Teks Kenyataan Dr Morsi, setelah beliau digulingkan ~ Pro Pas Blog

05 Julai 2013

Home » , , , , » Teks Kenyataan Dr Morsi, setelah beliau digulingkan

Teks Kenyataan Dr Morsi, setelah beliau digulingkan

Bookmark and Share

 dr morsi mesir terkini rampasan kuasa mesir pergolakan mesir demokrasi mesir



Assalamualaikum.

Apa yang berlaku di Mesir pada hari ini, dilihat oleh seseorang Muslim adalah berkenaan dengan hakikat-hakikat berikut, yang insha Allah dapat menyejukkan hati dan melapangkan dada mereka:

1. Ia adalah suatu ketentuan Allah Ta'ala yang mesti diterima oleh seseorang Muslim dengan dada yang lapang serta tidak membantah. Allah telah menentukan bahawa pertentangan yang berlaku antara hak dan batil akan terus berlaku hingga ke hari kiamat. Beberapa ketika giliran akan berada pada kebenaran, dan pada beberapa ketika yang lain pula akan tiba giliran kepada kebatilan. Namun, giliran kebatilan itu hanya untuk suatu tempoh masa singkat, adapun giliran kebenaran, ia akan berterusan hingga ke hari kiamat. Sesiapa yang redha, maka baginya keredhaan, namun bagi sesiapa yang marah dan tidak berpuas hati, maka baginya kemarahan dan ketidakpuasan hati itu. Tidaklah keredhaan itu bermaksud melainkan suatu penyerahan urusan kepada Allah Ta'ala, dan bukanlah ia bermakna kita bersikap mengalah terhadap kebatilan dan tidak melawan dengan segala cara yang berkemungkinan.

2. Berkenaan apa yang telah berlaku keatas Presiden Dr Muhammad Morsi (moga Allah memelihara beliau), ia benar-benar adalah suatu kezaliman dan jenayah atau kemelampauan yang nyata. Bahawa Allah SWT mewajibkan keatas diri-Nya yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi untuk membantu orang yang dizalimi walaupun hanya seketika. Bahawasanya Allah sedang mendengar dan melihat, dan sesungguhnya Allah itu lebih ghirah (cemburu) daripada para hamba-Nya yang soleh. Benar, Presiden Morsi mempunyai beberapa kesilapan (dan ia adalah tabiat seluruh insan), namun kesilapan-kesilapan itu, bagi masyarakat yang berakal, tidak sepatutnya membawakan penggulingan presiden.

3. Bagi golongan yang bersorak gembira terhadap penggulingan Presiden, maka mereka terdiri daripada beberapa golongan:

- Pertama: Segolongan daripada orang yang soleh lagi baik namun mereka tidak memahami risiko penggulingan Presiden dan mereka itu sedang dalam kealpaan yang nyata dan kefahaman yang cetek. Maka bagi golongan ini, kita memohon kepada Allah agar dikurniakan mereka petunjuk hidayah, dan seterusnya mereka sendiri akan menyaksikan dengan mata kasar mereka bahawa mereka telah tersilap atas perbuatan mereka itu.

- Kedua: Segolongan besar daripada golongan samseng yang menjual agama mereka dengan keuntungan dunia yang sedikit, dan mereka adalah hamba kepada sesiapa sahaja yang membayar mereka. Maka bagi golongan ini, usahlah kalian memenatkan diri untuk berbalah dengan mereka, kerana mereka itu lebih rendah dan hina daripada itu.

Ketiga: Mereka adalah pembuat kerosakan daripada kumpulan Parti Kebangsaan yang korup, dan mereka adalah pembuat kerosakan di muka bumi, pengikut mereka adalah sebahagian pihak media, para hakim, pihak polis, ahli-ahli perniagaan, dan yang seumpama mereka. Maka bagi golongan ini kita katakan kepada mereka, tenang sebentar kerana kehinaan akan mencukupkan kalian. Malulah kalian kerana berdiri bersama pihak kebatilan yang menentang kebenaran sedangkan kalian mengetahui dengan pasti siapakah pihak yang benar dan siapakah pihak yang batil. Adakah kalian menyangka bahawa Allah lalai daripada tipu daya kalian dan apa yang kalian perbuat pada waktu siang dan malam? Jauh sama sekali. Sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikan kalian. Maka ketawalah sebentar, namun ketahuilah bahawa orang yang zalim itu sedang berputar pada suatu putaran, dan kalian akan mengetahui beritanya pada kemudian waktu. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk keatas tipu daya orang-orang yang khianat.

Keempat: Beberapa individu dan negara yang menzahirkan kegembiraan terhadap apa yang berlaku dan berdiri bersama kebatilan malah membantu dan memberikan sandaran kepada mereka dengan segala cara, maka pada golongan ini kita katakan, adakah kalian percaya bahawa dengan pendirian kalian bersama kebatilan ini akan dibalas oleh Allah terhadap kalian dan dalam beberapa waktu lagi kalian akan dijadikan suatu peninggalan sejarah, sepertimana yang diucapkan oleh Nabi SAW, "Sesungguhnya Allah membiarkan orang yang zalim itu sehingga apabila Allah mengambil mereka, maka mereka tidak akan terlepas."

4. Adapun bagi saudara-saudara kita yang soleh daripada rakyat Mesir yang bertahan di persekitaran Masjid Rabi'ah dan tempat-tempat lain, bersabarlah dengan kesabaran yang indah, serta jauhilah daripada tergelincir kepada pertumpahan darah dan pertempuran. Sesungguhnya itu adalah sesuatu yang diinginkan oleh musuh-musuh kalian. Maka bersamalah kalian dengan para guru-guru dan cerdik pandai kalian, dan bermesyuaratlah bersama mereka untuk perancangan gerak langkah kehadapan, serta jauhilah kalian daripada hanya bertindak berdasarkan emosi semata, tanpa memasakkannya dengan asas syariat serta pandangan akal yang sejahtera.

5. Bagi saudara-saudara kita orang-orang soleh di serata dunia yang sangat bersedih dan berkongsi keperitan terhadap apa yang berlaku (dan bilangan mereka adalah ratusan juta manusia), maka ingin saya katakan kepada kalian, peliharalah ketinggian semangat dan kekuatan jiwa kalian, serta usahlah kalian merasa musnah atau lemah serta berpaling tadah dan kembali kepada yang lama, atau kalian meninggalkan dakwah kepada Allah Ta'ala dan beramal untuk agama-Nya. Perkara-perkara tersebut, sekiranya ia berlaku, maka ia adalah sesuatu yang benar-benar diinginkan oleh para musuh Islam dalam kalangan kalian. Maka patahkan serta kecewakanlah andaian dan tanggapan mereka, serta ketahuilah bahawa kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. Sesungguhnya betapa ramai insan sebelum kalian yang telah ditimpa dengan sesuatu ujian, namun mereka tidak menjadi lemah kerana ujian yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula mereka menyerah (kepada musuh). Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang sabar.

Maka saya memohon kepada Allah agar melindungi dan memelihara kita semua, dan membantu kita kearah perkara-perkara yang memperoleh kecintaan dan keredhaan-Nya, serta diperlihatkan kepada kita akan kebenaran dan merezekikan kita untuk mengikutinya, juga memperlihatkan kepada kita akan kebatilan dan menjauhkan kita daripadanya.

Dr M[truncated by WhatsApp]
Terjemahan teks Dr Musa alSharif


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih