Memaparkan catatan dengan label Tok Uban. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tok Uban. Papar semua catatan

16 April 2011

Taib angkat sumpah penggal ketujuh

Bookmark and Share



Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai ketua menteri malam ini selepas SPR mengumumkan kejayaan BN mengekalkan majoriti dua pertiga di dewan undangan negeri.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai ketua menteri malam ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan kejayaan BN mengekalkan majoriti dua pertiga di dewan undangan negeri.

Abdul Taib mengangkat sumpah berkenaan dalam satu majlis di Astana Negeri Sarawak, kira-kira setengah jam selepas SPR membuat pengumuman berkenaan malam ini.


N051: BALINGIAN: SARAWAK: 11,792

1. Suriati Abdullah (PKR)..........................871
2. TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD (BN-PBB)............6,210
3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas)...............1,056

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................8,253
Peratus/Percentage...............................70.22%
Undi rosak/Spoilt votes............................116
Majoriti/Majority................................5,154

Penyandang/Incumbent: Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 6,393
Majoriti/Majority: 5,726


12 April 2011

Tiada tanda si Taib Mahmud akan undur, rakyat Sarawak tertipu!!

Bookmark and Share

kekayaan taib, keluarga Taib, kroni taib, Taib Mahmud, kroni taib, kroni UMNO, kroni umno perompak, Tok Uban, taib, KM Sarawak, BN sarawak, BN, 1 Malaysia, PRN Sarawak, pilihanraya sarawak,
KUCHING, 11 April – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud membayangkan beliau hanya akan bersara dalam “beberapa tahun lagi” - pendirian yang ditegaskan selepas 24 jam Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peralihan kepimpinan di Sarawak boleh disaksikan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri.

Pengundian pilihan raya negeri akan diadakan Sabtu ini.

Apabila masa itu tiba nanti, kata Taib (gambar), beliau mahu generasi muda Sarawak meneruskan sokongan kepada pemimpin yang akan mengambil alih kepimpinan negeri daripadanya.

Taib yang menerajui kerajaan negeri sejak 30 tahun lalu merupakan Ketua Menteri paling lama memegang tampuk kepimpinan Sarawak.

Kata Taib, sokongan mereka penting bagi memastikan segala usaha pembangunan dan kemakmuran yang ditempa untuk Sarawak dapat dilaksanakan.

“Apabila saya berhenti nanti dalam beberapa tahun (lagi), saya ingin hendak melihat generasi awaklah yang akan menyokong orang yang akan menyambut kuasa daripada saya memelihara Sarawak terus benar-benar maju dan benar-benar mewah sekali,” kata beliau ketika berucap pada konsert 1 Malaysia yang diadakan di Padang Merdeka di sini malam ini.

Najib juga hadir sama pada majlis malam ini.

Kenyataan Taib itu adalah bayangan pertama peralihan kuasa sejak isu itu timbul dalam pilihan raya negeri 2011.

Selepas mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 21 Mac lalu, Taib berkata, beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri ke-10 ini.

Malam tadi, dilihat seolah-olah sudah merasai rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Taib, Najib dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya.

Bagaimanapun kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak percaya jaminan Najib itu akan menjadi kenyataan memandangkan Taib pernah membuat janji untuk berundur tetapi tidak ditunaikan.

Berucap pada perhimpunan 1 Malaysia di stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini semalam, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN menggesa orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai.

“Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang,” kata Najib.

Najib berjanji bahawa perubahan dalam kepimpinan tertinggi sudah pun disusun dan “perubahan secara tiba-tiba” akan menyebabkan ketidaktentuan di negeri bumi Kenyalang itu.

“Tuan-tuan dan puan-puan, jangan risau. Kami telah mengadakan perancangan agar perubahan akan berlaku dalam kepimpinan tinggi Sarawak, sebagaimana telah dirancang dan perubahan yang telah disusun,” katanya lagi.

Najib memberi jaminan itu ketika kempen pilihan raya terus dibayangi dakwaan mengenai rasuah dan salah guna kuasa Taib, yang merupakan ketua menteri paling lama berkuasa itu.

Kepimpinan Taib genap 30 tahun pada 26 Mac lalu.

Taib turut menyeru generasi muda agar mempertahankan semangat 1 Malaysia yang subur di Sarawak.

Beliau juga mahu hubungan antara Sarawak dengan Semenanjung terus diperkukuhkan dengan sikap politik yang matang. TMI


Simbol Misteri Yang Menggemparkan Rakyat Malaysia Kini Terjawab!!!


11 April 2011

Kekayaan Tok Uban setanding Hosni Mubarak

Bookmark and Share

kroni UMNO, kroni umno perompak, PRN Sarawak, KM Sarawak, Taib Mahmud, BN, Mubarak, Tok Uban, SarawakReport, UMNO Sarawak, keluarga Taib,kekayaan taib, taib perompakBATANG LUPAR, 11 April: Rakyat Sarawak mampu melakar kejutan besar pada pilihan raya umum negeri (PRN) kali ke-10 ini dengan sentimen isu kekayaan luar biasa Ketua Menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isu rampasan tanah adat (NCR) yang cukup membelenggu rakyat selama ini.

Demikian luahan beberapa penduduk rumah panjang sekitar Saratok dan Batang Lupar apabila ditanya mengenai isu kekayaan Taib Mahmud.

Namun, masyarakat di sini sukar menyebut nama Taib Mahmud, sebaliknya menggelarkan Taib sebagai 'Tok Uban' kerana bimbang akan nama tersebut boleh mendatangkan masalah kepada mereka termasuk ugutan dan tindakan luar jangka konco-konco Taib Mahmud.

Kekayaan Taib Mahmud yang sebenarnya setanding bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan kalangan kroni serta wakil-wakil rakyat BN hidup serba mewah kerana laba kekayaan Taib Mahmud.

Taib Mahmud dikatakan memiliki harta bukan setakat di Malaysia amnya dan Sarawak khasnya, malah di beberapa negara lain termasuk di Amerika Syarikat.

Maklumat tempatan dari kalangan penyelidik di sini menyatakan, Taib Mahmud sebenarnya ada membina dan menyimpan harta kekayaannya di Amerika Utara yang dirahsiakannya selama ini.

Di Ottawa, Kanada, hartanya dilaporkan diurus oleh Sakto Corporation, manakala hartanya yang berada di Amerika Syarikat pula diuruskan oleh Sakti International. 

Sakti International memiliki harta dianggarkan bernilai US$80 juta menurut dokumen-dokumen syarikat berkenaan. 

Setiap harta diuruskan oleh sesebuah syarikat yang berasingan, biasanya dinamakan bersempena alamat letaknya harta tersebut. 

Sementara itu, Sarawak Report ada mendedahkan dakwaam sebuah syarikat W.A. Boylston dipertanggungjawabkan menguruskan kekayaan Taib di sana.

Bagaimanapun salah sebuah dari syarikat-syarikat mereka tidak dinamakan sedemikian, sebagai contoh, Wallyson’s Incorporated, yang terletak di Seattle, menguruskan theAbraham Lincoln Building. 

Bangunan tersebut dijadikan sebagai tempat operasi dan kelengkapan rahsia agensi perisikan FBI (Federal Bureau of Investigation), dan untuk masuk ke bangunan itu, seseorang harus melalui laluan keselamatan yang sangat tinggi. 

Bangunan ini merupakan ibu pejabat FBI di kawasan barat daya US yang memantau kegiatan anti-pengganas. Bangunan ini adalah milik keluarga Taib.

Blok pejabat utama milik Sakti di US, di 260 California Street, San Francisco juga menyewakan ruangnya kepada beberapa klien, termasuk klien yang terkemuka seperti Citibank. Ini menunjukkan bahawa pelaburan luar negara keluarga Taib mampu menjalin hubungan erat dengan pelabur-pelabur mereka di situ.

Sejarah syarikat Taib di USA sama seperti Sakto, Sakti diuruskan oleh Sean Murray, iaitu suami Jamilah Taib. Sean, atau nama Islamnya Hisham semasa beliau menikahi Jamilah, tetapi beliau tidak pernah menggunakan nama barunya itu ketika berniaga atau bersosial di luar negeri Sarawak.

Walau bagaimana pun, dokumen-dokumen mahkamah yang didepositkan di mahkamah tinggi di San Francisco mendapati bahawa syarikat Sakti adalah sebuah syarikat memang milik keluarga Taib. 

Sakti mengeluarkan beberapa keterangan dalam mahkamah yang sudah tentunya tidak dapat ditentang. Syarikat berkenaan mengaku bahawa Sakti telah dipersyarikatkan di California pada 1987 dan pada mulanya diuruskan oleh Mahmud Abu Bekir Taib. 

Tercatat pada salah satu dari dokumen-dokumen menyatakan, ““pihak defenden [Sakti International Corporation] mengakui bahawa pada 10 haribulan September, 1987, Ketua Pegawai Eksekutif, Setiausaha dan Ketua Pegawai Kewangan (ketiga-tiganya) adalah (disandang oleh) Mahmud Taib”.

Pendedahan-pendedahan terdahulu dalam Sarawak Report telah membuktikan bahawa Mahmud Taib, iaitu anak sulung Ketua Menteri, adalah juga merupakan Pengarah asal syarikat Sakto di Kanada, yang ditubuhkan pada 1983, bersama-sama dengan adik perempuannya, Jamilah dan bapa saudara mereka, Onn Mahmud (iaitu saudara kepada Ketua Menteri).

Penerangan yang dikemukakan kepada mahkamah seterusnya mengakui bahawa Mahmud Taib, yang kini memegang jawatan Pengarah di syarikat CMS Sarawak, telah kemudiannya diganti oleh adiknya Sulaiman Abdul Rahman Taib sebagai “pegawai tunggal dan pengarah Sakti”. 

Sarawak Report juga mendakwa menyimpan dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa Sulaiman juga memegang jawatan sebagai pegawai tunggal di Wallyson’s.

Ketika Sakti dipersyarikatkan pada tahun 1987, Mahmud Taib baru berusia 27 tahun, dan adiknya Rahman Taib pula baru 20 tahun. Walau bagaimana pun, adik-beradik yang masih mudah mentah ini dibantu oleh ahli-ahli keluarga rapat yang lain dalam peranan mereka dalam urusan syarikat. 


Sarawak Report juga mendakwa Sakti di Amerika Syarikat, seperti juga Sakto di Kanada, telah ditubuhkan dan diuruskan pada asalnya secara ekslusif oleh keluarga Taib. 

Penglibatan Sean Murray hanya bermula apabila dia berkahwin dengan Jamilah Taib, dan sebenarnya Sean menggantikan Rahman Taib sebagai pengurus Sakti hanya mulai tahun 2006.

Dengan ini juga Sarawak Report ingin meminta Murray untuk mengesahkan sama ada beliau kini memegang sebarang saham-saham dalam syarikat-syarikat yang diuruskan atau diarahkannya, atau adakah beliau hanyalah seorang pekerja syarikat milik keluarga isterinya.

Sarawak Report juga ingin memohon keluarga Taib untuk menjelaskan bagai mana di antara 1983 dan 1987 mereka mampu melaburkan berjuta-juta dollar untuk menubuhkan kedua-dua harta di Kanada dan US, yang portfolio-portfolio digabungkan bernilai sekurang-kurangnya US$200 juta. 

Pada ketika itu, Jamilah, Rahman dan Mahmud berusia sekitar 20-an dan masih menuntut di kolej-koleh, manakala yang lainnya adalah bapa-bapa saudara mereka. 

Jika wang pelaburan itu disumbangkan oleh kedua-dua bapa saudara mereka, yang telah bergelar ahli perniagaan, maka sikap murah hati mereka, termasuk anak-anak ketua menteri itu amatlah menhairankan.
Tiba masanya untuk mendengar jawapan

Sarawak Report amat percaya bahawa rakyat Sarawak berhak mendengar penjelasan yang terperinci fakta-fakta ini daripada Ketua Menteri sendiri, Abdul Taib Mahmud. 

Ketua Menteri itu seharusnya menjelaskan sama ada beliau memegang atau pernah memegang saham-saham dalam syarikat-syarikat tersebut, dan adakah sejumlah wang pelaburan itu disumbangkan beliau sendiri. 

Jika Taib Mahmud merupakan pemilik/pemegang saham-saham dalam syarikat-syarikat ini, para pembayar cukai di Sarawak berhak mengetahui bagai mana beliau memperolehinya. Penguatkuasa-penguatkuasa undang-undang di Malaysia diharuskan untuk menyoalsiasat Taib Mahmud bagi pihak rakyatnya.

Pihak FBI juga harus bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan kepada umum tentang hakmilik bangunan yang mereka sewa itu. Sebagain defenden bergabung dalam kes mahkamah di California itu Wallyson’s dan Sakti International mengakui bahawa pemilik Wallyson’s adalah syarikat Rodinmass. 

Rodinmass didaftarkan di British Virgin Islands. Adalah tidak masuk akal jika pihak FBI mengatakan mereka tidak mengetahui siapakah sebenarnya syarikat yang bernama Rodinmass, dengan alas an keselamatan. 
Memandangkan pegawai tunggal Wallyson’s adalah Rahman Taib, maka, Sarawak Report mengandaikan para pemilik dan pemegang saham-sahamnya juga adalah keluarga Taib, seperti di Sakti International. Maklumat yang ada pada pihak kami menyatakan Laila Taib adalah pemegang saham paling utama di Rodinmass.

Isteri Taib, adik-adiknya dan juga anak-anaknya semuanya dikaitkan dengan syarikat-syarikat di Amerika Utara tersebut. Bagi Sarawak Report, kini terpulanglah pada Taib sendiri untuk menafikan bahawa beliau tidak terlibat dalam pemilikan himpunan harta kekayaan itu- Harakah

Simbol Misteri Yang Menggemparkan Rakyat Malaysia Kini Terjawab!!!