Al Fatihah- Adun Kerdau meninggal dunia ~ Pro Pas Blog

12 Februari 2011

Home » , » Al Fatihah- Adun Kerdau meninggal dunia

Al Fatihah- Adun Kerdau meninggal dunia

Bookmark and Share




KUALA LUMPUR, 12 Feb — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN kerusi Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, meninggal dunia di rumahnya di pekan Kerdau, Pahang petang tadi.

Kenalan rapat Allahyarham memberitahu The Malaysian Insider bahawa wakil rakyat itu meninggal dunia selepas terjatuh di rumahnya kira-kira 6.30 petang tadi.

“Beliau dikatakan terjatuh di rumahnya dan disahkan doktor meninggal dunia di rumah kerana terjatuh,” kata kenalan rapat beliau.

Perkembangan ini membawa kepada pilihan raya kecil yang ke-16 sejak Mac 2008. Pilihan raya kecil ke-15 iaitu di DUN Merlimau akan berlangsung awal bulan depan.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan kelebihan 1,615 undi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohd Said mengesahkan yang Allahyarham Zaharuddin (gambar) terjatuh di bilik air di rumahnya.

“Pukul 7.05 petang ambulans sampai dan dibawa ke Hospital Temerloh dan pukul 8 malam, doktor sahkan Adun sudah pun meninggal di rumahnya,” kata beliau yang juga ketua Umno Kuala Krau.

Ismail berkata jenazah akan dikebumikan selepas waktu Zohor esok di Tanah Perkuburan Paya Taram, Kerdau.

Laporan Bernama memetik Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood juga mengesahkan Zaharuddin meninggal dunia.

Allahyarham pernah menjadi perhatian tahun lalu kerana dirawat selepas koma di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Zundin berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh mengesahkan Zaharuddin meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital berkenaan pada pukul 6.30 petang.

Zaharuddin sebelum ini pernah dua kali dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung serta tekanan darah tidak stabil pada Mei dan November tahun lepas.

“Masih belum dapat dipastikan sama ada Datuk Zaharuddin mengalami serangan jantung ketika terjatuh di dalam bilik air,” katanya kepada Bernama.


1 Ulasan :

otaklunyai berkata... [Balas]

entahkan sempat bertaubat entahkan tidak... wallahualam... yang jelas mati ketika sedang dalam perjuangan menyokong pemerintah yg zalim dan taghut... Nauzubillah!!!

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih