Eskay selesai sumpah laknat ~ Pro Pas Blog

29 April 2011

Home » , , , , , , , » Eskay selesai sumpah laknat

Eskay selesai sumpah laknat

Bookmark and Share

Datuk Eskay, Datuk T, Shuib Lazim, Thamby Chik,sumpah laknat, trio Datuk T, Anwar Ibrahim,  DSAI,
TRIO Datuk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim hadir di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan seorang wanita dipercayai warga asing. Majlis itu dibuat bermula kira-kira jam 4.15 petang tadi dan tamat jam 4.25 petang. - Foto BH Online




Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar BarSentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat.

Beliau tiba bersama dua lagi anggota tiro Datuk T - bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Eskay memberitahu media yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Bagaimanapun, penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin berkumpul di masjid itu selepas solat tadi sambil bertakbir dan melaungkan "kami mahu qazaf, bukan sumpah".

Mereka juga turut melakukan solat hajat dan berdoa supaya mereka yang membuat fitnah terhadap Anwar.

Selepas masuk melalui pintu belakang masjid, Eskay mengerjakan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat yang berbunyi.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku bersumpah aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video itu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu. Sekiranya aku memfitnah, Allah akan melaknat akan ku."

Sebelum itu, seorang ustaz dipercayai penyokong PKR, menasihatkan Eskay supaya jangan melakukan sumpah laknat tersebut.

Lepas Eskay melakukan sumpah laknat itu, berlaku kekecohan apabila beberapa penyokong AMK melaungkan "tolak, tolak, tolak fitnah".

Bagaimanapun, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis.

Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid.- Malaysiakini


1 Ulasan :

BZ berkata... [Balas]

Puakx ini begitu tekad untuk penjarakan DSAI kembali walau
pun dengan cara yang begitu jijik sekali.Namun PR akan tetap mara walaupun tanpa DSAI.PR mempunyai pemimpinx
yang jauh lebih baik (BERSIH) dari pemimpin BN untuk menerajui Negara.Yang pasti tumbangkan BN pada PRU kelak!!

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih