Mari kita sama-sama lingkup Bharian ~ Pro Pas Blog

27 November 2010

Home » , , » Mari kita sama-sama lingkup Bharian

Mari kita sama-sama lingkup Bharian

Bookmark and Share

WarkahDaily - Baru-baru ini, sebuah media pro-Umno, Utusan Melayu (M) Berhad telah mengumumkan laporan kewangannya bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir 30 September 2010 telah mencatatkan kerugian pracukai RM10.682 juta berbanding mencatat keuntungan dalam tempoh yang sama tahun lepas iaitu RM1.707 juta.

Lapor mStar, pendapatan kumpulan media itu telah merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mungkin persaingan antara media menjadi faktor penyumbang kepada kerugian Utusan Melayu itu seperti yang didakwa malahan.

Ini menunjukkan Utusan Melayu tidak menjadi pilihan terhadap pengiklan untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka.

Kenapa tiada sambutan pengiklan?Jawabnya senang. Sudah pasti para pengiklan tahu iklan mereka mungkin tak sampai ke sasaran pengguna jika dipaparkan di Utusan Melayu.

Semuanya kebarangkalian ada kaitan dengan cara penyampaian berita di media berkenaan yang tidak professional dan terlalu mengampu pemerintah sehingga tanpa segan silu menyebarkan berita palsu dan tidak tepat semata-mata ‘mengeyangkan’ bos-bos mereka (pemimpin Umno-BN).

Penulis pernah berborak dengan sahabat-sahabat dari utara yang sentiasa pergi kedai beli surat khabar, kebanyakan kedai-kedai kaum Tionghua. Longgokan Utusan Melayu yang banyak dan tidak laku sehingga ia terpaksa dipulangkan balik kata penjual surat khabar berkenaan.

Akhbar berkenaan hanya menjadi pilihan jabatan-jabatan kerajaan untuk dilanggan. Itu pun mungkin dipaksa melanggan akhbar berkenaan.

Tapi rakyat di luar sana bukan mudah dipaksa dan dicucuk hidung mereka seperti jabatan-jabatan kerajaan.

Perkara itu kurang disenangi oleh pengiklan kerana ramai rakyat membenci cara pengampuan media berkenaan yang masih lagi menganggap rakyat seperti zaman batu dalam penerimaan berita yang tepat.

Hasil pemboikotan Pakatan Rakyat dan rakyat ramai telah menampakkan hasilnya.

Memang sedia maklum, Umno-BN berkuasa dan boleh sesuka hati menggunakan jentera media tidak kira daripada parti atau kerajaan, namun mereka terlepas pandang, rakyat juga punyai kuasa. Selain kuasa tangan pada waktu pilihanraya, sudah pasti hasil jualan surat-surat khabar yang terlalu berat sebelah akan jatuh. Maka kesannya, mereka akan mendapat kerugian.

Utusan dah kena, sekarang kita tunggu giliran media-media lain yang masih lagi setia dengan Umno-BN yang saban hari duk ampu ‘bosnya’ tu. Tak mustahil TV3, Berita Harian dan lain-lain akan turut ikut jejak Utusan sedikit masa lagi.-warkahdaily


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih