RTM tak kisah keluahan peminat bola sepak tempatan - Desak Rais Undur!!! ~ Pro Pas Blog

22 Februari 2011

Home » , , , » RTM tak kisah keluahan peminat bola sepak tempatan - Desak Rais Undur!!!

RTM tak kisah keluahan peminat bola sepak tempatan - Desak Rais Undur!!!

Bookmark and Share

RTM tak ambik kisah keluahan peminat bola sepak tempatan


Apakah makna sebenar “majulah sukan untuk negara” ? Adakah bermaksud Atlet Sukan semakin kaya ( bonus melimpah dari kerajaan ) dan RAKYAT MALAYSIA semakin menderita ? Menderita kerana perlu MEMBAYAR sejumlah wang hanya untuk menonton sukan tempatan di negara sendiri terutama “BOLA SEPAK TEMPATAN” yang mutunya masih mengecewakan.

Pihak tertentu seharusnya PEKA terhadap isu ini, adakah motto “majulah sukan untuk negara” bermakna semakin maju sukan tersebut maka RAMAILAH manusia yang buat BISNES dan MANGSANYA adalah RAKYAT MALAYSIA sendiri yang menderita untuk menonton sukan tempatan.

Pihak kerajaan juga seharusnya membuat siaran sukan dengan PERCUMA terutama bola sepak malaysia kerana masih ramai RAKYAT MALAYSIA yang tidak berkemampuan untuk membayar siaran sukan yang sangat mahal yang mereka rasa tidak berbaloi langsung hanya kerana ingin menonton BOLA SEPAK.

Di Indonesia & Thailand, rakyat mereka tidak perlu membayar langsung untuk melihat sukan di negara mereka terutama bola sepak tempatan dan luar negara namun di negara kita pula atas dasar Sukan Semakin Maju maka rakyat harus MEMBAYAR untuk menonton siaran langsung bola sepak terutama bola sepak malaysia.

Pihak kerajaan harus PEKA terhadap masalah RAKYAT ini, walaupun beban bil siaran tv swasta meningkat 6% namun Rakyat Malaysia masih lagi TERPAKSA untuk melanggan dek kerana terlalu minat dengan bola sepak tempatan dan luar negara.

kelantanfa.com


1 Ulasan :

Tanpa Nama berkata... [Balas]

Saya saran kan kita sume boikot Maxis dan Astro sebab Ananda Krishnan tidak berjiwa Rakyat...Hanya tahu kaut untung selagi boleh tibai dia sapu hatta dari rakyat sendiri...Depa mana mau rugi... Tak sedar di Untung...Sudah lah depa ni merosakkan perniagaan pengendali lain...MCMC buat Apa? Pak MENTERI buat apa...dia boleh kata la depa tu Syarikat SWASTA...TELEKOM dulu mcm mana Ya depa tu SYARIKAT GLC kerajaan punya....BINAWER punya MENTERI...Abih kakitangan TELEKOM ni KULI Kaaaa.....SAYA SARANKAN KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA BOIKOT MAXIX DAN ASTRO AYUH BANGKIT RAKYATKU.....

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih