PRU-13 Waktu terdekat -Penganalisis ~ Pro Pas Blog

23 Januari 2011

Home » , , » PRU-13 Waktu terdekat -Penganalisis

PRU-13 Waktu terdekat -Penganalisis

Bookmark and Share


Najib Bakal Adakan PRU-13 Waktu Terdekat, Kata Penganalisis




SHAH ALAM 22 JAN : Penganalisis politik, Said Zahari yakin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bakal mengadakan pilihanraya umum dalam waktu terdekat Dalam hal berkaitan beliau menolak bahawa kemenangan atau kekalahan BN pada pilihanraya kecil yang diadakan sekarang, tidak boleh dijadikan 'tanda aras' untuk menentukan diadakan pilihanraya umum ke-13.

Pilihanraya kecil ini samaada dimenangi oleh BN atau tidak, itu tidak akan mengubah fikiran Najib.

Saya fikir najib memang sudah merancang untuk mengadakan pilihanraya umum lebih awal. pilihanraya kecil ini hanya kebetulan sahaja. kalau nak dikatakan tanda bahawa pilihanraya diadakan segera atau dalam masa terdekat, saya fikir tidak begitu," katanya.

Beliau berpandangan bahawa, Perdana Menteri Najib Razak akan mengambil kesempatan ekoran suasana politik hari ini yang dilihat memihak kepada Barisan Nasional. 

"Najib akan mengadakan lebih cepat daripada biasa. sebab keadaan sekarang ini lebih sesuai untuk najib mengadakan pilihanraya. keadaan bagus untuk mereka (BN). 

Keadaan sekarang ini pada keseluruhannya lebih memihak kepada BN. sekiranya ditangguh-tangguh, keadaan berubah, tidak begitu baik untuk BN, ertinya Najib akan lebih susah mencari masa sesuai. jadi saya fikir dalam keadaan sekarang Najib mesti mengadakan pilihanraya umum," katanya.

Beliau turut menambah, biarpun serangan bertubi-tubi yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat semakin meningkat, namun beliau mengganggap Pakatan Rakyat mampu menghadapi serangan tersebut jika kesepaaduan dan keseragaman dicapai oleh seluruh anggota parti. 

"Sekiranya pakatan dalam masa terdekat ini dapat mensepadukan perpaduan, maka peluang akan lebih baik," ujarnya.

Keseluruhan pilihanraya kecil yang berlangsung selepas pilihanraya umum ke-12 diadakan memperlihatkan, sebanyak 14 pilihanraya kecil telah diadakan.

Dalam tempoh ini, sebanyak 9 kerusi dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan hanya 5 kerusi dimenangi oleh parti Barisan Nasional.

TKO


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih