Dun Galas: Dijangka Ku Li tidak menerima pencalonan ~ Pro Pas Blog

11 Oktober 2010

Home » , , , » Dun Galas: Dijangka Ku Li tidak menerima pencalonan

Dun Galas: Dijangka Ku Li tidak menerima pencalonan

Bookmark and Share




KUALA LUMPUR: Walaupun masih belum jelas siapa calon terbaik Umno, Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar dengan yakin meramalkan bahawa Razaleigh Hamzah akan menolak, jika beliau dicalonkan.

Ini kerana putera Kelantan itu telah menerima jawatan pengarah jentera pilihan raya. Secara tradisi, kata Kamaruddin, pengarah pilihan raya pada masa yang sama tidak akan menjadi calon.



"Kekecewaannya sebagai pengarah pilihan raya Galas memberi isyarat jelas bahawa beliau akan menolak pencalonan. Pada kebiasaannya, pengarah pilihan raya tidak akan dipilih sebagai calon," kata pemimpin PAS itu.

Kamaruddin bekata, "sentimen yang kuat tentang Razaleigh akan menjadi calon hanya taktik Umno untuk mengalih pandangan orang ramai terhadap masalah dalaman Umno."

Bagaimanapun, Kamaruddin memuji perlantikan Ku Li sebagai pengarah pilihan raya kerana beliau akan memastikan kempen berjalan dengan "adil, bersih dan saksama," tanpa dicemari dengan politik wang.

"Jika tuntutan ini dipenuhi, maka ia sejajar dengan prinsip Ku Li," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Jika Razaleigh menolak pencalonan itu, Umno diramalkan memilih Setiausaha Bahagian Umno Gua Musang, Abdul Aziz Yusof sebagai calon.

Nafi laporan

Sementara itu, Tengku Razaleigh Hamzah ketika ditemui para pemberita, menafikan laporan menyatakan beliau menerima pencalonan itu.

"Tidak, tidak, tidak. Tiada keputusan yang dibuat. Tiada keputusan berhubung hal ini (pada mesyuarat dengan perdana menteri sebelum ini)," katanya.

Beliau memberitahu bahawa mesyuarat itu hanya menyentuh mengenai persiapan jentera Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil Galas.

Apabila ditanya sama ada Umno telah menyenarai-pendek pilihan calon, Razaleigh menjawab, "belum lagi."

"Perkara ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri dan diharap pada masa yang sesuai selepas mesyuarat perwakilan Umno (minggu depan)," katanya.

Adalah dilaporkan sebelum ini bahawa BN hanya akan mengumumkan nama calon pada 24 Oktober ini, dua hari sebelum hari penamaaan calon.

Bagaimanapun, ramai pemimpin Umno yakin Razaleigh yang menjadi ahli parlimen Gua Musang sejak 1969, adalah calon yang terbaik untuk mencerahkan peluang Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula kerusi itu dari PAS yang menawannya dengan majoriti tipis 646 undi pada 2008.

Pilihan raya kecil ditetapkan pada 4 November depan dengan hari penamaaan calon pada 26 Oktober ini.

Kerusi itu menjadi kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri PAS, Che Hashim Sulaima.

-Free Malaysia Today


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih