Eskay pakai baju kalis peluru masa bersumpah
“A’uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim (diucap tiga kali), Wallahi, Wabillahi, Watallah. Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: ‘A’uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut’.”“Sekiranya aku berlaku fitnah maka Allah akan melaknat akanku,” kata Shazryl ketika melafazkan sumpah laknat itu dengan memegang al-Quran
KUALA LUMPUR, 29 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks — di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini — selepas dibatalkan dua jam sebelum itu ekoran kekecohan.
“Datuk T” itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang.
Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang ekoran kekecohan selepas solat Jumaat tadi.
Sebaik sahaja berada dalam ruang solat, ketiga-tiga “Datuk T” menunaikan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat.
Mereka yang turut memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang penyokong Pakatan Rakyat yang turut berada dalam upacara itu tiba di Masjid Amru al-As pada pukul 4.10 petang sebelum meninggalkan masjid kira-kira 4.25 petang, sebaik sahaja upacara itu selesai.
Kesemua mereka bagaimanapun tidak memberikan komen ekoran nasihat polis yang meminta mereka beredar.
3 Ulasan :
Aku harap polis jaga keselamatan dorang, PKR PAS cam haram jadah.
Tak nampak pun si nuar. Mcm2 fatwa guna nak elak sumpah laknat ye ko nuar.
April 29, 2011 4:53 PM
Anonymous Anonymous said...
ALLAHU AKBAR DAN AL HAMDU LILLAH,
KEBENARAN AKAN ALLAH SWT TUNJUKKAN LAGI BAGI MEREKA YANG TERANIAYA DAN BENAR. sUMPAH LAKNAT BUKAN MAIN MAIN KERANA IA NYA BERSAKSIKAN ALLAH SWT DAN HARI INI IANYA TELAH DILAKUKAN OLIH DATO ESKAY.
KAMI RAKYAT MALAYSIA TENGAH MENUNGGU SANGAT BILAKAH MASA NYA DATO SRI ANWAR HENDAK BERSUMPAH LAKNAT? DARIPADA MEMBERIKAN BANYAK SANGAT ALASAN DEMI ALASAN APA SALAH NYA DATO SRI ANWAR BERSUMPAH BERSAKSIKAN ALAAH SWT? kENAPA SUSAH SANGAT????
KITA TUNGGU LAH TAK LAMA LAGI MACAM MACAM LAGI PETUNJUK DEMI PETUNJUK DARI ALLAH SWT AKAN DI PAPARKAN DIDEPAN KITA. INSYALLAH.
ALLAH MAHA BERKUASA.
HIDUPKU, MATIKU ADALAH KERANA ALLAH SWT.
SYABAS DATO ESKAY BERANI KERANA BENAR DAN TIDAK SANGGUP LAGI BERSEKONGKOL LAGI DENGAN PERBUATAN MANUSIA YANG BERSIFAT MUNAFIQ ANUGERAH IBLIS.
April 29, 2011 4:54 PM
bahalol....lain kali ikut hukum Islam,jgn ikut akal sendiri...mana ada dlm Islam sumpah laknat..bodoh...
Dalam Islam ada Qazaf...sumpah li'an cuma utk suami isteri..
mazhab mana lu orang ikut...
lain kali belajar agama sampai peringkat tinggi...jgn org kata a lu orang ikut kata a....satu lagi...pakai baju kalis peluru takut org ker takut kena petir? sapa provide kalau bukan polis... Polis pun syubahat dlm kes nie...teruk dah malaysia nie...bala tuhan kalau nak sampai org tak berdosa pun kena sekali...
Celaka korang semua yg menyokong Eskay!!!
Bala Allah akan dtg dan kami juga terpaksa menanggung bala perbuatan kamu semua...
Celakalah kamu!!!
Celakalah Kamu!!!
Celakalah Kamu!!!
Ya'Allah tuhan yg mentadbir sekelian Alam..
Aku bersaksi bahawa Aku tidak sekali-kali meredhai Kefasikkan INI..
Jgnlah kau temukan aku dgn mereka dan perintahkanlah Malaikat2mu yg garang lagi bengis agar menahan mereka dari bertemu Rasulullah s.a.w dimahsyar kelak..
Sesungguhnya aku bukan dikalangan mereka dan mereka bukan dikalangan aku..
Fasayaqfi Kamumullah Wahuwassami ul Alim!!!
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih