Update. Keputusan Pilihanraya kampus - Gelombang Mahasiswa ~ Pro Pas Blog

22 Februari 2011

Home » , , » Update. Keputusan Pilihanraya kampus - Gelombang Mahasiswa

Update. Keputusan Pilihanraya kampus - Gelombang Mahasiswa

Bookmark and Share

Kebangkitan Mahasiswa Di Seluruh IPTA- Pro M Kuasai IPTA

Keputusan tak rasmi: Pro Mahasiswa menang di UKM


KUALA LUMPUR: Kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) menang 23 dari 37 kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya kampus (PRK) 2011 bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurut keputusan yang dimaklumkan Ketua Jentera Pro Mahasiswa UKM, Mohammad Ismail Aminuddin, sehingga jam 12 tengah malam tadi, jentera Pro-M menang kesemua lima kerusi umum bagi tahun tiga dan empat. Sementara bagi kerusi umum tahun satu dan dua, Pro-M menang dua kerusi dari tujuh yang dipertandingkan.

“Tetapi kita masih belum dimaklumkan baki 16 lagi kerusi yang dimenangi Pro Mahasiswa,” kata Ismail kepada KeadilanDaily.com.

Ismail menjelaskan, pihaknya kini sedang mengemukakan bantahan rasmi berhubung tindakan berat sebelah pengerusi jawatankuasa pelaksana majlis pemilihan perwakilan pelajar, Musa Zainal yang membenarkan dua orang calon Pro Aspirasi bertanding, walaupun tidak layak bagi PRK ini.

“Ini kerana syarat utama untuk bertanding ialah setiap calon diwajibkan menghadiri bengkel pilihanraya. Dalam kes ini, calon dua Pro M tidak dibenarkan bertanding. Tetapi untuk calon Pro Aspirasi, mereka dibenarkan,” kata Ismail.

Berikutan itu, kira-kira 500 pelajar mengadakan demonstrasi membantah tindakan tersebut di Dataram Gemilang, berhampiran Dewan Gemilang tempat diumumkan keputusan rasmi bagi PRK UKM kali ini.
(KeadilanDaily.com.)

Keputusan Lain
.
: Pilihan Raya Kampus 2011 :. Keputusan Pro Mahasiswa :
UM : MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]

UKM : MENANG [Menang 22 dari 37 kerusi] [UKM -GMUKM rampas kembali kerajaan mahasiswa daripada Aspirasi selepas 7 tahun menunggu. Menang 22 kerusi daripada 37 kerusi yang dipertandingkan]

UMK : MENANG [Menang 8 dari 12] [UMK - Pro Mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya menguasai 8 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Pro Mahasiswa berjaya membina kerajaan di UMK. Syabas !]

UPSI: MENANG [Menang 11 dari 18 kerusi]

USIM: MENANG [Menang bersih] [USIM - Calon mahasiswa menang tanpa bertanding kesemua 14 kerusi fakulti dan menang kesemua 8 kerusi UMUM. Kerajaan mahasiswa berjaya dibina di USIM]

UMS : MENANG  [UMS KAL - Pro Mahasiswa berjaya memenangi 3 kerusi daripad 6 kerusi yang dipertandingkan]

UPM : KALAH [Menang 11 dari 43 kerusi]  [UPM - Aspirasi berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan mereka di UPM apabila memenangi majoriti kerusi di UPM. Pro Mahasiswa UPM berjaya memenangi 11 daripada 43 kerusi yang dipertandingkan]

UTM: KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi]  [UTM - Aspirasi berjaya memenangi pilihan raya kampus UTM apabila telah memenangi 38 daripada 56 kerusi. Pro Mahasiswa UTM berjaya memenangi 12 kerusi manakala 5 kerusi telah dimenangi oleh bebas]



Laporan keputusan PRK UPSI

CALON UMUM

1.Amirul Afzan b. Norakim (3947)
2.Aman Yasser b.Pramlee (3800 )
3.Mohd Zahar Mohamed Nor (3411 )
4.Muhammad Afiq Fikri b. Mislan (2921)
5.Mohd Faizal b. Amir (2305 )

CALON FAKULTI

Fakulti Sains dan Kemanusiaan (FSK)

1.Ahmad Rusydan b. Sidek (933)
2.Lasmi b. Lukito (1111)


Fakulti Sains dan Matematik (FSM)

1.Nurfasihah bt. Zakaria (540)
2.Noor Hazimah Husan bt. Mohd Johar (515)


Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)

1. Muhammad Azli bin Md Ali (517)
2.Nurfatin Nadia bt. Zulkipeli (427)

Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE)

1.Nursuhaila bt. Alias (359)
2.Mohd Fauzi b. Mandon (326)

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV)

1.Ahmad Muhaimin bin Mohd Taib.
2.Nurain Balqis bt. Ismail


Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP)

1.Shahrael bin Abdul Kassim (84)
2.Siti Nur Salwa binti Kosnan (80)

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM)

1.Mohd Shahril bin Khasin
2.Norhidayah binti Harun

Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK)

1.Mohd Hafiz Amirul bin Amat
2.Zulfadzli Iman bin Naim

Fakulti Seni Komputeran & Industri Kreatif (FSKIK)

1.Mohd Saufi b. Harun
2.Wan Mohd Razuha bin Wan Md Zuhaidi


Keputusan rasmi PRK ini hanya akan diumumkan setelah tempoh bantahan esok bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Upsikini memohon maaf atas kelewatan laporan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

(upsikini.blogspot.com)



Pusat Pengajian Sains Kesihatan (USMKK)

Saudari Malihah 603 undi (menang)
Saudara Rausyan 506 undi
Saudara Izwan 573 undi (menang)
Saudari Bayti 188 undi

Pusat Pengajian Sains Perubatan

Saudari Fathirah 729 undi (menang)
Saudari Salwa 620 undi (menang)
Tap Mei Leng 401 undi

UMUM

Saudara Kumareswaran 877 undi
Saudari Shairah 1252 undi (menang)

Pro- M Menang semua kerusi


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih