Pro-M Nafi Dakwaan Datuk Naib Canselor UM ~ Pro Pas Blog

22 Februari 2011

Home » , » Pro-M Nafi Dakwaan Datuk Naib Canselor UM

Pro-M Nafi Dakwaan Datuk Naib Canselor UM

Bookmark and Share


Universiti Malaya : Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Naib Canselor UM, Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon semalam mengenai ‘bantuan’ daripada ibu kepada calon Umum Pro-M yang telah kembali ditemui setelah hilang 33 jam ternyata mengundang kemarahan ramai pihak.

Semalam (link), Datuk NC mendakwa bahawa Puan Mariam Abdul Rashid, ibu kepada Masturah Binti Abu Bakar telah membantu dalam kempen Pro-Mahasiswa apabila beliau hadir ketika berlangsungnya solat hajat perdana yang dianjurkan oleh Pro-Mahasiswa pada Ahad (Malam).

Dan diberitakan Puan Mariam turut ‘berceramah’ pada malam itu.

Profesor Datuk Ghauth Jasmon ternyata kesal dengan situasi yang berlaku dan mengaitkan Pro-Mahasiswa UM telah menggunakan pengaruh politik luar untuk membantu kempen mereka.

Menurut jurucakap Pro-M UM, Sabri Jamaluddin, beliau mewakili pihak Pro-M UM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

“Saya tidak setuju dengan kenyataan Datuk Naib Canselor terhadap Ibu Masturah. Ibu Masturah tidak membantu Masturah untuk berkempen sepanjang tempoh dia hilang.

“Tetapi datang kerana ingin memberi semangat kepada rakan-rakan Masturah yang risau akan keselamatan Masturah.”, jelasnya menafikan dakwaan Datuk NC UM.

Sementara itu, Pengerusi Pro-M UM, Farid Jalpah pula menyatakan bahawa kehilangan Masturah Abu Bakar ketika berkempen di luar kampus mempunyai perkaitan dengan politik luar.

“Saya ada bertanyakan beberapa sumber maklumat, siasatan menunjukkan misteri kehilangan Masturah mempunyai perkaitan dengan pengaruh politik luar.”

“Dan saya percaya terdapat ‘tangan-tangan ghaib’ dalam pihak tertentu terlibat dalam kes ini. Cumanya, siasatan lebih lanjut masih dijalankan dan saya sendiri masih belum tahu siapa pesalah sebenar dalam kes tersebut.” – UMkini.


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih