Bukti Najib dan Rosmah ditolak golongan muda ~ Pro Pas Blog

12 Januari 2011

Home » , » Bukti Najib dan Rosmah ditolak golongan muda

Bukti Najib dan Rosmah ditolak golongan muda

Bookmark and Share

#tanyanajib: Rambut Rosmah jadi sasaran

Banyak gembar-gembur isu, suara kekecewaan, malah tidak kurang juga tulisan yang menggelikan hati yang timbul hari ini di Twitterjaya - nama jolokan untuk komuniti blog mikro Twitter di Malaysia.
rosmah mansor

Tulisan berkenaan timbul berikutan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membuka ruang selama sejam untuk menerima soalan-soalan ke laman berkenaan bermula jam 4.30 petang ini.

Najib meminta pengguna Twitter mengemukakan soalan itu melalui label (hashtag) #tanyanajib dan akan "mengambil kira" semua soalan yang diajukan.

Selain Twitter, Najib juga membukaruang sama di laman sosialFacebook beliau.

Berikutan itu, Najib menerima soalan bertalu-talu daripada para pengguna laman sosial berkenaan sehingga beliau melanjutkan masa untuk menerima soalan yang diajukan.

NONE"Memandangkan respon yang menggalakkan, saya memanjangkan masa #tanyanajib hingga ke 6ptg, supaya anda semua boleh mengajukan soalan," kata Najib kepada lebih 57,000 pengikutnya di laman tersebut.

Langkahnya itu juga membolehkan label #tanyanajib muncul dalam senarai sepuluh trend Twitter paling popular.
Populariti itu bagaimanapun masih belum mengatasi rekod tulisanTwitter untuk penjaga gol kebangsaan Fahmi Che Mat yang menjadi tersohor ketika perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 bulan lalu.

Bagaimanapun, ramai di kalangan pengguna Twitter mengambil peluang hari ini untuk menjadikan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai bahan jenaka.

Ada yang menimbulkan isu gaya rambut Rosmah, dan tidak kurang juga yang menimbulkan persoalan berhubung kematian tragis wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pengguna yang lebih serius pula ada di kalangannya yang menimbulkan isu kos sara hidup, undang-undang yang menindas serta tahap perkhidmatan pengangkutan awam dan pendidikan.

Menurut pejabat perdana menteri, Najib akan menjawab soalan terpilih melalui satu siaran video di laman YouTube.


1 Ulasan :

Tanpa Nama berkata... [Balas]

Akum dan Salam sejahtera

Pada amatan saya perjalanana PAS kini telah lari terpesong jauh daripada apa yang kehendak PAS hendak perjuangkan semasa untuk ujudkan PAS. PAS kini seolah2 dirantai dan dicucuk hidung malah banyak ceramah PAS menindas dan membelah melayu dan mengangkat martabat cina dan musuh melayu sebagai wira.

Kini pemimpin PAS tanpa segan silu berlawanan daripada kehendak tabii asalnya. Contohnya peristiwa gereja di Selangor, jualan arak berleluasa di negeri pemerintahan sekutu PAS. Kedah Pusat hiburan tumbuh bagaikan lepas hujan.

Bahkan PAS mengiayakan kehendak DAP dan menengak kejahatan dan jaguh mengek kebatilan.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih