Gimik yang tak menjadi dari UMNO ~ Pro Pas Blog

27 Mac 2011

Home » , , , , » Gimik yang tak menjadi dari UMNO

Gimik yang tak menjadi dari UMNO

Bookmark and Share


KOTA BHARU, 27 Mac: "Itu hanya gimik politik Umno" demikian reaksi Naib Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Wan Hassan Wan Ibrahim berhubung laporan kononnya anggota PAS dalam kawasan DUN Semerak bertindak menyertai Umno semalam.

Sambil menyifatkan Umno bahagian itu ketandusan idea Wan Hassan mendakwa selain itu mereka sanggup melakukan pelbagai taktik untuk membayangkan kekuatan parti itu kepada umum.

Sedangkan katanya, semua tindakan itu sebenarnya tidak ubah bak kata pepatah 'indah khabar dari rupa.'

"Kami tahu hakikat sebenar. Sandiwara penyertaan begini sudah masak bagi kami, jadi bila ada laporan-laporan sedemikian rupa ia tidak menjadi tamparan buat kami.

"Sepanjang tahun ini saja entah berapa kali dah berita mengenai ahli PAS masuk Umno disiarkan oleh pelbagai media tapi apa yang pasti hasil dari siasatan kami tiadapun identiti mereka yang terbabit itu menunjukkan ahli PAS," katanya dihubungi Harakahdaily lewat malam tadi.

Portal berita Malaysiakini memetik Bernama semalam melaporkan 113 anggota PAS cawangan Gong Tinggi dalam kawasan DUN Semerak bertindak menyertai Umno selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan PAS Kelantan.

Wan Hassan yang juga AdunN Semerak berkata, tindakan Umno tersebut sebagai satu taktik kotor serangan saraf bagi mewujudkan persepsi buruk di kalangan penyokong serta ahli PAS yang lain terhadap parti yang mendokong dasar Membangun Bersama Islam selama ini.

"Bagaimanapun taktik itu sedkitpun tidak membimbangkan PAS kawasan Semerak khususnya.

"Bahkan kita percaya selepas ini akan ada lagi gimik seperti itu akan dilakukan Umno," ujarnya. -Harakah


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih