Hebat Datuk T: takkan serah video lucah kat polis. ~ Pro Pas Blog

22 Mac 2011

Home » , , , , , , » Hebat Datuk T: takkan serah video lucah kat polis.

Hebat Datuk T: takkan serah video lucah kat polis.

Bookmark and Share


Pita video seks yang didakwa memaparkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan diserahkan kepada polis, menurut satu email yang didakwa ditulis oleh Datuk T dan diedarkan di kalangan wartawan hari ini.

Sebaliknya, dalam email itu, Datuk T berkata beliau bersedia menyerahkan video tersebut untuk diperiksa oleh 'suruhanjaya awam' yang dianggotai oleh pengamal media dan NGO.

Datuk T berkata keputusan itu diambil selepas Anwar membuat laporan polis pagi ini bagi menafikan sebarang pembabitannya.

Katanya, jika klip video berkenaan diserahkan kepada polis, Anwar akan mendakwa pihak berkuasa berkonspirasi menentangnya jika keputusan yang dibuat tidak menyebelahinya.

“Justeru, saya memutuskan tidak menyerahkan rakaman itu kepada pihak berkuasa. Saya akan serahkannya kepada suruhanjaya awam yang dianggotai oleh media dan NGO,” petik email itu.

“Saya jangkakan beliau dan isterinya tidak berminat menerima salinan rakaman itu daripada saya Isnin depan.

“Oleh demikian, saya meminta mereka di kalangan media dan NGO untuk dengan segera membentuk suruhanjaya awam yang bebas bagi menyiasat ketulenan pita itu.

"Suruhanjaya itu boleh membawa pakar forensik daripada mana-mana negara bagi menentukan ketulenan rakaman berkenaan,” katanya.

Menurut Datuk T, beliau juga akan menyerahkan jam tangan Omega yang didakwa dimiliki oleh ahli politik tersebut yang tertinggal di sebuah bilik hotel di mana rakaman itu dibuat.

“Suruhanjaya itu boleh menghantar jam berkenaan kepada pakar forensik bagi menentukan sama ada DNA yang terdapat pada jam itu sepadan dengan Anwar,” katanya.

Bagaimanapun ketulenan email tersebut juga tidak dapat dipastikan dan dipercayai diedarkan oleh wartawan kanan daripada sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris, beberapa jam selepas laporan polis Anwar dibuat.-Malaysiakini


3 Ulasan :

Tanpa Nama berkata... [Balas]

apa yang pasti diberitakan isteri-isteri kepada suami-suami yang menuntun video tersebut telah menjadi mangsa dibilik tidur.

sniper berkata... [Balas]

Kepada Kawan-Kawan semua, tidak perlu lah kita terlalu eksterim tentang perkara ini...ini semua kerja seorang manusia (Dato Toyol) yang 'desperate' dengan hutang bank atau hampir muflis yang mencari RM cara mudah...itu saja. Macam ane Gozilakrish...

Tanpa Nama berkata... [Balas]

selidiklah, kalau salah alhamdullilahh, kalau betul ambil tindakan, ni benda yg ditulis pasal datuk t tak akan serah kan video pada polis pun dah terbukti tak benar, kenapa perlu fitnah, siasat lah betul2 kan?

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih