Kerajaan tidak serius tangani kes buang bayi ~ Pro Pas Blog

23 November 2010

Home » , » Kerajaan tidak serius tangani kes buang bayi

Kerajaan tidak serius tangani kes buang bayi

Bookmark and Share


KUALA LUMPUR, 23 Nov: Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik (gambar) mendakwa kerajaan tidak serius dalam menangani kes kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi di negara ini.

Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, tidak ada iklan yang memberikan kesedaran kepada rakyat mengenai kes ini.

"Walaupun ada langkah-langkah diambil tapi dari praktikalnya saya nampak kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam kes ini.

"Kalau kes pencegahan rokok itu misalnya tiap-tiap hari ada iklan mengenainya tapi kes pembuangan bayi ini saya tidak nampak ada billboard, papan tanda, iklan-iklan dalam televisyen yang boleh mencegah kes-kes yang saya sebutkan tadi," kata beliau.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kei dalam jawapannya bagaimanapun berkata,tanggungjawab menangani gejala ini bukan hanya terletak di bawah kementerian itu.

"Kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Islam dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Badan bukan kerajaan seperti persatuan perancang keluarga Malaysia dan sektor korporat juga penting dalam usaha membendung masalah pembuangan bayi," katanya.

Che Uda dalam soalan asalnya meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan sebab mutakhir ini banyak berlaku kes hubungan seks rambang, kandungan luar nikah dan kes pembuangan bayi.

Beliau juga ingin tahu faktor yang menyebabkan banyak berlaku kes-kes ini dan apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi perkara ini dan adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji pendekatan cara Islam untuk mengatasi perkara ini.


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih