Rasanya Chegubard tak perlu dedahkan video seks Khairy Jamaluddin ~ Pro Pas Blog

07 April 2011

Home » , , , , , » Rasanya Chegubard tak perlu dedahkan video seks Khairy Jamaluddin

Rasanya Chegubard tak perlu dedahkan video seks Khairy Jamaluddin

Bookmark and Share

chegubard, KJ, SAMM, video seks, video lucah,Khairy Jamaluddin WarkahDaily – Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Sdr Badrul Hisham Shaharin telah mendedah beliau telah didatangi orang tidak dikenali yang dipercayai orang Umno telah memberi kepadanya video lucah yang didakwa ada kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairi Jamaluddin.

Peristiwa (pendedahan) itu berlaku ketika kempen pilihanraya umum 2008, kata Badrul Hisham atau terkenal dengan panggilan (Chegubard) itu dalam satu kenyataan dalam blognya(http://chegubard.blogspot.com/) hari ini.

”Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah yang kononnya Khairy Jamaluddin.

”Tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua (video) dikutip dan dibakar, ”jelas Chegubard.

Beliau turut mengakui, sebanyak lebih 2000 keping video tersebut telah dibakar.

Dalam pada itu, Chegubard turut mendedahkan dalam kenyataan di blognya berkaitan skandal video seks isteri pemimpin tertinggi negara.

”Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.

”Namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja, ” jelas Chegubard.

”Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak ahli - ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan, ” seru Chegubard.


2 Ulasan :

Tanpa Nama berkata... [Balas]

tuduhan tanpa bukti fitnah namanya, jgn jadi fasik, kalau tak betul tak payah cakap kan, dah cakap tanpa bukti jadi fitnah, kalau dah tuduh kena lah sahkan, ambil tindakan, benda mungkar takan kita biarkan? kalau saudara dituduh buat video seks mcmmana? saudara nak org yg tuduh tunjuk bukti? jgn cakap mcm org BODOH, allah bagi kita akal, kalau tak betul , alhamdullillah, kalau betul ambil tindakan....cuba baca balik apayg ditulis, masuk akal ke?

Tanpa Nama berkata... [Balas]

Ini bkn tuduhan tanpa bukti. dari pengakuan Nala (taukeh magnum) kwn rapat an.., Saiful berani sumpah laknat, Ezam bercerita, akuan gay, akuan org kanan an... wanita2 terbaru video. Kenapa cetek sangat. KENAPA CEPAT SANGAT KATA INI FITNAH. Kata nak menghapuskan maksiat. Bila ada yg bela, yg buat terus berkuasa. Senang gini umpama kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.Dalam hal ini kedua=dua pihak ( PAS ) dan polis bwa bincang.
Nak tunggu 4 saksi. Apa kata kalau anak orang PAS kena rogol, mengandung pula. Saya pasti org PAS akan melepaskan perogol itu kerana tiada 4 saksi. DNA pasti tak buat kerana tiada dlm dalil/nas. Hidup perogol2. Nasihat, Kalau nak rogol, rogol anak2 PAS. Kalau anak BN kena siasat w/pun tanpa 4 saksi, kena ambil DNA tau.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih