Hina Islam- Tolak Muhyiddin Yassin, lingkup UMNO ~ Pro Pas Blog

23 Januari 2011

Home » , , , » Hina Islam- Tolak Muhyiddin Yassin, lingkup UMNO

Hina Islam- Tolak Muhyiddin Yassin, lingkup UMNO

Bookmark and Share



PEMIMPIN MENGAKU ISLAM BERSEKONGKOL DENGAN `PELAKUN LUCAH' HINA ISLAM


Oleh: WFAUZDIN NS

APA masalahnya dengan Negara Islam yang amat menggusarkan Muhyiddin Yassin? Kita mahu tahu juga apakah ugama anutan TPM ini sehinggakan begitu takut kepada Hukum yang diturunklan oleh Allah SWT sehinggakan sanggup bersetuju dan redha dengan kerja-kerja MCA memburukkan agenda Negara Islam?

Memetik kenyataan di dalam Malaysiakini, TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka. Kenyataan beliau ini membuat kita ragu kepada kepercayaan dan keimanan beliau terhadap Islam. Terus terang, jika Muhyiddin diletakkan sebagai Imam Sembahyang, saya pasti tidak akan menjadi Makmumnya.

Seterusnya Muhyiddin memburukkan cita-cita PAS untuk mendaulatkan Islam dengan menghasut Kaum Cina yang Non Muslim agar tidak yakin dengan Negara Islam. Beliau dilaporkan berkata, "isu berkenaan bukan satu perkara baru, PAS masih menyimpan hasrat mereka untuk membentuk Negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya. Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk Negara Islam) masih ada. Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.

Kalau selama ini PAS bertungkus lumus mendekati rakan-rakan dari kaum Cina termasuk dari DAP untuk menerangkan keadilan Islam, lain pula kerja manusia bernama Muhyiddin ini. Sudahlah beliau tidak yakin dengan Hukum Allah, beliau menghasut pula orang lain agar sama bebal dan terus jahil bersamanya. Amat malang sekali jika umat Islam di Johor khususnya di Dun Tenang ini menyokong kerja jahat dan durhaka Muhyiddin ini. Beliau memalukan Islam di kaca mata masyarakat bukan Islam.

Oleh kerana adanya pimpinan yang jahil seperti ini, tidak hairanlah jika `pelakun lucah' Soi Lek berani mempertikaikan tentang hukum sentuhan kulit di antara wanita Islam dengan lelaki yang bukan Muhrimnya. Islam terlebih dahulu dihina oleh penganutnya sendiri yang memegang jawatan tinggi dan berkuasa. Beliau ingat dunia ini warisan pusaka keturunannya tanpa pencipta. Percayalah, Muhyiddin tidak akan ke mana-mana akibat perbuatannya yang menghina Islam ini. Beliau akan tersungkur dan menjadi hina selepas ini akibat perbuatannya.

Saya pasti, serangan demi serangan terhadap Islam yang dibawa oleh PAS akan menambahkan lagi semangat Jihad pejuang-pejuang PAS di Dun Tenang. Saya tidak pasti samada kaum Cina di Tenang akan menjadi bebal dan sebodoh Muhyiddin. Pengundi-pengundi di Tenang tidak harus lupa si Penipu besar ini yang pernah berjanji minyak petrol Ron 95 tidak akan naik, tetapi selang beberapa minggu ianya dinaikkan. 

Kini, masa untuk mengajar si Penipu besar ini. Di dalam isu sentuhan kulit wanita dan lelaki yang bukan Muhrim dan penolakan Negara Islam, sekali lagi ingin kita bertanya, di mana suara Jamil Khir? Di mana suara PERKASA? Bisukah Harussani? Ularmak Muda tiada komenkah tentang ini? Mereka semua telah dibisukan, maka kita yang wajib ke depan dengan memastikan kemenangan PAS di dalam PRK Dun Tenang nanti.


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih