Zakat rasuah, yang ni bukan rasuah ker SPR?? ~ Pro Pas Blog

04 November 2010

Home » , , , » Zakat rasuah, yang ni bukan rasuah ker SPR??

Zakat rasuah, yang ni bukan rasuah ker SPR??

Bookmark and Share

Habuan pilihan raya: Ratusan lagi beratur untuk RM250





Barisan panjang kelihatan di bilik operasi BN di Bukit Cekati, Gua Musang, di mana kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi.
Kira-kira 12.30 tengah hari tadi, orang ramai kelihatan mendaftar di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. 

Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat. 

Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250.

Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku.

Insiden ini adalah yang pertama dilihat berlaku di Galas sepanjang proses pengundian di Galas hari ini.

Bukit Cekati, sebuah kawasan majoriti Melayu terletak bawah pusat pengundian Batu Papan.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan calon BN Abdul Aziz Yusof


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih