Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menyifatkan Presiden Mesir, Husni Mubarak sebagai ‘mula menyembelih rakyatnya sendiri’ selepas tercetusnya pertempuran berdarah antara penyokong presiden Mesir itu dan para peserta demonstrasi pada Rabu, 2 Februari 2011 di Medan Tahrir.
Beliau disifatkan sedemikian kerana pertempuran itu berlaku selepas 9 hari majoriti rakyat Mesir berdemonstrasi menuntut pengunduran Husni Mubarak daripada kerajaan.
Mubarak, menurut al-Qaradhawi lagi “telah mula menyembelih tanahairnya sendiri dan bertindak seperti tindakan Firaun serta menjadikan sebahagian rakyat Mesir berkuasa ke atas sebahagian yang lain”.
Syaikh al-Qaradhawi turut berdoa supaya Allah membebaskan rakyat Mesir daripada penderitaan mereka dan membebaskan mereka daripada ‘para taghut’.
Ketegasan dan kelantangan al-Qaradhawi
Ketegasan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi berhubung situasi semasa di Mesir begitu terserlah apabila beliau, melalui stesen satelit al-Jazeera pada 2 Februari 2011, menegaskan adalah menjadi kemestian ke atas setiap rakyat Mesir menyertai ‘Perarakan Jutaan Umat’ yang akan diadakan pada jumaat depan.
Perhimpunan tersebut yang akan diadakan bagi menguatkan tekanan ke atas Presiden Husni Mubarak, disifatkan oleh para peserta demonstrasi sebagai ‘Jumaat Pemutus’ yang merupakan kesinambungan kepada perarakan pada Jumaat lepas yang dinamakan sebagai‘Jumaat Kemarahan’.
Lebih daripada itu, Al-Qaradhawi yang tinggal dalam buangan di Qatar itu, menganggap bahawa “turun ke jalan raya khususnya hari Jumaat, untuk menyertai bantahan merupakan kewajipan syarak ke atas setiap yang mampu pergi ke tempat-tempat perhimpunan dan tidak ada keuzuran yang menghalangnya”.
Sehubungan itu, beliau menggesa para ulama al-Azhar dan lepasan universiti itu agar memimpin dan menyertai perarakan membantah kezaliman regim Husni Mubarak di seluruh Mesir.
Dalam ucapan yang ditujukan kepada Husni Mubarak, al-Qaradhawi memberi amaran kepada Presiden Mesir itu bahawa “kami akan menghadapi kamu dengan doa diwaktu sahur dan dengan setiap orang yang kusut rambutnya dan berdebu tubuh badannya yang jika dia berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memperkenankan doanya”.
Beliau merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang memperihalkan kewujudan sebilangan manusia yang sangat mustajab doanya, meskipun mereka pada zahirnya kusut masai rambutnya dan berdebu tubuh badannya.
Sebagi ingatan kepada Mubarak, al-Qaradhawi menegaskan bahawa “doa orang yang dizalimi akan diangkat oleh Allah melepasi awan dan akan dibukakan untuknya pintu-pintu langit sambil Dia berkata, “demi keagungan dan ketinggianKu, Aku akan menolongmu walau pun selepas beberapa ketika”.
Peserta demonstrasi yang terbunuh mati syahid
Di akhir ucapannya, al-Qaradhawi memperlihatkan sikap dan pandangannya berhubung rakyat Mesir yang menyertai demonstrasi membantah regim Mubarak dan kedudukan mereka yang terbunuh dalam demonstrasi tersebut pada pandangan syarak.
Dalam ucapan yang ditujukan kepada para pemuda yang menggerakkan demonstrasi di Mesir, al-Qaradhawi menyatakan, “saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada’”.
Terdahulu, dalam perutusan khas, al-Qaradhawi di atas nama Kesatuan Ulama Islam Sedunia, memfatwakan bahawa rakyat Mesir yang terbunuh dalam tunjuk perasaan di Mesir sebagai mati syahid.
Asas kepada fatwa ini ialah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “sebaik-baik orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah r.a dan seorang lelaki yang pergi kepada pemimpin yang zalim, lantas menyuruhnya melakukan makruf dan menegahnya dari kemungkaran, lantas dia dibunuh”.
Perutusan ini disiarkan oleh laman rasmi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, iumsonline.net.
Difahami daripada fatwa ini, rakyat Mesir yang berdemonstrasi membantah regim Mubarak, pada hakikatnya sama seperti seorang yang tampil membantah pemimpin yang zalim yang mengakibatkannya dibunuh, seperti yang disebutkan dalam hadis yang dinyatakan.
Sumber : onislam.net & iumsonline.net.
4 Ulasan :
ISLAM KONON... PIIIIRAAAAHHH... CAKAP AJERLAH BERTERUS-TERANG YANG HANGPA SOKONG ZIONIS ISRAEL!!!!
Author: CUCU TOK WAN | Posted at: 4:00 PM | |
Apabila 'kebangkitan rakyat' berlaku di Tunisia, puak-puak PAS di Malaysia begitu seronok. Apabila 'kebangkitan rakyat' pula berlaku di Mesir, masing-masing mula bercakap juah tentang Islam, tentang Ikhwanul Muslimin, tentang penegakan undang-undang syariah, tentang penyelewengan dan kukubesi Hosni Mubarak dan sebagainya. Yang terlebih penting, mereka cuba mengaitkan apa yang berlaku di Mesir dengan apa yang sedang mereka lakukan di Malaysia.
Teori tentang kejatuhan negara-negara Arab itu akibat dalang berkulit putih yang beribupejabat di Washington DC, tidak diendahkan. Mereka terlalu seronok dengan teori mereka yang kerajaan zalim telah ditumbangkan oleh Allah Taala, walhal apa yang berlaku sebenarnya ialah, Allah Taala sedang memasukkan sebuah kerajaan yang jauh lebih zalim daripada kerajaan yang telah digulingkan.
Amerika Syarikat tidak lagi menyorokkan belang mereka terutama apabila melihat sokongan yang bertali arus terhadap tindakan mereka di Mesir, Tunisia dan beberapa buah negara Arab yang lain. Terbaru adalah sokongan '10,000' Melayu di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam yang konon-kononnya untuk menyerahkan memorandum bantahan, tetapi sebenarnya menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Amerika Syarikat dan Godfathernya, Zionis Israel.
Rakyat Mesir yang berjaya menggulingkan Hosni Mubarak kini perlu bersedia berhadapan dengan tindakan ganas ketenteraan oleh Amerika Syarikat yang akan diketuai oleh Frank G.Wisner III, Duta Amerika ke Mesir. Bapa Wisner adalah tukang perancang utama di sebalik penggulingan berdarah Perdana Menteri Iran Mohamed Mossadegh pada tahun 1953.
Seruan El Baradei agar tentera Amerika Syarikat masuk campur di Mesir, menambahkan keyakinan bahawa apa yang berlaku di Mesir sebenarnya adalah rencana teliti Amerika Syarikat yang ingin menguasai pasaran minyak dunia.
BERITA SELANJUTNYA DI UNSPINNERS
Ramai di Malaysia yang berharap penggulingan Hosni Mubarak Mesir merupakan usaha Islam. Dek kerana itulah mereka bersungguh-sungguh meraikan 'kejayaan' tersebut, sedangkan apa yang berlaku selepas ini, jauh lebih teruk berbanding penderitaan yang dialami oleh rakyat Mesir di bawah pentadbiran Hosni Mubarak.
Iraq kedua akan menyusul di Afrika Utara pula. Umat Islam yang baghal, bahlol dan bangang akan menang sorak tetapi tidak menyedari satu lagi wilayah Islam tergadai di tangan Amerika Syarikat yang sentiasa memastikan Zionis Israel akan terjaga.
Ikhwanul Muslimin Mesir sekadar boleh berangan-angan seperti mana Anwar Ibrahim dan PKR berangan-angan untuk menguasai Putrajaya.
PAS yang cuba menjadikan peristiwa di Mesir sebagai pengajaran utama kepada pemimpin Malaysia, barangkali sangat sedar bahawa mereka sedang menyokong Amerika Syarikat dan Zionis Israel tetapi memandangkan ia adalah sokongan yang membolehkan mereka menguasai Putrajaya, maka kepimpinan utama PAS menutup mulut dan membiarkan para propagandis mereka meracau-racau dengan cerita-cerita bahlol yang mengkhayalkan. ....Lu pikorlah sengili,apasalahnya kita GONXI-KONGSI di hanya 1 MALAYSIA AJALAH YANG KITA ADA.
hahaha...msia dolu2 pun kalu british tak dtg menjajah munkin masih spt papua new guinea....akuilah, we need the brain to shape what we are now and what we will be in future...mcm kes iraq, tuhan antak org kafir utk ngajar pemimpin 'islam' yg zalim....jadi tak hairan jika ianya berulang di negeri arab lain spt mesir...long live obama!..hahaha i love the USA
kita selalu memandang serong dunia barat, sedangkan merekalah yg mencorakkan dunia ini spt yg ada sekarang...kenapa tak sekali sekala kita berterima kasih kpd mereka yg telah membawa kemajuan dimana juga mereka berada, kalau kita sentiasa anggap mereka musuh, kita yg rugi, org cina kata cara yg betul melayan musuh ialah menjadikan mereka sahabat baik kita..pk2 kan lah
orang-orang pas di mesir.. jangan balik.. carilah syahid di sana.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih