Web FAM di Hack kerana tak puas hati ~ Pro Pas Blog

04 April 2011

Home » , » Web FAM di Hack kerana tak puas hati

Web FAM di Hack kerana tak puas hati

Bookmark and Share

 hantu kak limah, FAM, web fam di hack, usop wilca,
Laman Web FAM (http://www.fam.org.my/) yang di "hack".

Bahana sering kali mengubah Jadual Perlawanan, Laman Web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah di "hack" oleh peminat/penyokong yang tidak berpuas hati dengan sikap dan pendirian FAM yang selalu berubah-ubah.


Hal ini secara tidak lansung menyusahkan penyokong-penyokong yang mungkin sudah membuat perancangan awal, seperti memohon cuti, menempah tiket penerbangan, menempah bilik penginapan, tiket perlawanan dan sebagainya. Sikap FAM yang sering mengubah jadual secara tidak lansung menimbulkan kemarahan kerana penyokong-penyokong ini terpaksa menanggung kerugian akibat perlawanan diubah tarikh.


Lebih melucukan, Laman Web FAM kali ini di "hack" dengan meletakkan video "Ucop Wilcha", yang kini popular menerusi watak dalam cerita Hantu Kak Limah. Usop yang baru sahaja menggamatkan Anugerah Bintang Popular Bintang Popular Berita Harian, semalam sekali lagi menjadi tumpuan apabila Video scene "kito bako!!" dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Kampung kini terpampang di "homepage" Laman Web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


Penulis yang membuka Laman Web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melihat jadual perlawanan pada hari ini terkejut apabila "home page" laman web terpampang muka "Usop Wilcha". Namun kejutan itu menimbulkan kelucuan kerana "Usop Wilcha" memang menjadi fenomena yang lucu di Malaysia ketika ini.

Kejadian ini menunjukkan tanda protes dari penyokong dan peminat bola sepak Malaysia dimana sikap tidak tetap pendirian FAM sejak dahulu lagi tidak digemari mereka. Diharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil iktibar dari kejadian "lucu" ini dalam usaha memantapkan lagi sistem bola sepak Malaysia.

www.wawanfaiz.com


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih