Pesta Arak Di Pos Hau ??? ~ Pro Pas Blog

04 November 2010

Home » , , » Pesta Arak Di Pos Hau ???

Pesta Arak Di Pos Hau ???

Bookmark and Share




GALAS 4 NOV: Walaupun kebanyakkan warga Orang Asli di Pos Hau adalah saudara baru Islam namun jentera pilihan raya Barisan Nasional(BN) dikerahkan untuk membekalkan minuman keras kepada pemuda Orang Asli dalam satu pesta yang berakhir kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Usaha BN pada malam terakhir hari mengundi DUN Galas itu dijangka ingin mengambil hati masyarakat Asli yang gemarkan minuman keras namun tiada tindakan dari mana-mana agensi kerajaan termasuk polis.

Menurut pemantau PAS Pasir Puteh, Hadisan Li yang berada di Pos Hau malam tadi berkata tindakan mungkar BN itu mencemarkan imej Islam yang dilandaskan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sekaligus meruntuhkan akidah mualaf Asli di negeri serambi Mekah itu.

"Saya melihat perkara yang berlaku di pos Hau malam tadi Umno buat satu pesta karaoke termasuk minuman keras menyebabkan semua dikalangan kaum pemuda Asli di peti undi Hau balik dalam keadaan mabuk sampai pukul dua pagi. Tindakan ini boleh mencemarkan imej selaku mualaf yang dibina oleh kerajaan PAS selama ini.

"Saya rasa benda ini tak patut. Umno yang biadap melakukan perkara ini. Pihak polis yang ada bersama ketika itu tidak mengambil tindakan apa-apa untuk menghalang tindakan liar orang Asli," ujar beliau. 

Tambahnya lagi, Tok Batin Pos Hau berasa kesal dengan tindakan BN itu namun tidak mampu menghalang berikutan kuasa kewangan yang kuat parti itu mempengaruhi golongan muda.

"Tok batin sendiri di cawangan Hau berasa sedih dan sedar Umno menipu di kalangan orang Asli, tapi apakan daya sebab dia kata Umno menggunakan pelbagai jentera kerajaan jadi di kalangan kaum muda Asli tidak nampak apa yang Umno lakukan," jelas beliau lagi

Hadisan berkata usaha kerajaan Kelantan membina beberapa surau untuk kegunaan orang Asli mualaf dimusnahkan begitu sahaja.

Umno-BN mengambil kesempatan pilihan raya kecil yang berlangsung untuk mencetuskan kekacauan akidah di kawasan Orang Asli mualaf.

Pengundi Asli di Pos Hau berjumlah 264 orang. -tvsnews.net


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih