Rupanya Bob Lokman cicit Tok Kenali ~ Pro Pas Blog

21 Februari 2011

Home » , » Rupanya Bob Lokman cicit Tok Kenali

Rupanya Bob Lokman cicit Tok Kenali

Bookmark and Share

KOTA BHARU, 21 Feb 11: Bob Lokman, adalah cicit ulama terkenal Kelantan iaitu, Tok Kenali. Hari ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, mengalu-alukan kemasukan Bob Lokman artis terkenal negara yang juga penulis lirik lagu 'berhantu' Isabela. Beliau Bob Lokman kini telah menjadi ahli PAS.

Ketua DPP Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, juga turut mengucapkan tahniah di atas keberanian artis terkenal yang juga berasal dari Kelantan itu. Menurutnya, penerimaan artis itu untuk bersama PAS cukup membuktikan parti yang memperjuangkan Islam itu tidak pernah menutup pintunya untuk mana-mana artis.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan keputusan yang diambil Bob Lokman, memandangkan latarbelakang artis itu merupakan cicit ulama terkenal Kelantan iaitu, Tok Kenali.

“Apapun tahniah kami ucapkan di atas keputusan yang diambil dan berharap beliau mempertahankan sebaik mungkin keputusan yang diambil.

“Kita juga berharap beliau akan menjadi ikon kepada generasi muda dalam memilih cara hidup yang baik,”ujarnya.

Semalam, Bob Lokman telah membuat kejutan besar pada majlis Himpunan Pemuda PAS 30k bersama pimpinan tertinggi Pemuda PAS. Tidak cukup dengan itu beliau telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah.

-ibnuhasyim.com


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih