Video Seks :Saya tak membisu- Harussani Zakaria ~ Pro Pas Blog

31 Mac 2011

Home » , , , , , , , , , , , » Video Seks :Saya tak membisu- Harussani Zakaria

Video Seks :Saya tak membisu- Harussani Zakaria

Bookmark and Share


KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.

Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.

“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.

“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.

“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya.

Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti.

“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya.

Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu.

“Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.

“Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum,” katanya.

Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi.

“Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan,” katanya.

Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis. -TMI


6 Ulasan :

Awanama berkata... [Balas]

umno memang satu parti yang kerja hanya buat fitnah kerja tak pernah ikhlas untuk perut sendiri sahaja

Awanama berkata... [Balas]

Inilah malaysia.Konon-konon negara Islam, tapi bila masuk bab ulama,mereka disisihkan.Ape gunanya ulama jika kita merujuk mereka, tapi kita tidak mengambil ikhtibar pendapat mereka.Kita memalukan negara sendiri dengan mengaku negara Islam.Moga Allah memberikan para pemfitnah kesedaran dan petunjuk ke jalan yang benar..

Awanama berkata... [Balas]

putera pening. Kata mufti perak video tak boleh jadi bhn bukti kerana tak ada 4 saksi. Lepas ni ramailah perempuan kena rogol sebab tak boleh tuduh si anu rogol saya kerana tiada 4 saksi. Kenapa mufti cepat melatah. Kenapa tak bwa berunding tentang hal ini. Heran yang mendedah pula perlu disabit, pelakonnya macam mana bkn macam lagi tapi dibela. Asyik2 keluarkan ini fitnah. D' T beri kenyataan, adakah itu fitnah.

Awanama berkata... [Balas]

dari putera pening. Isu anwar bkn bukan baru tapi dah lama. Dia 'anugerah tuhan' tapi bkn MAKSUM, apapun org yg rasa-rasa mcm alim jgnlah bela sangat. Biarlah dia jwb dlm mahkamah. Mufti perak dan org PAS macam mahu sangat anw.. jadi pemimpin hingga lupa dia manusia biasa. Pernah dengar imam kena tangkap khalwat, imam di kelantan jual dadah, air ketum. Cukup 5 waktu saban hari kat masjid.
Andaikata anak tuan kena rogol, adakah nak biar kan aje kalau tak ada 4 saksi?. DNA tak blh pakai,ini macam tolak teknologi. Harap yg beri ceramah kat masjid2 dalam mempertahankan anwar hentikanlah. Penceramah lebih arif tanpa siasatan. Jangan terpesona dengan kata bicara sahaja itu adalah racun.

Awanama berkata... [Balas]

putera pening..anda tau x anda sedang bercakap ttg siapa..dia adalah mufti. adakah anda tau makna mufti tu sendiri..bukan senang nak dpt kan mufti kalu ilmu agama x cukup...skrg byk yg mempersoalkan tindakan dan percakapan mufti dan byk yg memandang serong kpd mereka..sepatutnya kite kene lbh respect pd mereka..jgan ckp ikut hati..agama islam sudah jelas ttg sgala-galenye dan jgn plk nak gunakan nafsu smate-mate..kita skrg byk mengikut budaya barat yg x tau betul atau slah..smpai kan hal2 yg berkaitan ngan agama pun tidak di rujuk kpd pakar agama dan hanya bertanye kpd org2 celik pandai..adakah sume org yg celik pndai tu pandai agama..pikir2 la sendiri...taraf mufti tu adalah tinggi dlm islam dan jgan la nak ckp sebarangan..kalu ckp mufti or pakar agama pun kita x mau nak dgr, ckp sapa lg nak kite dgr..jgn smpai Allah menurun kan bala kpd kite br kite nak bertaubat..segala perkara ada penyelesaian nya dlm islam juz depends pd manusia mau gunakan or tidak..

ibnu amn berkata... [Balas]

bila hiburan menjadi ikutan dan ulama dibelakangkan...beginilah jadinya....bila ilmu agama tak cukup di dada tapi mahu berbahas, lebih banyak menggunakan ilmu aqli dari ilmu naqli...mn tanggungjawab sebagai seorang muslim yang wajib menjaga agamanya?????ilmu itu ibarat pohon, jika tidak berbuah tiada gunanya...

Catat Komen

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih