MB Terengganu suka habiskan wang rakyat ~ Pro Pas Blog

27 Mac 2011

Home » , , , , , » MB Terengganu suka habiskan wang rakyat

MB Terengganu suka habiskan wang rakyat

Bookmark and Share

KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar mendakwa, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said suka berbelanja wang rakyat Terengganu, tanpa membuat kajian terlebih dahulu 

Menurutnya, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang diterajui Ahmad Said membelanjakan sebanyak RM2 bilion wang rakyat Terengganu pada tahun lalu.

Katanya, walaupun menghabiskan wang sebanyak itu, kerajaan Terengganu masih tidak cukup belanja sehingga mengambil wang amanah rakyat.

"Terengganu ini banyak pitih (duit) tahun lepas Menteri Besar belanja du ribu juta (RM2 bilion), hasil negeri Pahang setahun RM500 juta, kita (negeri Terengganu) belanja setahun RM2 bilion, 

"dapat lebih kurang RM2 bilion, belanja RM2 bilion tak cukup lagi sehingga kerajaan terpaksa mengambil wang-wang amanah,"ujarnya ketika berucap dalam majlis penerangan sempena perasmian Pasti as-Solihin di Kampung Gong Tok Nasek disini, 25 Mac.

Beliau yang juga bekas Pegawai Kewangan kerajaan Terengganu berkata, wang amanah tersebut bukan milik kerajaan tetapi wang 'deposit', bayaran pendahuluan bagi perbelanjaan air, elekrik dan lain-lain.

Beliau mendedahkan, antara perbelanjaan membazir yang telah dibuat oleh kerajaan Umno-BN adalah membeli itik-itik angsa untuk diletakkan di Tasik Kenyir.

"Saya nak kabor (beritahu) tentang perbelanjaan yang sudah dibelanja, antaranya membeli 'angsa', bukan 'Unser' kereta itu, tetapi angsa (yang) macam itik (itu),

"Menteri Besar terengganu beli angsa daripada negeri China, seekor harganya RM5,600, jumlah semua yang dibeli (termasuk itik lain) ialah 101 ekor, jumlahnya (harga) RM223, 750,"jelasnya

Sepatunya, menurut Dato' Tengku Hassan, dengan jumlah tersebut, kerajaan boleh membina lima buah rumah untuk orang-orang miskin, tetapi ia digunakan hanya untuk membeli itik.

Sementara itu, beliau berkata, pada tahun ini (2011) kerajaan Terengganu akan membelanjakan sebanyak RM20 juta untuk memberi makan gajah, harimau dan beruk di zoo Bukit Takal, Kijal Terengganu.

Menurutnya lagi, Menteri Besar Terengganu memang terkenal mempunyai kegemaran suka berbelanja untuk perkara yang 'pelik-pelik' yang berharga jutaan ringgit antaranya membina 'Roller Coaster' dan Mercu Tanda Kemaman.

www.buletinonline.net


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih