Pita seks: Anwar buat laporan polis ~ Pro Pas Blog

22 Mac 2011

Home » , , , , » Pita seks: Anwar buat laporan polis

Pita seks: Anwar buat laporan polis

Bookmark and Share




Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam.

Beliau diiringi tidak kurang 30 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam 10.45 pagi.

Anwar, pada sidang media petang semalam, menafikan lelaki yang mirip wajahnya dalam video 17 minit yang dipaparkan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah hotel yang tidak dikenali, adalah dirinya.

Hadir sama, ahli parlimen dan pemimpin PKR lain seperti R Sivarasa, Tian Chua dan M Manikavasagam, setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, naib presiden PKR N Surendran dan ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

Anwar kemudian masuk ke balai polis dengan ditemani Surendran, ketua biro undang-undang PKR, Latheefa Koya dan peguam Fadiah Nadwa Fikri.

Penyokongnya yang menanti di luar membawa dua sepandulkyang melabelkan video berkenaan sebagai 'Fitnah II++' dan tertera perkataan 'bangun wahai rakyat... bangun demi keadilan'.

Di samping itu mereka juga melaungkan “Reformasi” dan “Hancur BN”.- Malaysiakini


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih