Liwat II: 10 DNA lelaki pada tubuh Saiful- Dr Seah ~ Pro Pas Blog

18 Februari 2011

Home » , , » Liwat II: 10 DNA lelaki pada tubuh Saiful- Dr Seah

Liwat II: 10 DNA lelaki pada tubuh Saiful- Dr Seah

Bookmark and Share



Liwat II: Ada 10 DNA Pada Tubuh Saiful - Dr Seah

KUALA LUMPUR, 18 FEB: Suasana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bertukar menjadi hangat apabila digemparkan dengan pengakuan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong bahawa sample DNA yang diambil daripada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mungkin membabitkan 10 lelaki.

"Terdapat kemungkinan DNA yang ditemui pada sample yang diperiksa datangnya daripada 10 orang lelaki," kata Dr Seah dalam keterangannya pagi tadi ketika menjawab soal balas daripada peguam Karpal Singh.

Terdahulu, mahkamah semalam digemparkan dengan penemuan tiga DNA lelaki pada calitan yang diambil daripada tubuh Saiful, juga yang diakui oleh Dr Seah.

Pasukan peguam Anwar juga berjaya dalam bantahan mereka menolak dokumen tambahan dalam laporan kimia pada awal perbicaraan semalam kerana perbezaan ketara dengan dokumen yang diterima pada awal perbicaraan.

Justeru, Karpal meminta mahkamah menolak laporan Elektropherogram yang dibentangkan semalam berdasarkan keterangan Dr Seah.

Dr Seah turut mengakui tidak menjalankan ujian perbandingan profil DNA laporan tersebut dengan kapas pengesat DNA milik Saiful.

Seorang lagi peguambela Ram Karpal berjaya menimbulkan keraguan umum apabila soalan beliau mendapati Dr Seah tidak arif dalam penggunaan perisian Gene Mapper.

Perisian ini digunakan untuk mendapatkan keputusan laporan elektrophenograf yang dibentangkan semalam.
-tvsnews-


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih