Memaparkan catatan dengan label 1 Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1 Malaysia. Papar semua catatan

12 April 2011

Tiada tanda si Taib Mahmud akan undur, rakyat Sarawak tertipu!!

Bookmark and Share

kekayaan taib, keluarga Taib, kroni taib, Taib Mahmud, kroni taib, kroni UMNO, kroni umno perompak, Tok Uban, taib, KM Sarawak, BN sarawak, BN, 1 Malaysia, PRN Sarawak, pilihanraya sarawak,
KUCHING, 11 April – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud membayangkan beliau hanya akan bersara dalam “beberapa tahun lagi” - pendirian yang ditegaskan selepas 24 jam Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peralihan kepimpinan di Sarawak boleh disaksikan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri.

Pengundian pilihan raya negeri akan diadakan Sabtu ini.

Apabila masa itu tiba nanti, kata Taib (gambar), beliau mahu generasi muda Sarawak meneruskan sokongan kepada pemimpin yang akan mengambil alih kepimpinan negeri daripadanya.

Taib yang menerajui kerajaan negeri sejak 30 tahun lalu merupakan Ketua Menteri paling lama memegang tampuk kepimpinan Sarawak.

Kata Taib, sokongan mereka penting bagi memastikan segala usaha pembangunan dan kemakmuran yang ditempa untuk Sarawak dapat dilaksanakan.

“Apabila saya berhenti nanti dalam beberapa tahun (lagi), saya ingin hendak melihat generasi awaklah yang akan menyokong orang yang akan menyambut kuasa daripada saya memelihara Sarawak terus benar-benar maju dan benar-benar mewah sekali,” kata beliau ketika berucap pada konsert 1 Malaysia yang diadakan di Padang Merdeka di sini malam ini.

Najib juga hadir sama pada majlis malam ini.

Kenyataan Taib itu adalah bayangan pertama peralihan kuasa sejak isu itu timbul dalam pilihan raya negeri 2011.

Selepas mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 21 Mac lalu, Taib berkata, beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri ke-10 ini.

Malam tadi, dilihat seolah-olah sudah merasai rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Taib, Najib dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya.

Bagaimanapun kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak percaya jaminan Najib itu akan menjadi kenyataan memandangkan Taib pernah membuat janji untuk berundur tetapi tidak ditunaikan.

Berucap pada perhimpunan 1 Malaysia di stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini semalam, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN menggesa orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai.

“Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang,” kata Najib.

Najib berjanji bahawa perubahan dalam kepimpinan tertinggi sudah pun disusun dan “perubahan secara tiba-tiba” akan menyebabkan ketidaktentuan di negeri bumi Kenyalang itu.

“Tuan-tuan dan puan-puan, jangan risau. Kami telah mengadakan perancangan agar perubahan akan berlaku dalam kepimpinan tinggi Sarawak, sebagaimana telah dirancang dan perubahan yang telah disusun,” katanya lagi.

Najib memberi jaminan itu ketika kempen pilihan raya terus dibayangi dakwaan mengenai rasuah dan salah guna kuasa Taib, yang merupakan ketua menteri paling lama berkuasa itu.

Kepimpinan Taib genap 30 tahun pada 26 Mac lalu.

Taib turut menyeru generasi muda agar mempertahankan semangat 1 Malaysia yang subur di Sarawak.

Beliau juga mahu hubungan antara Sarawak dengan Semenanjung terus diperkukuhkan dengan sikap politik yang matang. TMI


Simbol Misteri Yang Menggemparkan Rakyat Malaysia Kini Terjawab!!!


20 Februari 2011

The Malaysian Gay Club di San Francisco .

Bookmark and Share


Kenapa ? tidak percaya dengan gambar diatas? Gambar diatas adalah gambar Pertubuhan Kelab Gay Malaysia yang beribu pejabat di San Francisco .
Kelab Gay Malaysia ini telah ditubuhkan pada Januari 1995 dan tarikh rasmi adalah pada 25 Mac 1995 selepas mesyuarat rasmi dibuat oleh En. Thomas Cheng.
"Who would have imagined that there were so many gay and lesbian Malaysians given the fact that Malaysia is a small, conservative and restrictive Muslim country. Ever since I met other Malaysians, we agreed that initially there weren't many other Malaysians other than ourselves who were openly gay or lesbian around. As our group grows, things are beginning to look very different." mgcsf
Apa yang "menariknya" mengenai kelab ini adalah kelab Gay Malaysia di San Francisco mengunakan Logo Rasmi mereka iaituBunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia sendiri dan secara tidak langsung mereka berupaya meningkatkan nama Malaysia di Persada Dunia .

Marching

Bertemakan dua perkataan yang membawa maksud yang sangat dalam sekiranya dibaca berkali - kali iaitu " Discover Malaysians " . [ anda mungkin faham apa yang Mr J fikirkan].

Di San Francisco , Gay ataupun semua yang "berkaitan" dengan hubungan sejenis adalah dibenarkan jadi tidak mustahillah sebilangan Rakyat Malaysia menikmati kebebasan tersendiri apabila berkerja , belajar mahupun bermaustatin tetap di sana.

Apakah reaksi dan tindakan Menteri Pelancongan ataupun mana - mana Menteri di Malaysia bila terbaca artikel ini , Adakah tindakan Kelab Gay Malaysia ini akan merosakkan imej Malaysia sebagai Negara Islam? ataupun Kelab Gay Malaysia harus diberi pujian seperti mana - mana badan asing , kerajaan ataupun persendirian yang mampu menaikkan Nama Malaysia sehingga dikenali .


llimlininguptomarch.jpg - 27952 Bytes

Satu sahaja semangat yang Mr J lihat baik dan perlu diambil contoh daripada ahli - ahli Kelab ini iaitu mereka sungguh bersemangat dan berbangga menjadi Rakyat Malaysia dengan membawa kain rentang yang dicorakkan bersama Bendera Malaysia biarpun berada di Negara asing , tidak seperti segelintir individu bila berhirjah ke Negara Asing dan bila ditanya ada yang tidak mengaku diri sendiri Rakyat Malaysia .

Mungkin dalam beberapa tahun yang akan datang Kelab Gay Malaysia ini akan menerima banyak ahli - ahli baru dan tidak mustahil Nama Malaysia akan terkenal dengan pelbagai jolokkan yang kurang enak untuk didengar.

Untuk melihat aktiviti ahli kelab ini anda boleh layari website rasmi mereka iaitu di www.mgcsf.org . Kandungan Website mereka juga bersih dan boleh dilayari kerana tiada unsur - unsur lucah disitu.



08 Februari 2011

Najib perlu "merenung lama di cermin"-John Malott

Bookmark and Share

Mantan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott mengecam kemunafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung slogan 1Malaysia dalam sebuah artikel pedas yang diterbitkan di Asia Wall Street Journal, hari ini.

Malott, seorang pengkritik kerajaan sejak menamatkan jawatannya selama tiga tahun sebagai duta besar Amerika pada tahun 1998, berkata Najib perlu "merenung lama di cermin" jika beliau serius mahu melihat matlamat 1Malaysia tercapai.

"Di sebalik slogan baru kerajaan, ketegangan perkauman dan agama hari ini adalah lebih tinggi hari ini berbanding ketika Najib dilantik pada 2009.

"Malah, ia lebih buruk daripada bila-bila masa sejak 1969, ketika sekurang-kurangnya 200 orang dibunuh dalam pergaduhan kaum antara masyarakat majoriti Melayu dan minoriti Cina," kata Malott dalam komentarnya di AWSJ.

Malott mempersalahkan peningkatan ketegangan kaum dan agama yang tercetus baru-baru ini kerana sikap "toleransi kerajaan dalam beberapa kes memprovokasi dan faksionalisme etnik melalui kata-kata dan tindakan kerajaan".

Sambil memberi beberapa contoh, beliau juga mengimbas kejadian di mana seorang pembantu kanan Najib - Hardev Kaur menyarankan supaya tidak ada salib dipamerkan semasa perdana menteri mengunjungi rumah terbuka hari Krismas di kediaman Paderi Besar Katolik Kuala Lumpur.




500,000 tinggalkan Malaysia


"Ms Kaur kemudian berkeras berkata saranannya itu satu permintaan dan bukannya arahan, seolah-olah seperti rakyat Malaysia boleh menolak permintaan daripada pejabat perdana menteri," keluh Malott.

Contoh lain berhubung ketidak sensitif kerajaan, kata Malott, termasuk tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien yang membela tindakan sekumpulan penduduk yang berarak membawa kepala lembu sebagai membantah pemindahan sebuah kuil Hindu di kawasan kejiranan mereka.

Malott juga menyentuh mengenai kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mempersoalkan "kurangnya patriotisme"di kalangan masyarakat Cina dan India di negara ini.

Turut dibidas bekas duta itu adalah akhbar Utusan Malaysia, milik Umno yang didakwa mencetuskan kebencian perkauman dengan secara teratur menyerang "ahli politik Malaysia berbangsa Cina dan bahkan mencadangkan seorang daripada mereka, ahli parlimen Teresa Kok, harus dibunuh".

Akibat ketegangan perkauman yang semakin memuncak, sebanyak 500,000 rakyat Malaysia meninggalkan negara itu antara tahun 2007 dan 2009 - jumlah itu kecam Malott, adalah lebih dari dua kali ganda jumlah profesional Malaysia yang tinggal di luar negeri.

Beliau juga berkata Najib terpikat untuk mempertahankan kumpulan pelampau seperti PERKASA yang secara terang-terangan menentang pembaharuan ekonomi atas nama 'ketuanan Melayu'. - Malaysiakini