KUALA TERENGGANU - Wakil-wakil parti PAS, PKR dan DAP telah hadir ke balai polis Kuala Terengganu bagi membuat laporan polis terhadap pengakuan Datuk T bahawa mereka adalah individu yang terlibat menayangkan video seks di Carcossa Seri Negara pada 21 Mac lalu.
Mereka adalah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Wan Faizul Wan Abas bersama Exco Pemuda, Fathi Aziz Abu Bakar bersama Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Terengganu Haji Rosli Abdullah dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.
Menurut Fathi Aziz Abu Bakar yang juga seorang peguam, laporan dibuat kerana ketiga-tiga individu tersebut Tan Sri Rahim Thamby Chik, Dato’ Eskay Shazril Abdullah dan Datuk Shuib Abdullah adalah melanggar Seksyen 292 Kamun Keseksaan, Seksyen 5 Akta Penapisan Filem dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia apabila menayangkan video tersebut kepada pemberita dan para wartawan
-buletinonline.net
Pemilik klinik buang pesakit mati dan kanak-kanak 3 tahun tepi jalan
43 minit yang lalu
1 Ulasan :
D' T tayangkan bukan nak fitnah,vid tu, tapi wartawan dah buat cam/ andaian macam rupa dia aje.D' T dia tak kata siapa dlm tapi suruh org yg lihat berfikir. Betu ke tidak, kalau kurang percaya dlm You Tube ada sikit video tu, fikirkan sama-sama. Kalau D' T kena tangkap, kenapa pelakunya di pertahankan. PELIK kan
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih