom juga merupakan satu perkara "mengarut."

Beliau turut menuntut supaya kerajaan supaya mengkaji semula keputusan untuk mengajar pendidikan seks kepada pelajar sekolah kerana "ia tidak menyelesaikan masalah pokok atau punca sebenar kepada jenayah yang berlaku."

Jelasnya, kes buang bayi bukanlah kesan daripada kejahilan berhubung seks tetapi disebabkan "pergaulan bebas, tidak mengenal dosa dan pahala, tidak takut azab Allah, tidak menutup aurat dan tidak memilik kawan atau sahabat."

Bercakap dalam satu kenyataan semalam, Nasruddin juga berkata, kerajaan juga seolah-olah "mahu menggalakkan" zina dengan "mengemukakan cadangan songsang sebegini agar masyarakat tidak fokus kepada isu sebenar iaitu zina dan maksiat."

Perkara itu dilihat apabila kerajaan mencadangkan pembinaan hab hiburan di bawah pelan transformasi ekonomi (ETP).

Katanya, usaha itu akan membiakkan lebih banyak aktiviti pelacuran, penyalahgunaan dadah dan minuman keras.

Tambahnya, kerajaan BN sepatutnya lebih serius dalam menangani masalah berkenaan dengan membasmi pusat maksiat dan menjalankan kempen anti zina. Malaysiakini


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih