Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini memohon Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyatakan pendirian dan nyatakan hukum syarak yang patut dikenakan ke atas kelakuan tiga orang bergelar diri “Dato T” yang menunjukkan filem lucah dikhalayak ramai dengan tujuan untuk memalukan airmuka orang lain.
Nga Kor Ming yang juga merupakan Setiausaha Negeri DAP Perak berkata, Tan Sri Harussani sebagai tokoh agama yang beriman tinggi seharusnya mengeluarkan kenyataan tentang hukum syarak yang harus diambil supaya muslim dalam Negara ini tidak mengikuti jejak langkah dan tingkah laku golongan sesat yang tergamak sehingga memperalatkan adegan lucah untuk menjatuhkan seseorang pemimpin.
Beliau berkata, perbuatan merakam filem secara haram dan pertunjukkan filem lucah secara terbuka terbukti kini ada pemimpin UMNO yang berada dalam keadaan cemas dan risau sehingga hilang akalnya.
Nga Kor Ming berkata, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Bekas Senator UMNO, Shuiz Ibrahim dan Bekas counselor, Eskay Abdullah tiga orang telah mengaku secara terbuka bahawa mereka adalah golongan yang bertanggungjawab penuh untuk menayangkan Filem Lucah kepada mass media yang dipelawa di Carcosa Seri Negara pada Isnin minggu ini.
Mereka juga mengaku bahawa filem lucah tersebut bertujuan untuk memaksa Ketua umum Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Dato Seri Dr Wan Azizah selaku Presiden parti PKR untuk meletak jawatan.
Nga berkata pada sidang media hari ini, bahawa adalah jelas mengikut Seskyen 292 Kanun Jenayah(Penal Code), mana-mana pihak yang mempamer, menunjuk atau mengedar bahan lucah jika disabit akan dihukum penjara selama 3 bulan, denda atau kedua-duanya. Kini Tan Sri Rahim Tamby Chik dan puaknya telah megaku mereka adalah pihak yang melakukan perbuatan sedemikian, maka adalah tanggungjawab polis untuk mengambil tindakan segera supaya imej pasukan polis dijaga dan kedaulatan undang-undang Negara dibela.
Beliau berkata, sebagai seorang bukan muslim, beliau ingin memohon tunjuk ajar dan nasihat dari mufti Negeri apakah hukum syarak dan fatwa yang harus dikeluarkan terhadap pihak muslim yang melakukan usaha licik dan perbuatan yang memalukan tersebut supaya kesucian agama Islam dapat dijaga dan tidak tercemar.
“Tan Sri Harussani adalah seorang mufti yang sering lantang bersuara atas isu-isu agama termasuk soal politik, maka saya ingin pohon pedoman dan nasihat dari beliau.” Nga berkata dengan ikhlas dan rendah hati.
Turut hadir siding media hari ini adalah ADUN Menglembu, Lim Pek Har, ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam dan setiausaha Organisasi DAP Perak, Teh Hock Ke.
7 Ulasan :
hukum main dAlam bedio lucah juga kena tanya tu...
Kalau begitulah perangai orang Islam jangan haraplah dakwah akan memberi kesan ke atas orang-orang bukan Islam.
hal-hal dan hukum-hakam dalam ISLAM tak payah la kapio laknat (kafir laknatullah) ni nak sibuk2!!! kalau benar2 jujur dan ikhlas serta mengetahui bahawa agama ISLAM ini adalah agama yg benar (yg jauh lebih baik daripada agama yg dia anuti skg) yg memiliki rukun dan peraturan hidup yg merangkumi roh dan jasad mengapa dia sendiri tidak memeluk ISLAM??? kalau barang tentulah dia nk yg baik, kalau makan tentulah dia nak yg sedap tapi kalau agama ngapa dia tak pilih yang benar??? jgn ler nak gunakan ISLAM untuk kepentingan politik dia pulak malahan dipersendakan!!! bab melanggar peraturan dan hukum ni bukanlah org islam saja yg melakukan... apakah dia tak pernah melanggar hukum dan peraturan sekolah, jalanraya atau agama dia sendiri??? sudahlah.... KAPIO TETAP KAPIO!!!! "kamu dengan agama kamu, kami dengan agama kami".
roh di jasad x pandai da'wah org... kadang kalo jahil baik diamkan diri sbb nnt akan nampak kejahilan kamu... sekurang2nya.. org jahil haruslah pandai mnyembunyikan kejahilan....
rohjasad, anda sungguh memalukan umat islam semalaysia (tak masuk umno totok yg sokong video). anda tak ada pengetahuan agama. saya nak ajar anda sikit tentang hukum islam.melakukan zina memang berdosa. membunuh tanpa sbb, berdosa, memfitnah,lebih besar dosanya krn apakah benar org yg dlm video itu diri yg dituduh? mengintip itu salah.tak cukup ruang nak fahamkan anda. rajin-rajinlah ke kuliah agama dan baca buku agama. begitu juga seruan saya kpd taapa nama pertama.
kalau macam ini sikap kita semua terhadap org bukan islam macamana mereka nak menerima islam. kita sepatutnya bagi kefahaman bukan marah dia. macamana kita nak jadi pendakwah ni yg wajib terhadap org yg mengaku islam
salam, video 1:47 minit yg ditayang diutube ni video lucah ke? blue film? ada adengan seks ke? fitnah berdosa yeh? cakap bohong berdosa yeah? selidik lah kan, buat siasatan right? ada yg salah sama2 kita perbetulkan....jgn pandai ckp hukum agama kalau tak pasti, berdosa besar....mencari kebenaran itu penting walaupun kadang2 pahit utk ditelan...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih