Ada 18 video seks Anuar Ibrahim -Ummi Hafilda ~ Pro Pas Blog

23 Mac 2011

Home » , , , , , , , » Ada 18 video seks Anuar Ibrahim -Ummi Hafilda

Ada 18 video seks Anuar Ibrahim -Ummi Hafilda

Bookmark and Share

ALOR SETAR - Bukan satu tetapi 18. 


Itulah jumlah rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang. 

Individu yang mendakwa demikian, Ummi Hafilda Ali berkata, apa yang didedahkan oleh seseorang dikenali sebagai 'Datuk T' kepada wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara di ibu negara kelmarin, adalah satu daripada 18 rakaman itu.: 

"Bukan itu saja, sebenarnya ada lagi," kata Ummi Hafilda, kemudian mengakui beliau tahu siapa dalang di sebalik pembikinan video berkenaan. 

Menurutnya, dalam video itu, individu terbabit bukan sahaja melakukan hubungan seks dengan beberapa wanita termasuk pelacur, malahan juga lelaki.: 

"Sebenarnya, saya sudah tahu mengenai perkara ini 13 tahun dulu lagi," katanya pada sidang media sejurus selepas permit ceramahnya yang dijadualkan di Dewan Orang Ramai Taman Wira Mergong, di sini, semalam dibatalkan pada saat akhir akibat bantahan Kerajaan Negeri. 

Menjawab pertanyaan, Ummi Hafilda berkata, beliau tidak mendedahkan mengenai hal itu sebelum ini kerana masa belum sampai. 

"Sekarang adalah masa yang sesuai untuk didedahkan supaya rakyat sedar mengenai tembelang pemim�pin berkenaan," katanya. 

Ditanya sama ada kemunculan video seks itu ada kaitan dengan pilihan raya Sarawak, Ummi Hafilda berkata, adalah tidak wajar mengaitkan isu itu dengan pilihan raya, kerana yang lebih penting adalah pelaku dan apa yang didedahkan. 

Mengulas mengenai penafian Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pembabitan beliau dalam skandal seks yang didedahkan kelmarin, Ummi Hafilda berkata, Anwar harus bertindak lebih tegas sekiranya individu yang dimaksudkan itu bukan dirinya. 

“Jika pelaku itu kata ianya fitnah dan dakwaan itu tidak betul, konon ada konspirasi menjatuhkannya, saya sarankan dia buat laporan polis atau saman malu terhadap Datuk T. Negara kita ada undang-undang dan sistem kehakiman yang telus, biar beliau diadili seadilnya,” katanya. 

Ummi Hafilda turut mempertikai keengganan Anwar membuat laporan polis, termasuk menyerahkan sampel profil DNA yang berkaitan dengan perbicaraan kes liwatnya, jika beliau berada di pihak yang benar. 

“Usahlah berlakon lagi, jangan asyik putar belit fakta, buktikan diri tidak bersalah. Saya baru dedahkan 40 peratus sahaja apa yang saya tahu, dan banyak lagi bukti lain yang saya ada dan akan didedahkan jika Anwar terus buat helah,” katanya. 

Ummi Hafilda turut mencabar Anwar dan Timbalan Presiden PKR yang juga abang kandungnya, Azmin Ali supaya membuat sumpah laknat di masjid bagi membuktikan kebenaran. 

“Saya juga ada ‘peluru berpandu’ yang boleh jatuhkan gabungan Anwar-Azmin, namun sebagai adik, saya masih ada perikemanusiaan pada abang saya. Namun jika mereka terus menerus berdegil, saya putuskan untuk buat siri jelajah dan dedahkan dalam ceramah,” katanya. SH


5 Ulasan :

mafia sondol berkata... [Balas]

Salam, apa punya merapu pompuan gila lagi tahap gaban nih..apa punya poyo dia nih..nak kata ceramah tak juga,berucap jauh sekali,berpidato tak juga...yg sure dia nih tengah gersang lagi pokai...cakap merapu dan sesiapa yg mendengarnya pastilah penonton yg dibayar oleh Umgok...Kalau Umgok nak publisiti dan meraih undi carilah penceramah yg berkualiti lagi berilmu dan dapat berceramah tentang hal ehwal ekonomi,agama dan bagaimana nak naikkan taraf kehidupan rakyat Malaysia amnya, ini tidak semuanya bercakap tentang hal dalam kelambu dia...Dia ni perempuan jenis apa yek..???Kata perempuan yg ada maruah tapi bercerita serta mengaibkan org tu kira ada maruah ke..?? Atau dia nih memang kuda tunggangan UMgok,tapi nak tunggak apa lagi yek..coz manisnya ada lagi ke...??
Wa nasihat dia nih agar bertaubat n tanya pada diri apa bekalan dia utk hari akhirat..??

Tanpa Nama berkata... [Balas]

Bagus sangat kah betina ini? Dari dulu kita dah "kenali" dia.Kesian,inilah betina akhir zaman.Malang sekali kalau lah betina ini yang mencerminkan wajah wajah sebenar rumpun melayu.

Jembalang pun mungkin lagi baik.


GONZALES
Ex Green Beret

Tanpa Nama berkata... [Balas]

siapa wanita ini sebenarnya nama saja cantik tetapi hati busuk...kalau hanya untuk dapat habuan projek atau apa apa tak payahlah...kalau saya masih dalam pdrm dulu ...orang orang macam ini perlu ditangkap untuk buat siasatan dan rendam dalam ais.cakap ada bukti bagi la dekat polis..tak payah pergi keseluruh negara ceramah ,kalau lah pacam tu perangai manusia.wanita pulak tu.hati busuk munkin yang lain dilam lagi busuk

Tanpa Nama berkata... [Balas]

jenis pembangkang xdak otak..klu kna batang idung sdiri mmg x mngaku slh..tp tiap2 hari komplem org len mcm diri bguz sgt..

Tanpa Nama berkata... [Balas]

kau orang cakap ikut sedap mulut je..kurangnya org tu berani sebut nama, tunjuk diri nak tegakkan kebenaran, kau org adaaa...mcm aku jgakkkkkk.....cakap plk pasal akhirat, kau dah sedia ke????? asyik nk maki org je pie daaa..org macam ni selalunya dia dia yg msk neraka dlu..kah..kah..kah..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih